Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin November 22, 2018 @ 10:00am

Ini Trik Berkesan Nak Perangkap Lipas Di Dalam Kereta

Adakah anda tengah stress sebab dalam kereta anda banyak lipas? Jangan risau, penulis ada trik berkesan untuk beritahu anda!

Untuk pengetahuan anda, banyak faktor yang boleh menyebabkan kereta anda ‘diserang’ lipas, antaranya kebersihan kereta tidak dijaga. Contohnya, anda makan dalam kereta sambil drive, lepas itu sisa makanan jatuh pada celah-celah seat kereta, ataupun ada sedikit tumpahan air manis dekat tempat letak air.

Jadi, lipas yang mempunyai deria yang sangat kuat tanpa ragu-ragu akan serang kereta kesayangan anda dengan mengajak rakan dan ahli keluarga mereka untuk menikmati sisa makanan dan minuman yang tertumpah tadi. Haha!

Selain itu, anda yang mempunyai anak kecil pastinya mereka akan makan atau minum di dalam kereta. Biasalah budak-budak makan sikit sebanyak pasti akan tumpah. Betul tak?

Penulis sendiri alami situasi ini dan gigih mencari solusi untuk hapuskan lipas supaya tidak terus bermaharajalela. Nak tahu cara yang penulis praktikkan untuk perangkap lipas dalam kereta? Jom semak!

Gunakan Ridsect Cockroach Trap

Foto: mydin.com.my

Pada mulanya, penulis agak buntu cari solusi nak perangkap lipas dalam kereta. Tapi, bila penulis ke pasaraya, penulis terjumpa alat perangkap lipas ini. Apa lagi, penulis terus belilah! 

Dalam satu kotak Ridsect cockroach trap ini, terdapat 5 perangkap lipas dan cicak. Lihat video ini untuk memasang perangkap ini.

Letakkan dalam kereta selama seminggu

Setelah siap memasang alat perangkap ini, anda boleh letakkannya di dalam kereta. Penulis letak pada bahagian tempat letak kaki dan biarkan selama seminggu.

Lipas akan memasuki perangkap kerana tertarik dengan bau ‘ubat’ yang diletakkan pada bahagian tengah-tengah perangkap tersebut. Bila lipas berjalan masuk, kakinya akan melekat pada gam di dalam perangkap tersebut dan tidak mampu untuk menyelamatkan diri!

Sekiranya tak sampai seminggu perangkap sudah penuh dengan lipas yang terperangkap, anda boleh buang dan tukar dengan perangkap yang lain. 

Perangkap ini juga boleh digunakan untuk memerangkap lipas di dalam rumah anda. Anda boleh beli perangkap ini di mana-mana pasaraya berdekatan.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Apr 2020

MKN kaji SOP beri kelonggaran penduduk zon hijau keluar rumah

Keputusan akan dibentangkan minggu hadapan

Featured Thu, 1 Sep 2022
Gaya Hidup Mon, 28 Jan 2019

33 gambar laut dalam yang menang anugerah, anda pasti terpukau melihatnya

Gambar-gambar ini akan membuatkan anda mengagumi ciptaan Tuhan

Gaya Hidup Sun, 6 Jan 2019
Featured Fri, 29 May 2020

Kluster baharu dikesan dengan 100 peratus pesakit tidak bergejala

Punca lonjakan jumlah kes harian positif COVID-19

Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]

Featured Wed, 9 Jan 2019

This is the best day to take leave from work, and no, it’s not Friday

Use this tip if you care enough for your mental health.

Featured Fri, 30 Nov 2018

Selain Membayar Rumah, Anda Boleh Keluarkan Wang KWSP Untuk 7 Tujuan Ini

Langsaikan hutang PTPTN anak anda dengan skim Pengeluaran Pendidikan KWSP.

error: Content is protected !!