Trending By: Ad Ops February 12, 2019 @ 11:00am

Jumlah penduduk lelaki di Malaysia melebihi 1 juta orang daripada perempuan, kadar kelahiran menurun

Masih ingat satu ketika dulu apabila jumlah populasi perempuan di Malaysia lebih tinggu daripada lelaki? Kini angkanya sudah terbalik!

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah warga Malaysia meningkat sebanyak 1.1 peratus ke 32.6 juta orang pada suku keempat (Q4) untuk tahun 2018, berbanding 32.2 juta pada Q4 2017.

Daripada jumlah itu, 16.8 juta terdiri daripada golongan lelaki, manakala 15.8 juta pula ialah perempuan, kata Ketua Perangkawan Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan.

Perbezaan antara dua jumlah ini juga dapat dilihat menerusi jumlah kelahiran pada suku keempat 2018, yang mana 65,800 bayi adalah berjantina lelaki, manakala 61,600 lagi ialah perempuan.

Namun begitu, jumlah 127,400 kelahiran yang dicatatkan pada Q4 2018 ialah 2.5 peratus lebih kurang daripada Q4 2017 yang menyaksikan 130,000 kelahiran.

“Secara keseluruhannya, Selangor ialah negeri yang mempunyai paling ramai penduduk, dengan jumlah 6.5 juta orang.

“Wilayah Persekutuan Putrajaya pula mempunyai jumlah penduduk paling sedikit, iaitu seramai 91,900 orang,” kata Mohd Uzir.

Dari segi kematian pula, sebanyak 41,400 kematian telah direkodkan pada Q4 2018. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 1.9 peratus berbanding Q4 2017 yang merekodkan 42,200 kematian.

Jumlah lelaki yang meninggal dunia adalah seramai 23,800 orang, manakala golongan perempuan pula ialah seramai 17,600 orang.

Sumber: NST

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Oct 2022
Trending Tue, 10 Oct 2023
Trending Wed, 11 Apr 2018

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Dilaporkan seramai tujuh orang maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini! Hati-hati semua…

Trending Wed, 1 Jun 2022
Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Featured Tue, 5 Sep 2023

Ilmu Perlu Seiring Dengan Akidah, Ini Respons Padu Salih Yaacob Tentang Poligami – “Ada Banyak Isteri Pun Kena Ingat Siapa Yang Layak Bersama Ke Akhirat”

Apabila otai berbicara memang padu lahhh ❤️‍🔥❤️‍🔥 3 bulan belajar ilmu poligami saja tak cukup ya 🫢