Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom November 15, 2018 @ 5:00pm

Ixora Hotel Penang, Hotel Pertama Menyediakan Perkhidmatan Telefon Pintar Untuk Tetamu

Sebaik sahaja kaki melangkah  masuk ke dalam hotel berkonsepkan hotel kelas bisnes ini, pasti pengunjung terpesona dengan penampilan hotel tersebut.

Terletak bersebelahan pusat membeli-belah Megamall Pinang, Perai, hotel yang berdiri teguh selama 7 tahun ini menjanjikan kelainan kepada pengunjung yang mencari lokasi penginapan yang senang dikunjungi dan memiliki pelbagai kemudahan di sesuatu tempat yang sesuai dengan keluarga. 

Namun di sebalik itu, Ixora Hotel memiliki kelebihan tersendiri dengan menawarkan suasana bilik luas dan selesa serta beberapa bilik yang dihias dengan penuh kemewahan. 

Ixora Hotel memiliki 324 bilik pelbagai kategori termasuk Magnificent Suite yang pernah didiami oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, 4 Bedroom Suite, 2 Bedroom Suite, Superior, Superior Suite, Pool Access, Family, Executive, Deluxe dan Simple yang mampu memenuhi keperluan setiap pengunjung.  

Foto: Rosli Ahmad

Foto: Rosli Ahmad

Foto: Rosli Ahmad

Bagi yang datang sendirian, bilik Superior atau Deluxe mungkin sudah memadai. Namun Ixora Hotel tidak melupakan pengunjung berkeluarga yang boleh memilih dua bilik atau empat bilik dengan keluasan lebih selesa.  Lebih-lebih lagi berguna apabila hotel ini bersebelahan dengan Megamall Pinang yang mempunyai kemudahan restoran dan kemudahan hiburan yang lain. 

Menariknya, Ixora Hotel dengan bangganya menjadi hotel pertama di Malaysia yang menyediakan telefon pintar percuma yang berguna bagi semua tetamu hotel terutama bagi pelancong luar yang boleh berhubung sepanjang masa di mana mereka berada. 

Ciri utama telefon pintar ini adalah panggilan tempatan yang tanpa had dan panggilan ke seluruh negara, panggilan antarabangsa yang tanpa had ke 7 negara (China, Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea Selatan & Vietnam) serta sambungan data 3G/4G tanpa had dengan Hotspot & Tethering WiFi.

Setiap bilik penginapan dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi percuma, peti simpanan deposit, televisyen satelit dengan skrin rata serta peti ais mini yang pastinya menjanjikan kepuasan buat pengunjung.

Pengurus Besarnya, Andreas Bourdon berkata, Hotel Ixora juga memiliki bilik-bilik mesyuarat dan lebih istimewa, dewan utama di hotel ini yang boleh digunakan untuk majlis seperti makan malam atau majlis perkahwinan dengan kapasiti sehingga 1,000 tetamu adalah dewan utama hotel terbesar di Seberang Perai.

Bagi pengunjung yang ingin menjamu selera, terdapat Straits Cafe di tingkat bawah hotel ini yang boleh mengisi kira-kira 190 orang pada satu-satu masa dengan pelbagai pilihan hidangan sama ada bufet antarabangsa, cita rasa Asia atau masakan Cina.

Kepada si ulat buku, anda juga boleh ke Library Executive Lounge yang terletak di aras 5. 

Foto: Rosli Ahmad

Foto: Ixora Hotel

Foto: Rosli Ahmad

Lokasinya yang sekadar lima minit dari Jambatan Pulau Pinang dan berhampiran Lebuh Raya Utara Selatan membuatkan Ixora Hotel menjadi pilihan pelancong asing dan tempatan serta mereka yang ada urusan kerja di Pulau Pinang kerana mereka tidak perlu bersesak-sesak mencari hotel di bahagian pulau.

