Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 26, 2019 @ 10:00am

Menyingkap kehidupan Ameerah AlTaweel, buat kita percaya kisah dongeng Cinderella benar-benar wujud!

Kisah hidupnya umpama dongeng yang sering menjadi ‘bed-time story’ kanak-kanak perempuan, Cinderella. 

Dibesarkan oleh seorang ibu tunggal, jauh sekali mempunyai susur galur golongan monarki atau bangsawan, wanita dilahirkan pada 6 November 1983, kini dikenali di seluruh dunia sebagai antara puteri di Istana Saudi.

Sudah tentu kecantikan memukau Puteri Ameerah binti Aidan bin Nayef AlTaweel Al Otaibi, itulah yang membuatkan hati sang putera raja jatuh ini.

Foto: Arah

Begini kisah mereka. Ketika berusia 18 tahun, Puteri Ameerah AlTaweel mahu menyiapkan tugasan sekolahnya dengan mewawancara Putera AlWaleed Bin Talal yang merupakan cucu Raja Pertama Arab Saudi, Ibn Saud juga merupakan anak saudara Raja Arab Saudi sekarang, Raja Salman bin Abdul Aziz.

Kehebatan cinta pandang pertama antara kedua-duanya, menerbitkan rasa cinta lalu  pasangan ini memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan walaupun jarak usia 30 tahun. 

Bermulalah episod Puteri Ameerah AlTaweel sebagai ahli istana Arab Saudi.

Foto: businessinsider.com

Bagaimanapun, sayangnya perkahwinan yang terjalin atas dasar cinta ini tidak kekal lama dan pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada November 2013. Walaupun sudah berpisah tetapi hubungan mereka masih baik sebagai sahabat.

Harta yang melimpah-ruah tidak menjadikan Puteri Ameerah AlTaweel duduk bermaharalela di kediaman mewahnya. 

Wanita yang mendapat pendidikan di University in New Haven dalam jurusan Pengurusan Perniagaan ini juga terkenal sebagai seorang aktivis kemanusiaan.

Foto: Femalista

Puteri Ameerah AlTaweel pernah menjawat jawatan sebagai Wakil Ketua Yayasan Alwaleed bin Talal yang bergerak dalam bidang kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan pendidikan. 

Beliau sudah menjelajah lebih daripada 70 buah negara dengan inisiatif membantu mereka yang memerlukan. Puteri jelita ini terkenal di seluruh dunia sebagai seorang dermawan dan juga ikon fesyen.

Selain beramal untuk membantu mereka yang memerlukan Puteri Ameerah AlTaweel juga memperjuangkan hak wanita daripada diskriminasi gender. 

Beliau berjuang agar golongan wanita di Arab Saudi tidak lagi dijadikan warga kelas kedua. Puteri Ameerah mahu menjadi wanita pertama yang memandu di jalan raya Arab Saudi.

Foto: Muslim Council of Hong Kong

Puteri Ameerah AlTaweel juga aktif membantu pesakit kanser melalui Tasamy Social Inisiative Center. Organisasi ini merupakan gerakan positf untuk menyalurkan kempen kesedaran dan bimbingan bagaimana melawan kanser.

Kehidupan sebagai seorang janda tidak lama. Akhirnya Puteri Ameerah AlTaweel menamatkan zaman solonya dengan berkahwin dengan seorang jutawan Arab Saudi, Khalifa bin Butti al Muhairi. 

Dikhabarkan suami baharunya itu memiliki jumlah kekayaan USD1.5 billion yang menjadikannya di antara lelaki terkaya di dunia. Khalifa bin Butti al Muhairi merupakan pemegang saham terbesar di NMC Healthcare, sebuah syarikat swasta dalam bidang kesihatan terbesar di Arab Saudi yang berdaftar di London. Beliau juga merupakan Pengerusi Di KBBO Group.

Foto: Getty Images

Sumber: Nona

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Thu, 1 Feb 2018

Nak Basuh Hijab Pun Ada Caranya. Ini 12 Tip Penjagaan Hijab Yang Perlu Anda Tahu

Pelaburan membeli hijab berjenama kegemaran pasti diharapkan berbaloi yang mana item itu boleh disuai padan dengan pelbagai gaya.

Gaya Hidup Wed, 29 Mar 2023

6 Produk Corvan Ni Korang Wajib Ada Untuk Raya Lebih Bergaya!

Photo credits: @_sarahmohdshah (Corvan Spot Cleaner S6) & @its.shareenaz (Corvan K18 Pro) Selesai berpuasa di bulan Ramadan, Hari Raya Aidilfitri pula yang disambut. Banyak persiapan perlu dibuat. Kena beli baju raya, pasang langsir baru, sediakan […]

Gaya Hidup Wed, 7 Nov 2018
Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Gaya Hidup Mon, 12 Feb 2018

Mata Stress Sebab Komputer? Ini 8 Cara Kurangkannya!

Dalam sehari, berapa lama anda mengadap atau bekerja menggunakan komputer? Lima atau enam jam itu perkara biasa.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Featured Thu, 23 Apr 2020
Gaya Hidup Wed, 17 Jan 2018

Bahaya Tidur Lewat Untuk Wanita!

Semua orang tahu tidur sangat penting untuk kesihatan tubuh badan, namun masih ramai yang memandang ringan mengenai perkara ini. Biarpun disarankan sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk waktu tidur, namun dek kesibukan rutin kerja […]

error: Content is protected !!