Gaya Hidup By: Ad Ops January 26, 2019 @ 10:00am

Krim pelindung matahari boleh membunuh terumbu karang, ketahui bagaimana anda boleh menyelamatkannya

Memandangkan lapisan ozon Bumi kini semakin menipis, kadar sinaran ultralembayung (UV) menjadi lebih tinggi dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit.

Tidak hairanlah semakin ramai yang peka akan penjagaan kulit dan secara tidak langsung meningkatkan permintaan terhadap produk terbabit.

Antara produk yang menjadi pilihan wanita ialah krim pelindung matahari yang sering digunakan terutama ketika menyertai kegiatan di tepi pantai atau di laut.

Walaupun produk berkenaan dapat melindungi kulit daripada selaran matahari, penggunaannya boleh membunuh batu dan terumbu karang di dalam laut.

Sebuah kajian telah dijalankan pada 2015 dan ia mendapati bahawa hanya setitik sahaja krim terbabit sudah cukup untuk menjejaskan hidupan laut berkenaan.

Terumbu di Kepulauan Caribbean yang telah mati. Foto: Video Blocks

Kajian itu dijalankan di US Virgin Islands dan Hawaii beberapa tahun selepas perjumpaan di antara penyelidik dengan seorang peniaga yang sedang menanti kedatangan pelancong di kepulauan Caribbean.

“Tunggu dan lihat apa yang mereka tinggalkan – sisa-sisa tumpahan minyak,” kata peniaga itu kepada penyelidik berkenaan.

Komen itu telah memulakan kajian mengenai kesan krim pelindung matahari kepada hidupan laut. Hasil kajian itu mendapati hanya sedikit sahaja penggunaan krim berkenaan mampu merosakkan batu karang, iaitu bersamaan dengan setitik air di dalam enam kolam renang bersaiz Olimpik.

Kajian ini juga telah mendokumenkan tiga cara berlainan yang mana bahan oxybenzone mampu memecahkan batu karang, menghilangkan nutrisinya dan melunturkan warnanya. Jika keadaan memjadi lebih teruk, ia boleh terus mati.

Ramuan merbahaya

Oxybenzone terkandung dalam lebih daripada 3,500 produk krim pelindung matahari di seluruh dunia. Kajian menunjukkan oxybenzone yang ditemui di dalam air laut di sekitar kawasan terumbu karang di Hawaii dan U.S. Virgin Islands mempunyai kepekatan sehingga 12 kali ganda lebih tinggi daripada jumlah yang cukup untuk menjejaskan batu karang.

Kajian itu hanya melibatkan dua pulau. Tetapi di seluruh dunia setiap tahun, dianggarkan 14,000 tan krim pelindung matahari telah tersebar di kawasan terumbu karang. Kebanyakannya mengandungi satu hingga 10 peratus oxybenzone.

Foto: Malama O Puna

Bukan di pantai sahaja

Bagaimanapun, bukan sahaja pengunjung pantai yang menyumbang kepada kerosakan terumbu karang.

Atlet yang menyapu krim pelindung matahari sebelum berlari, ibu yang menyapu kulit anak mereka dengan krim sebelum membenarkan mereka bermain di luar, dan mereka yang ingin berjemur untuk mendapatkan kulit yang sedikit gelap, semuanya akan pulang dan mandi untuk menanggalkan kesan-kesan krim pada badan mereka.

Sesetengah bandar menggunakan sistem pembetungan yang mana air kotor (termasuklah lebihan produk penjagaan diri yang mengandungi kimia) disalurkan terus ke dalam laut.

Tambahan pula, tempat pembetungan yang melimpah akibat hujan lebat akan menumpahkan sisa kumbahan yang bercampur dengan air hujan ke dalam terusan atau sungai.

“Orang mandi untuk membersihkan badan tetapi mereka lupa yang sisa kotoran mereka akan dihantar ke sesuatu tempat lain,” kata John Fauth, seorang profesor madya dari University of Central Florida yang juga antara penulis kajian ini.