Hotel ini juga pastinya menjadi pilihan utama kerana bersebelahan dengan pusat beli-belah yang turut memiliki kemudahan tempat bermain boling yang merupakan antara aktiviti kegemaran pengunjung.

Malah hotel ini juga menyediakan pakej penginapan pada harga berpatutan untuk pengunjung yang menggemari sukan itu, selain melawat beberapa lokasi lain di sekitar Seberang Perai seperti Taman Burung Pulau Pinang dan Homestay Pulau Aman.

Begitu juga bagi mereka yang senang menikmati hidangan di luar, terdapat banyak restoran dan gerai-gerai yang menawarkan makanan laut seperti ikan bakar atau makanan barat di sekitar hotel ini.

Tidak lupa juga kepada pasangan yang datang berbulan madu, Ixora Hotel menyediakan pakej yang menarik untuk mereka termasuk bilik yang dihias indah menepati cita rasa pasangan pengantin baru.

Andreas bersama Pengarah Kanan Jualan dan Pemasaran Ixora Hotel Mohd Faishal Mohd Yusuff. (Foto: Rosli Ahmad) 

Foto: Ixora Hotel

Informasi mengenai Ixora Hotel

Ixora Hotel Prai, Penang 
3096 Jalan Baru 
Bandar Perai Jaya 
13600 Perai 
Penang, Malaysia 

Email: [email protected] 
Phone: +60 4 382 8888 
Fax: +60 4 382 8800

Website: https://www.ixorahotel.com/

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 14 Dec 2021

Bahayanya! Netizen Bengang Ibu Bapa Biarkan Anak Bermain Di Belakang Trak Pikap Semasa Memandu

Tindakan cuai ibu bapa membiarkan kanak-kanak duduk atau berdiri di dalam cab terbuka di belakang trak pikap mengundang bahaya. Tindakan itu boleh membuatkan kanak-kanak terjatuh pada bila-bila masa, terutamanya semasa kenderaan sedang bergerak. Walaupun sebelum […]

Eat Travel Tue, 28 Aug 2018

Sedang Berdiet? Jom Cuba Menu Sihat Salad Udang Panggang Bersama Mi Ini

Kalau anda nak tahu, menu ini ‘kaya’ dengan sayur-sayuran!

Featured Sun, 31 Dec 2023
Events Sun, 29 Jun 2025

Bilal Indrajaya Pembuka Tirai Panggung Purnama: Fasa 1 ‘Main Kasar’ Di Zepp KL

Bilal Indrajaya, yang diumumkan sebagai pengisi utama bagi fasa pertama ‘Main Kasar’ menjelang konsert

Featured Tue, 5 Apr 2022

“Bahasa Indonesia Lebih Diiktiraf Di Peringkat Antarabangsa,” – Menteri Indonesia Tolak Bahasa Melayu Jadi Bahasa Rasmi Kedua ASEAN

Menteri Indonesia turut bercadang untuk menggunakan Bahasa Indonesia sebagai bahasa perantaraan ASEAN.

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Mon, 15 Nov 2021

“Saya Dah Berumur 24 Tahun” – Aktif Berlakon Semenjak Usia Kanak-Kanak & Remaja, Netizen Tak Boleh Terima Afieq Shazwan Bawa Watak Suami

Penyanyi dan pelakon Afieq Shazwan mendedahkan ramai peminat tidak dapat menerima lakonannya sebagai lelaki dewasa. Terlibat dalam industri hiburan semenjak di usia kanak-kanak, Afieq kini memegang watak sebagai seorang suami dalam drama bersiri Diari Seorang […]

Featured Tue, 14 Oct 2025

Kongsi Momen ‘Majlis Mitoni’ Ikut Tradisi Jawa, Siti Saleha Umum Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon jelita, Siti Saleha berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan dia dan suaminya, Joshua Fitton, bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.

Featured Fri, 10 Dec 2021
error: Content is protected !!