Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom December 31, 2018 @ 2:00pm

Seni Mesir Purba Diangkat Sebagai Tema Dalam Siri Pertunjukan Fesyen Metiers d’Art By Chanel

Saban tahun, persembahan Metiers d’Art daripada Chanel senantiasa dinanti-nantikan. Pertama sekali mungkin kerana keunikan lokasi persembahannya atau sumber inspirasi yang diambil dari budaya atau tanah asing.

Paling utama, Metiers d’Art adalah lapangan penting bagi menampilkan ketinggian seni kraf rumah-rumah couture seperti Michel, Goossens, Lognon, Lemarie, Montex, Desrues, Lesage serta Massaro. Setiap satu menyumbang kepada penghasilan koleksi Metiers d’Art yang penuh berseni.

Namun kali ini, Chanel membawa koleksinya ke New York. Mengambil kira lokasinya, ramai menyangkakan himpunan yang dipersembahkan bakal memiliki ciri-ciri kota Big Apple ini. Namun jangkaan tetamu meleset  sama sekali tatkala menjejaki masuk ke Temple of Dendur – salah satu ruang pameran di dalam muzium The Met.

Temple of Dendur adalah kuil Mesir lama yang dialihkan khas dari tapak asalnya. Dijangka dibina pada tahun 15 sebelum masihi, ia adalah lokasi paling sempurna untuk pertunjukan Metiers d’Art yang mencedok idea era piramid.

Foto: Chanel

Model-model membuka persembahan dalam persalinan bersalut emas. Apa yang menariknya, kebanyakan koleksi tidak terlalu terdedah, sebilangannya juga sopan dan boleh digayakan wanita muslimah yang gemar bergaya dengan jenama mewah.

Dengan gaya solekan sebagai pelengkap, model-model ini melangkah keluar membawa perwatakan bak Isis dan Osiris. Kaia Gerber model bintang di pentas Chanel manakala penampilan Pharrell Williams turut melangkah dalam sepersalinan serba emas.

Rata-rata model menyarung but tinggi serta topi seakan turban berwarna emas manakala beg-beg memiliki ciri bentuk piramid serta kumbang yang cukup simbolik. Artis grafiti, Cyril Kongo turut menyumbang dalam koleksi ino dalam bentuk idea cetakan yang membawa Mesir purba ke era moden.

Foto: EH! (Model Kaia Gerber)

Foto: EH! (Model Pharrell William)

Foto: Chanel

Foto: Chanel

Foto: EH!

Foto: EH!

Sumber: GLAM

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 17 May 2018

Tampil Sopan & Anggun Dengan Koleksi Eksklusif Ramadan Fazbulous by Fazura

Seindah pengertiannya, Jauharah menampilkan gaya sopan dan minimalis, sempurna untuk digayakan sepanjang bulan penuh keberkatan, Ramadan.

Featured Wed, 17 Oct 2018

5 Tip Pemilihan Fabrik Busana Perkahwinan Ikut Bentuk Badan. Barulah Selesa!

Kalau silap pilih fabrik boleh buat anda rasa tak selesa atas pelamin!

Featured Wed, 25 Mar 2020
Featured Fri, 23 Feb 2018

Lipstick Anda Patah Dua? Ini Cara Mudah Untuk ‘Cantumkan’ Semula Guna Lighter

Nak pilih lipstick yang perfect punyalah susah! Jadi kalau ia patah, mesti anda akan fikir dua tiga kali untuk buang atau simpan; lebih-lebih lagi kalau anda telah mengeluarkan wang yang banyak untuknya.

Featured Tue, 8 Jan 2019
Featured Fri, 15 May 2020
Oh Lawa Thu, 29 Nov 2018
Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Bibir anda gelap? Ketahui puncanya

Dapatkan kembali bibir yang cerah!

Oh Lawa Fri, 28 Sep 2018
Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
error: Content is protected !!