Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom February 26, 2019 @ 10:00am

Tahukah anda warna asal lobak bukan berwarna oren? Tak percaya? Ini kisah evolusi lobak! 

Pemahaman kita mengenai pembentukan evolusi mungkin menjurus kepada pembangunan sesebuah negara, ekonomi, teknologi, perubatan, arena muzik, perfileman mahupun fesyen. 

Sedangkan, sumber makanan yang kita nikmati pada hari ini juga mengalami beberapa siri evolusi, malah ada yang termutasi.

Ini termasuk lobak, yang rangup dikunyah dan baik untuk kesihatan mata. Ya, lobak adalah sayur yang telah berevolusi sejak berkurun lalu menjadikan warnanya oren seperti yang kita biasa lihat pada hari ini.

Sebenarnya, pada zaman dahulu kala warna asal lobak adalah ungu, putih dan kuning. Bagaimana ia boleh jadi warna oren?

Foto: DIY Network

Foto: edenbrothers.com

Foto: Southern Exposure Seed Exchange

Begini ceritanya….

Pembangun pameran makanan, Paul Stepahin, menerusi blog sains, Tested menceritakan bahawa hampir kesemua buah-buahan citrus berevolusi dari tanah selatan China kira-kira 20 juta tahun lalu.

“Buah-buahan itu kemudian sampai ke India dan dikenali dengan nama Sanskrit iaitu naranga sebelum dibawa ke Barat oleh pedagang Parsi yang turut memanggilnya dengan nama yang tidak jauh beza, narang. Apabila tiba di Perancis, buah-buahan citrus disebut sebagai un narang.

“Ahli linguistik percaya bahawa orang Perancis terkeliru sehingga satu tahap melakukan kesilapan tertukar suku kata un kepada or (yang bermaksud emas), menjadikannya disebut sebagai orange sampai hari ini,” katanya.

Jadi apa kaitannya dengan lobak?

Ada sebuah kota di selatan Perancis bernama Arausio yang diasaskan oleh orang Rome pada tahun 35 Sebelum Masihi, dipanggil “Aurenja” secara tradisional. Entah bagaimana orang Perancis (seperti biasa) tersalah sebut menjadikan sebutannya Orange.

Foto: economist.com

Apabila William the Silent dari Nassau mewarisi tampuk pemerintahan di Orange pada 1544, dia dipanggil William of Orange. Beliau mengetuai Revolusi Belanda menentang Sepanyol pada lewat 1500-an, dan menang seterusnya menubuhkan Republik Belanda.

“Ketika itu orang Belanda dikenali sebagai petani lobak. Lobak mereka didapati dalam warna putih, kuning dan ungu.

“Kemudian pada kurun ke-17, satu baka lobak telah dibangunkan yang memiliki kandungan beta-karotin (kompaun organik yang ditemui dalam labu dan ubi keledek) dan berwarna jingga.

“Orang Belanda mula menanamnya secara besar-besaran untuk memperingati William of Orange, sehinggakan lobak jenis lain diketepikan sama sekali,” kata Stepahin.

Begitulah kisahnya bagaimana lobak menjadi warna oren.

Namun begitu, jangan anggap lobak yang ada kini hanya berwarna oren sahaja. Masih lagi wujud lobak putih, kuning, ungu dan juga merah.

Cuma lobak berwarna oren itulah yang paling popular, dan William of Orange adalah puncanya.

 

Sumber: Awani

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Saintis Ini Kongsikan Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Duduk Terlalu Lama. Bahaya Rupanya!

Jika anda seorang yang suka bermalas-malasan, fungsi dalaman tubuh anda akan semakin lemah!

Gaya Hidup Fri, 16 Nov 2018

Jadikan Anak Anda Jagoan Hafaz Al-Quran Dengan Amalan 7 Petua Ini

Cara ajar anak hafal Al-Quran ini boleh dimulakan sejak anak berusia dua tahun.

Featured Tue, 1 Oct 2019

Inilah fungsi sebenar warna pada tiub ubat gigi anda

Ia tidak merujuk kepada bahan toksik di dalam ubat gigi itu ya!

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Buat Persiapan Awal Untuk Anak-Anak, Puteri Sarah Khuatir Meninggal Di Usia Muda

Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan sudah membuat segala persiapan jangka masa panjang buat anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah untuk meneruskan kelangsungan hidup. @mr.rullano Bagusnya Puteri Sarah buat planning untuk anak2 die. Bersedia in any situation. […]

Gaya Hidup Tue, 6 Nov 2018

Ketagihan Minuman Coffee Cup Boleh Menyebabkan Kanser? Ini Sebabnya!

Acrylamide adalah bahan kimia yang digunakan terutamanya dalam proses perindustrian tertentu, seperti membuat kertas, pewarna dan plastik.

Featured Thu, 31 May 2018
Featured Wed, 17 Jan 2018

Tip Diet Efektif

Sudah penat berdiet tetapi berat badan masih tidak berkurangan? Di mana silapnya? Mungkin anda meninggalkan waktu makan tertentu tetapi makan dengan kuantiti yang  banyak apabila berpeluang untuk makan. Fakta membuktikan, pengambilan kalori yang melebihi jumlah […]

Gaya Hidup Fri, 3 Jan 2020

69 % rakyat Malaysia mahu mengembara sendirian, anda bagaimana?

Keselematan, kesunyian bukan halangan dengan Klook!

Gaya Hidup Fri, 7 Dec 2018
Gaya Hidup Sun, 24 Jun 2018

Jenis Makanan Baik Untuk Perkembangan Otak Dan Paling Penting Tak Membosankan

Makanan memenuhi keperluan fizikal manusia agar tubuh badan dapat berfungsi dengan baik.

error: Content is protected !!