Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin December 31, 2018 @ 4:00pm

5 Kebaikan Fish Oil Kepada Kesihatan Manusia

Adakah anda mengamalkan suplemen minyak ikan atau fish oil setiap hari? Jika ya, anda melakukan perkara yang bijak! Pastinya anda sudah tahu kebaikannya pada kesihatan kan?

Fish oil seperti yang kita semua ketahui bagus untuk perkembangan otak. Kalau ketika hamil, fish oil khusus untuk ibu hamil juga boleh diambil kerana ia banyak memberi manfaat kepada kandungan. Contohnya, membantu perkembangan dan fungsi otak serta keupayaan retina bayi.

Untuk dewasa pula, bukan sahaja membantu untuk ketajaaman minda sahaja, ia juga boleh merawat kulit, gangguan jiwa dan sebagainya. Jom semak antara kebaikan fish oil ini!

1. Kebaikan pada kulit

Fish oil memberi kebaikan kepada kulit kita. Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia dan ia mengandungi banyak asid lemak omega-3. Untuk pengetahuan anda, kesihatan kulit boleh merosot terutamanya semasa usia tua atau selepas pendedahan kepada matahari yang terlalu banyak. 

Mujurlah, terdapat beberapa masalah kulit yang boleh mendapat manfaat daripada suplemen minyak ikan, termasuk psoriasis dan dermatitis. Suplemen fish oil boleh menbantu mengekalkan kulit yang sihat.

2. Rawat gangguan jiwa

Otak anda terdiri daripada hampir 60% lemak, dan kebanyakan lemak ini adalah asid lemak omega-3. Oleh itu, omega-3 adalah penting untuk fungsi otak normal.

Terdapat beberapa kajian telah menunjukkan bahawa orang yang mengalami masalah mental mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. 

Kajian menunjukkan bahawa suplemen fish oil boleh menghalang permulaan atau memperbaiki gejala gangguan mental.

Sebagai contoh, ia boleh mengurangkan risiko gangguan psikotik pada mereka yang berisiko. Di samping itu, dengan menambah fish oil dalam dos yang tinggi dapat mengurangkan beberapa gejala skizofrenia dan gangguan bipolar.

Foto: NPR

3. Kesihatan mata

Begitu juga dengan otak, lemak omega-3 membentuk sebahagian penting struktur mata. Bukti telah menunjukkan bahawa orang yang tidak mendapat cukup omega-3 mempunyai risiko penyakit mata.

Tambahan lagi, kesihatan mata mula menurun pada usia tua, yang boleh membawa kepada degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). Makan ikan sekurang-kurangnya membantu mencegah AMD. Satu kajian mendapati bahawa mengambil fish oil yang tinggi untuk 4 setengah bulan meningkatkan penglihatan pesakit AMD.

4. Bantu tingkatkan gejala kemurungan & anxiety

Kalau anda nak tahu, kemurungan diramal menjadi penyebab utama penyakit kedua di dunia pada 2030 kelak. Sebenarnya, orang yang mengalami kemurungan mempunyai tahap darah omega-3 yang lebih rendah. 

Kajian telah menunjukkan bahawa fish oil dan suplemen omega-3 dapat memperbaiki gejala kemurungan. Selain itu, beberapa kajian menunjukkan bahawa minyak yang kaya dengan EPA membantu mengurangkan gejala kemurungan lebih daripada DHA.

Jadi, pada anda yang belum mengambil suplemen fish oil ini boleh dapatkan di kaunter farmasi ya! Pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada pegawai farmasi terlebih dahulu!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Featured Wed, 30 May 2018

Biarpun Sibuk Shooting, Ia Bukan Alasan Emma Maembong Tidak Berpuasa!

Jom semak tip sahur dan cara pelakon yang popular menerusi drama “Kau Yang Terindah” ini kekal bertenaga di set penggambaran.

Eat Travel Tue, 7 Apr 2020
Featured Mon, 18 May 2026

Penampilan Eksklusif Nathalie Holscher Jadi Tarikan Konsert Revolusi Radja 25 Tahun Julai Ini

Radja kembali menghiburkan peminat Malaysia menerusi konsert solo istimewa mereka, ‘Konsert Revolusi Radja 25 Tahun’ yang dijadual berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai depan.

Featured Sun, 28 Oct 2018

Ini Cara Yang Betul Untuk Bersihkan Papan Pemotong

Hanya guna lemon dan baking soda saja!

error: Content is protected !!