Sihat By: Ad Ops December 5, 2018 @ 1:00pm

Inilah Bagaimana Model Antarabangsa Seperti Kendall Jenner Bersiap Sedia Untuk Victoria’s Secret Fashion Show

Anda kenal pengeluar pakaian dan barangan wanita Victoria’s Secret, kan?

Setiap tahun jenama antarabangsa ini akan mengadakan sebuah pertunjukan fesyen yang meriah dan menampilkan barisan model-model wanita yang dipanggil Angels.

Acara ini dinanti-nantikan bukan saja kerana mereka memperagakan rangkaian pakaian dalaman wanita yang over-the-top, tetapi juga sebab model-model ini pun cantik-cantik belaka!

Antara model wanita global yang pernah menghiasi pentas Victoria’s Secret Fashion Show adalah Tyra Banks, Heidi Klum, Cara Delevingne, Gigi dan Bella Hadid serta Kendall Jenner. Mereka semua kurus-kurus!

Foto: China Daily USA

Kita boleh lihat sendiri yang banyak persediaan telah dilakukan, terutamanya bagi mereka yang akan berjalan di atas runway. Selain senaman, model Victoria’s Secret mengikuti diet yang ketat sebelum pertunjukan fesyen ini berlangsung.

Dr Charles Passler, seorang pakar nutrisi yang pernah bekerja dengan model seperti Bella dan Adriana Lima, mendedahkan apa yang model-model Victoria’s Secret makan sebagai persediaan untuk pertunjukan fesyen ini.

1. Karbohidrat memainkan peranan penting 

Foto: Brooke Lark/Unsplash

Anda mungkin rasa nutrien ini patut dielakkan ketika berdiet tapi Charles berkata ia bertindak sebagai pelincir kepada otot supaya mereka boleh bersenam dengan tahap kesukaran yang tinggi.

Para model akan makan karbohidrat (selalunya dalam bentuk sayuran atau protein shake) sebelum dan selepas mereka bersenam. Sayuran menjadi pilihan kerana mereka tidak ingin kandungan gula dalam darah meningkat lalu menyebabkan kadar tenaga mereka turun naik.

Daripada roti, para model akan makan kacang hijau, zucchini, daun salad dan terung.

2. Kaedah intermittent fasting disyorkan

Menurut Cleveland Clinic, teknik diet ini adalah di mana anda mengehadkan pengambilan kalori dalam jangka masa pendek.

Contohnya, untuk tiga hari dalam seminggu, seseorang itu akan makan dua hidangan yang merangkumi 500 kalori sahaja. Selain itu dia makan seperti biasa dan tidak mengira kalori pada hari yang mereka tak “berpuasa”.

Satu teknik lain melibatkan cara makan yang sama setiap hari tapi hadkan pemakanan anda ke beberapa jam tertentu, seperti dari 7 pagi ke 6 petang.

Charles berkata intermittent fasting ini dapat membantu kerana “lebih banyak masa anda habiskan dengan tak makan apa-apa, lebih keraplah badan anda akan membakar lemak.” Ini memang ideal untuk misi model Victoria’s Secret.

3. Snek memang dilarang, tapi hidangan seimbang yang bersaiz besar digalakkan

Cara lain untuk mengekalkan kadar kandungan gula dalam darah dan tenaga adalah untuk tidak makan snek langsung. Lebih baik makan dua hidangan seimbang yang banyak daripada ‘mengunyap’.

Para model perlu makan sarapan, makan tengah hari dan malam yang mengandungi protein, karbohidrat dan lemak sihat yang banyak.

Untuk sarapan, seorang model mungkin akan makan telur dengan avokado dan sayuran pilihan mereka. Untuk lunch, salad hijau dengan avokado, kacang pecan, minyak zaitun dan protein seperti ikan atau ayam.

Untuk mereka yang tak makan daging, protein shakes berlandaskan sayuran dan kekacang adalah bagus untuk mendapatkan protein yang mereka perlukan bagi membina otot.

Hidangan makan malam pula sama macam lunch tapi para model tak makan dessert.

4. Tidur yang banyak dan hidrasi membantu kuatkan lagi pengambilan nutrisi model

Foto: queen.gr

Bukan pengambilan makanan saja yang penting dalam persediaan untuk fashion show. Tanpa tidur yang mencukupi, anda tak berpeluang untuk pulih daripada penat dari hari sebelumnya. Dan kerana anda tak cukup tenaga, anda takkan boleh memberikan usaha lebih ketika bersenam.

Charles mengesyorkan tidur selama 7 ke 8 jam setiap malam dari jam 10 malam ke 6 pagi.

Akhir sekali, para model selalu meminum air untuk kekal hydrated dan pulihkan otot-oto badan setelah bersenam. Menurut Charles, models minum 1.90 liter sehari dan 0.9 liter ekstra, bergantung kepada kesukaran senaman mereka.

Charles juga mengesyorkan anda menggantikan semula elektrolit, iaitu mineral yang membolehkan badan berfungsi dengan betul. Beli saja minuman elektrolit di farmasi ataupun air kelapa tapi cari yang tiada gula di dalamnya.

Foto: bestproducts.com

Wuish, mencabar betul! Walaupun perancangan makan para model ini nampak susah, Charles berpendapat pilihan gaya hidup ini boleh memberi perubahan yang besar kepada hidup mereka.

“Mereka bekerja kuat… dan model yang ingin tahan lama dalam industri ini akan mengikuti rutin ini sepanjang hidup mereka daripada buat sekejap-sekejap saja.”

Ingat, kalau nak kurus, usaha anda tak boleh sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Kena teruskan!

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 5 May 2020

Ketahui 3 panduan ini untuk elak gaya hidup ‘sedentari’

Gunakan masa ‘terperap’ di rumah untuk jadi lebih sihat

Featured Wed, 25 Sep 2019

Pakai kosrset memudaratkan kesihatan? Ini jawapan Kevin Zahri!

Pakai korset beriya, makan tak dijaga macam nak kurus tu sis?

Featured Thu, 4 Jul 2019

Meghan Markle amalkan rutin senaman santai selepas bersalin

Ringkas sahaja, tetapi sangat bermanfaat!

Featured Sun, 3 May 2020

Pematuhan pada SOP mampu bendung penularan COVID-19

Masyarakat dituntut beri kerjasama

Sihat Thu, 5 Jul 2018

Lindungi Anak Daripada Virus Merbahaya Dengan Mengambil Suntikan Vaksin Pneumococcal

Vaksin pneumococcal ini sangat bagus untuk lindungi anak anda.

Sihat Tue, 9 Jul 2019

5 cara tangani migrain ketika di tempat kerja

Jika teruk sangat, kerja anda tidak boleh diteruskan!

Eat Travel Sat, 28 Sep 2019

Cara yang kreatif untuk anda memasak kubis bunga

Bukan sekadar lazat malah baik untuk kesihatan anda!

Sihat Thu, 12 Sep 2019

Bukan fizikal sahaja perlukan keregangan, mata juga perlu bersenam!

Teknik senaman ini boleh meningkatkan tahap kecergasan mata