Foto: Department of Land and Natural Resources – Hawaii.gov

Seorang lagi penyelidik yang terbabit dalam kajian ini, Craig Downs, menggesa orang ramai supaya mengurangkan penggunaan krim pelindung matahari.

“Penggunaan produk yang mengandungi oxybenzone perlu dikaji semula di pulau-pulau atau lokasi yang mana pemuliharaan terumbu karang dianggap sebagai isu yang kritikal.

“Kita kehilangan sekurang-kurangnya 80 peratus terumbu di Caribbean. Sebarang usaha untuk mengurangkan penggunaan oxybenzone boleh membantu terumbu karang untuk hidup,” katanya.

Terumbu karang bukan saja sekadar perhiasan berwarna di lantai laut, sebaliknya sangat berharga kerana membantu dalam proses semula jadi membiakkan ikan serta melindungi pantai daripada ribut.

Selain itu, terumbu juga menyumbang kepada industri pelancongan dan rekreasi tempatan.

Foto: Odyssey

Pengarah eksekutif Napili Bay And Beach Foundation di Maui, Pat Lindquist, berkata kajian itu berjaya membuka mata masyarakat terhadap ancaman kepada hidupan laut yang jarang kita sedari.

“Bahan kimia di dalam produk krim pelindung matahari yang sering digunakan oleh pengunjung pantai adalah bertoksik bagi batu karang muda.

“Pengetahuan ini adalah kritikal bagi kita memandangkan kita dapat mengenal pasti tindakan yang boleh diambil bagi mengurangkan ancaman dan memperbaiki perbuatan manusia sekarang,” katanya.

Jadi sebelum anda membeli krim pelindung matahari, pastikan ia tidak mengandungi oxybenzone!

Sumber: Washington Post

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 23 Dec 2022

Kejutan Birthday Bonda Rozita, Aliff Syukri Hadiahkan Cincin Lebih RM25,000.. Netizen Tanya: “Tanda Harga Tu Memang Kena Tunjuk Ek?”

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri membuat kejutan ulang tahun ibunya, Rozita Ibrahim atau mesra disapa Bonda dengan mengumpulkan hampir seluruh adik beradiknya.   View this post on Instagram   A post shared by Aliff […]

Gaya Hidup Sat, 10 Nov 2018
Featured Sat, 2 Feb 2019
Gaya Hidup Sat, 22 Dec 2018
Gaya Hidup Thu, 22 Feb 2018

Buat Mangsa Pematah Hati, Baca Tip Move On Nabila Razali. No. 5 Memang Wajib Ikut!

Cinta terkandas di tengah jalan merupakan perkara yang amat memeritkan hati.

Featured Wed, 28 Dec 2022

Didakwa Pentaksub Anwar Ibrahim, Ini Jawapan Abby Abadi

Setelah lama menyepi dalam industri lakonan, pelakon Abby Abadi telah mencuri perhatian warganet kerana menjadi penyokong tegar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) @abbyabadi112 Pentaksub DSAI? Ohh tidakkk! Sy melihat kebenaran ini seawal 1998 […]

Featured Tue, 13 Mar 2018

Apa Anda Perlu Buat Bila Duduk Berhampiran Dengan Budak Banyak Ragam Di Dalam Kapal Terbang

Menurut kajian, 37 peratus penumpang lebih sanggup duduk di sebelah orang dewasa yang berbau badan daripada duduk sebelah bayi yang menangis.

Gaya Hidup Thu, 15 Apr 2021

Rekaan Moden & Sofistikated Busana Muslimah Serlahkan Keanggunan

Begitu banyak pilihan pakaian yang tersedia untuk kaum hawa di luar sana, namun kadang kala, ada masanya mereka masih buntu memilih rekaan busana untuk digayakan. Ada beberapa faktor yang dititikberatkan oleh wanita muslimah di luar […]

Gaya Hidup Thu, 29 Nov 2018