Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom October 16, 2018 @ 4:00pm

Jangan Terlalu Yakin Bahasa Rojak Digunakan Anda Betul, Periksa Maksudnya Dulu!

Bahasa rojak atau bahasa campur bukanlah sesuatu yang asing dan ia digunakan sejak zaman-berzaman, mungkin tempias daripada kesan penjajahan.

Yang pasti bahasa rojak sudah diterima masyarakat dan digunakan sebagai bahasa santai dalam kehidupan sehari-harian. Kini muncul pula budaya bahasa hipster!

Rojak atau hipster, jom kita lihat contoh ayat di bawah adakah tatabahasa dan struktur ayat yang digunakan anda dengan mencampur adukkan bahasa Melayu dan Inggeris membawa maksud yang betul?

Foto: Wanista

Contoh ayat:

“Dah kenapa ni blur sangat, cable dah putus kot, dah kena sound pun slumber je, action pulak tu, macamlah terror sgt, spender pun mak bapak beli, ada hati nak tackle anak datuk, budgetlah sikit..”

Penjelasan maksud sebahagian perkataan bahasa Inggeris yang digunakan dalam teks di atas:

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌1. ‌‌TACKLE
English : menangani, mengatasi
Orang kita : Mengurat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌2. ‌‌CHOP
English : Cincang
Orang kita : Rubber stamp

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌3. ‌‌BUDGET
English : Belanjawan
Orang kita: murah

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌4. ‌‌ACTION
English : Bertindak
Orang kita : Berlagak

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌5. ‌‌BLUR
English : Kabur, samar-samar
Orang kita : Bingung

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌6. ‌‌SOUND
English : Bunyi
Orang kita : Marah

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌7. ‌‌SLUMBER
English : Tidur lena
Orang kita : Bersahaja

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌8. CABLE
English : Kabel
Orang kita : “Orang Dalam”

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌9. TERROR
English : Keganasan
Orang kita : Hebat

‍‌‌‌‌‍‍‌‌‌10. ‌‌SPENDER
English : Orang yang berbelanja
Orang kita: Seluar dalam

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 20 May 2018

Wanita Yang Seiras Dengan Selena Gomez Ini Tak Kenal Pun Penyanyi Itu Siapa

Ada juga ya orang yang tak kenal superstar itu?

Featured Tue, 28 Apr 2020
Featured Sat, 24 Dec 2022

Alif Satar Sertai Ekspedisi Daki Jabal Nur – “Tak Boleh Bayang Macam Mana Dulu Nabi Muhammad SAW Panjat Sendirian”

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang untuk mendaki gunung bersejarah, Jabal Nur ketika menunaikan ibadah umrah.   View this post on Instagram   A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar) […]

Featured Fri, 7 Oct 2022
Featured Mon, 28 Aug 2023
Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Jika Anda Kempunan Makanan Malaysia Di Seoul, Cari Lelaki Sabah Ini. Gerenti Hilang Homesick

Ketika seronok menikmati makanan Korea yang halal serta authentic di Seoul, tak sah kalau anda tak rindukan masakan Malaysia.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Dengar Macam Pelik Bin Ajaib, Tapi 5 Tip Kesihatan Ini Khabarnya Berkesan!

Pernah atau tidak anda mengamalkan petua atau tip yang kedengaran pelik tetapi berkesan dalam menyembuh dan merawat jenis penyakit atau masalah yang dialami anda.

Dan paling WOW!  sekali sesetengah tips atau petua itu lebih baik dan berkesan daripada menggunakan perubatan moden. Nak tahu apa 5 tips itu, let’s check it out! 

error: Content is protected !!