Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas March 24, 2018 @ 12:14am

Siti Muat Naik Teaser ‘Comel Pipi Merah’

Jika dihitung hari ini (24 Mac 2018) masuk hari ke 6, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 39,  melalui detik sebagai seorang ibu.

Dan kepulangannya ke kediaman daripada Hospital Gleneagles semalam petanda ibu kepada bayi yang digelar ‘Fatimah Az-Zahra’ ini sudah sihat dan pulih malah akan melalui proses berpantang selama 44 hari seperti kebiasaannya wanita lain bersalin.

Perkongsian kepulangannya ke rumah yang dimuat naik pengurusnya, Rozi Abdul Razak menyaksikan penyanyi ‘Comel Pipi Merah’ ini melahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan pusat perubatan berkenaan.

Kredit: Instagram SIti Nurhaliza

Memetik laporan BH Online, Siti merasa sedih untuk meninggalkan pusat rawatan tersebut memandangkan sepanjang berada di sana beliau dan bayinya dilayan dengan baik bahkan kenangan  di situ adalah saat yang tidak mungkin dilupakan.

Sementara itu dilaman Instagram Siti, beliau turut memuat naik ‘teaser’ muzik video rasmi ‘Comel Pipi Merah’ sambil membayangkan video penuh akan terbit tidak lama lagi.

Lagu yang diinspirasikan daripada lagu rakyat kegemaran kanak-kanak iaitu ‘Can Mali Can’ ini bakal menyaksikan perjalanan dan pengorbanan Siti menggapai anugerah yang dikurniakan Allah kepadanya dan suami tercinta, Datuk Seri Mohamad Khalid Jiwa.

Siti selamat melahirkan bayi pipi comelnya, seberat 3.55 kilogram secara pembedahan kira-kira jam 8.17 pagi pada 19 Mac lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 13 Jun 2019

刘德华演唱会门票预购优惠 5 小时内售罄

刘德华演唱会原定持续三天的门票预购优惠,一开卖就在5小时内售罄,使预购优惠提前关闭!

Hiburan Fri, 23 Jan 2026

MPO Buka Musim Baharu Dengan ‘Madu Tiga Live In Concert’ di DFP

Raikan musim baharu MPO tahun ke-28 dengan Madu Tiga diiringi muzik secara langsung!

Hiburan Fri, 9 Aug 2019

Mengaku Silap…Janna Nick Mohon Maaf!

Ambil positif semuanya.

Hiburan Tue, 16 Jul 2019

Video Reza Hasbi Bertumbuk Tular, Apa Kes Ni?

Reza Hasbi ‘salah’ meletak kereta di kawasan parkir tidak dibenarkan.

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Mickey Ayo sifatkan Nora Danish wanita tak kuat merajuk, ada ‘heart of steel’

Hiburan Tue, 7 Jan 2020

Noh Salleh Ditegur Tunjuk Isyarat Lucah Jari Tengah

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh antara yang menjadi perhatian lebih-lebih lagi hijrahnya bersama isteri, Mizz Nina yang menjadi inspirasi ramai dan terkenal dengan misi-misi amal yang sering dilakukan bersama Bagaimanapun, baru-baru ini aksi Noh menunjukkan isyarat […]

error: Content is protected !!