Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops January 15, 2019 @ 4:00pm

Bukan saja kedutan wajah semakin jelas, rupa bentuk vagina juga berubah!

Sejauh manakah anda prihatin dengan perubahan vagina atau sebenarnya perihal ini sama sekali tidak pernah terlintas dan menebak dalam fikiran anda?

Tidak dinafikan, perubahan vagina bukannya suatu yang biasa dibicarakan. Tetapi bagi seorang wanita dan ibu, kamu akan menyedari berlakunya perubahan bentuk vagina sesudah akil baligh, proses bersalin dan menopaus.

Bagaimanapun, sebenarnya perubahan besar akan berlaku kepada vulva – Ini termasuklah labia (bibir faraj) dan vagina!

Perubahan Bentuk Vagina:

1. Umur 20-an

Akil baligh merupakan permulaan vagina anda matang. Apabila ovulasi berlaku, cecair seperti mukus akan keluar melalui vagina.
Pada usia 20-an, bentuk vagina akan berubah secara drastik.

Ini berlaku disebabkan hormon yang mana labia (bahagian luar dan dalam bibir vagina) menjadi lebih besar dan berubah warna.

Jangan khuatir dengan perubahan ini kerana penampilan vagina setiap perempuan adalah berbeza dan tiada yang betul atau salah.
Bulu vagina juga akan menjadi tebal, malah berubah warna.

Dalam tempoh ini, lantai pelvis sangat kuat dan ini merupakan perubahan utama waktu remaja anda.

2. Umur 30-an

Pada usia 30-an, graviti dan proses bersalin secara normal akan menyebabkan lantai pelvis menjadi lemah dan menyebabkan otot vagina kehilangan daya cengkaman semula.

Pada waktu inilah, senaman kegel sangat penting untuk dijadikan rutin.

Lantai pelvik yang lemah meletakkan wanita berisiko untuk mengalami prolaps organ pelvis, yang mana pundi kencing, rahim atau rektum jatuh dan menolak pada vagina.

Senaman kegel juga dikenali sebagai senam kemut, langkahnya sama seperti kamu menahan kencing dan melepaskannya.

Senaman kegel akan membantu jika anda melalui proses bersalin normal. Bengkak, regangan dan keradangan yang mungkin berlaku.

Tetapi harus diingat, vagina anda tidak boleh kembali ke bentuk dan saiz sebelumnya walaupun dengan kegel!

Foto: rmalab.com

3. Umur 40-an

Hormon estrogen mulai berkurang pada usia ini lalu menyebabkan labia kelihatan semakin longgar dan bulu vagina mulai menipis, malah bertukar warna.

Kekeringan faraj dan kedut pada vulva juga antara gejala menopaus. Tanda menopaus lain termasuk badan berasa panas, perubahan mood dan masalah haid yang tidak teratur.

Kekeringan faraj juga boleh menyebabkan seks jadi menyakitkan, prolaps atau jangkitan saluran kencing.

4. Umur 50-an

Pada usia 50-an, vulva boleh berubah warna. Kulit mungkin kelihatan lebih nipis dan berkedut. Perlu diingat bahawa peringkat ini adalah normal dan harus dijangkakan.

Tetapi, jika kamu risau dengan perubahan vagina anda, bolehlah mendapatkan nasihat pakar sakit puan.

Bagaimanpun, perkara wajib anda lakukan setiap hari selain mendapatkan nasihat pakar sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, adalah sentiasa menjaga kebersihan vagina dan rajin-rajin lah melakukan senaman kegel!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 14 Dec 2019
Featured Wed, 26 Jun 2019
Sihat Tue, 9 Oct 2018

Suhu Badan Panas Tetapi Bukan Demam, Bagaimana Gejala Ini Boleh Berlaku?

Suhu badan walaupun tidak demam jangan dibiarkan, anda mungkin ada masalah lain!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Featured Mon, 4 May 2020

Belum sempat menyarung sut perkahwinan, Doktor muda ini gugur kerana COVID-19

Menundakan perkahwinannya demi berkhidmat untuk negara

familuv Sat, 19 Oct 2019

Anak tidak cukup tidur? Ini cara untuk tahu

Jangan ambil mudah dengan waktu tidur anak anda

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Sihat Thu, 13 Dec 2018
Featured Mon, 9 Mar 2020

Kira kalori minimum untuk turunkan berat badan

Hasilnya pasti mengujakan, jom buat!

Featured Tue, 5 May 2020
error: Content is protected !!