Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom January 28, 2019 @ 9:00am

Hendak cantik seperti Miranda Kerr, amalkan jus saderi setiap pagi! 

Sebut saja nama Miranda Kerr, anda pasti terbayang wajah si jelita dengan lesung pipit di kedua-dua belah wajahnya.

Selain lesung pipit sebagai daya penarik supermodel kelahiran Australia itu, Miranda juga dikagumi kerana kecantikan kulit wajahnya yang sentiasa kelihatan berseri dan sihat.

Melangkah usia 36 tahun, ibu beranak satu ini tampak muda berbanding usia sebenarnya.

Terkenal dengan obsesinya menggunakan bahan organik termasuk untuk kecantikan tubuh badan dan pemakanan, Miranda juga rajin mengamalkan meditasi dan yoga.

Selain itu, menjadi kewajipannya setiap pagi mengambil segelas jus saderi sebelum memulakan rutin menggosok gigi. 

Foto: newbeauty.com

“Saya takut dengan bahan kimia yang banyak dalam sesetengah produk kecantikan popular juga makanan di pasaran. Jadi saya mengambil inisiatif untuk masak sendiri dan memilih produk organik saja,” katanya.

Tambah Miranda, dia sebelum ini mengamalkan minum air lemon suam setiap pagi dan tidak menyentuh sebarang minuman manis. 

“Pengambilan gula yang banyak akan membuatkan wajah kamu sembap, nampak tua dan menyebabkan hormon tidak seimbang,” tegasnya.

Miranda berkongsi tip kulit cantik, segar, bebas cela dan tegang dengan minum jus saderi setiap pagi. Caranya mudah saja, hanya ambil beberapa batang saderi dan kisar dengan air untuk mendapatkan jusnya. Minum ketika perut masih kosong sebelum memberus gigi.

Foto: independent.ie

Menurut laporan The Chalkboard Magazine, jus saderi membantu membersihkan sistem tairod yang berkait rapat dengan hormon manusia, berpotensi mencegah bakteria dalam tubuh, membantu meningkatkan kesihatan jantung dan hati, tinggi dengan antioksidan untuk kulit muda dan tinngi dengan Vitamin K, C, B6 serta serat.

Miranda juga berkata rasa jus saderi tidak berapa enak jadi untuk kamu yang mahu mencubanya boleh menambah potongan timun, lemon atau halia.

“Jangan tambah sebarang gula atau madu. Kalau boleh minum saja jus itu tanpa menambah buah atau sayuran lain,” katanya.

 

Sumber: Cosmopolitan

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019

5 panduan merias wajah sendiri pada hari bahagia anda

Jurumekap profesional pun akan tergugat.

Acara Wed, 18 Jul 2018

Gaya Classy Selebriti Di Malam Tayangan Perdana Filem Pulang

Lensa kamera turut tertumpu pada himpunan fesyen yang diperagakan selebriti yang hadir.

Oh Lawa Sun, 22 Apr 2018

Miliki Koleksi Terbaru Jimmy Choo, Kini Semua Wanita Boleh Rasai Aura Cinderella

Sepatu kaca yang saiznya kecil dan hanya pantas dipakai oleh gadis bernama Ella seperti termaktub di dalam hikayat dongeng Cinderella, kini mampu dimiliki sesiapapun yang menginginkannya terutamanya wanita yang tidak lokek berbelanja.

Oh Lawa Mon, 25 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 9 May 2018

Risiko Pakai Seluar Yang Terlalu Ketat. No. 3 Paling Bahaya!

Bagi anda yang suka pakai seluar ketat, wajib kena tahu risiko ini!

Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

5 Kasut Tumit Tinggi Termahal Di Dunia, No. 1 Boleh Dapat 30 Buah Rumah Mewah!

Hijab & Heels ingin kongsi kepada anda senarai 5 kasut tumit tinggi wanita termahal di dunia di mana semuanya bernilai jutaan ringgit. 

Oh Lawa Mon, 15 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 16 Aug 2019

Tiga bahan rahsia keremajaan kulit bawah mata

Kulit bawah mata buat anda tampak muda!

error: Content is protected !!