familuv By: Ad Ops March 5, 2019 @ 2:00pm

Tanya 5 soalan untuk ketahui jika pasangan anda yang curang boleh dimaafkan atau tidak

Apabila sedang dilamun cinta, anda akan rasa seperti berada di dalam kepompong yang penuh dengan kasih sayang dan tiada siapa pun boleh menembusi.

Kemudian, dengan satu pengakuan atau penemuan, kepompong tadi musnah dengan ganas sekali. Mahligai yang anda bina bersama selama ini hancur berkecai.

Ada pasangan mampu pulih daripada kes kecurangan, tetapi itu hanyalah jika kedua-dua pihak merasakan hubungan mereka patut diselamatkan dan pihak yang salah sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi hati serta kepercayaan pasangannya semula.

Sesetengah pihak yang salah pula tidak patut dimaafkan sama sekali.

Jika anda berada di dalam situasi ini dan tidak pasti apa yang anda patut buat, tanya diri anda lima soalan berikut:

1. Pernahkah dia curang dengan orang lain sebelum ini?

Jika dia mempunyai rekod, dia akan terus berkelakuan sebegini hinggalah seseorang berpisah dengannya dengan cara yang cukup kasar dan dia akhirnya menyedari kesilapannya.

Dalam kes ini, dia tidak berhak untuk diberi peluang kedua.

Foto: Steemit

2. Mengapa mereka curang?

Insiden kali pertama yang dapat dijelaskan dengan munasabah dan sahih lebih mudah dimaafkan berbanding ‘kesilapan’ yang berlaku berkali-kali atau hubungan sulit jangka panjang.

Letakkan diri anda di tempatnya. Jika anda merasai apa yang dia rasa, apa yang akan anda buat? Bolehkah anda memahami situasi itu?

3. Pada pendapat anda apa yang akan dia buat jika hal ini berlaku lagi?

Apakah cagaran yang dia berikan supaya perkara hitam ini tidak berulang lagi?

4. Bagaimana keadaan hubungan anda ketika dia berlaku curang?

Anda mungkin memaafkan pasangan anda jika anda tahu dia berasa tidak gembira, hubungan anda tidak baik dan anda berasa sangsi.

Jika anda sangka anda berdua bahagia dan tidak nampak sebarang tanda yang menunjukkan hubungan anda tidak baik, ternyata memang susah bagi anda untuk mempercayainya lagi.

Jika untuk kali pertama dahulu tiada klu langsung, bagaimana anda boleh tahu jika ia berlaku lagi?

Foto: ThinkstockPhotos

5. Adakah dia rasa bersalah terhadap perbuatannya?

Dia sepatutnya rasa lebih teruk daripada anda mengenai rasa sakit hati yang berpunca daripadanya.

Langkah seterusnya

Setelah anda tanyakan soalan semua di atas, berikut adalah langkah seterusnya yang anda patut lakukan.

1. Wujudkan ruang

Reaksi pertama anda ialah ingin berpaut pada pasangan anda. Kalau boleh anda tidak mahu dia hilang daripada pandangan.

Jangan! Sebaliknya anda perlu tekankan bahawa perbuatannya tidak boleh diterima dan anda juga ada maruah.

Jika anda tinggal sebumbung, minta dia keluar dan tinggal di tempat lain untuk beberapa hari. Jika tidak, elakkan daripada bertemu dengannya.

Gunakan masa ini untuk memahami perasaan anda sendiri dan mengenal pasti apa yang anda inginkan.
Senaraikan segala pertanyaan yang anda musykil mengenai situasi ini.

2. Jumpa dengan pasangan

Pertemuan ini bukan untuk berbaik semula, tetapi untuk memastikan sama ada hubungan anda berbaloi untuk diselamatkan.

Beri amaran dengan pelbagai soalan yang anda ingin tujukan kepadanya. Jika dia enggan menjawab, lupakan sahaja niat anda untuk bersatu semula.

Jika dia rela, tabahkan hati dan terus menyoal. Kumpul maklumat dan tanya diri anda sama ada mampu atau tidak untuk teruskan hubungan ini.

Jika ada harapan untuk diselamatkan, anda berdua bolehlah tinggal bersama semula.

Foto: Entertales

3. Jalinkan hubungan baharu

Hubungan yang lama dan telah rosak itu patut dilupakan. Anda perlu mulakan sesuatu yang baru. Bunyinya sedih, tetapi siapa tahu kali ini hubungan anda akan jadi lebih menarik daripada sebelumnya.

Ternyata, kepercayaan di antara kedua-dua individu ini sukar untuk disemai semula. Daripada dibelenggu dengan masalah itu, ingat yang anda berdua berjaya melepasi cabaran besar sebagai satu pasangan.

Anda akan rasa tidak terjamin dan bergaduh berkali-kali. Tidak mengapa, perkara ini normal. Untuk mengatasinya, tetapkan peraturan baru, seperti beritahu pasangan di mana anda berada pada setiap masa atau hantar mesej yang memberi dorongan.

4. Bersedia untuk berubah

Langkah-langkah di atas berpihak kepada anda yang juga mangsa. Pada masa sama, anda perlu lihat dari sudut pandangan pasangan anda juga. Tentunya ada sebab kenapa dia curang.

Apa yang dia dapat daripada insan ketiga yang dia tidak peroleh daripada anda? Siapakah dia apabila bersama dengan orang ketiga ini?

Cari jalan supaya anda berdua mampu tingkatkan keharmonian dalam hubungan anda.

Sumber: DailyMail.co.uk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 26 Dec 2018

Diskriminasi Jantina, Punca Kematian 21 Juta Kanak-Kanak Perempuan Di India

Di India, anak perempuan sering dipandang sebagai beban kewangan.

familuv Fri, 8 Jun 2018

The Family UK Keluarga Contoh Buat Si Perantauan Agar Tidak Lupa Asal Usul

Walaupun dilahirkan di Birmingham, United Kingdom (UK) dan menetap di negara itu, ketiga-tiga beradik itu terutamanya Fatimah Omar Mukhlis, 4, tidak melupakan bahasa Melayu, malah fasih ‘kecek kelate’.

familuv Tue, 17 Jul 2018

Karakter Dominan Isteri Bikin Suami Kecut Perut

Ada banyak faktor sebenarnya yang menyebabkan suami takut isteri.

familuv Wed, 27 May 2020
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kunci Tertinggal Dalam Rumah, Fizz Fairuz & Keluarga Tersadai! – “Bersila Dah, Tinggal Ada Cekodok…”

Pelakon Datuk Fizz dan isteri, Datin Almy Nadia bersama anak-anaknya ‘tersadai’ di luar akibat kunci pintu tertinggal di dalam rumah. Menerusi hantaran di Instagram, pelakon filem Munafik itu sedang merakam setiap ahli keluarganya yang duduk […]

familuv Tue, 19 Mar 2019

10 tanda halus suami masih tergila-gilakan anda

Jom semak jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini.

familuv Thu, 20 Jun 2019

Angkasawan Negara kongsi 15 panduan didik anak

Teknik mudah, tetapi berkesan!

familuv Wed, 9 Jan 2019
familuv Fri, 16 Nov 2018

9 Cara Efektif Untuk Kurangkan Masalah Ekzema Anak Anda

Ekzema tidak boleh dirawat, tetapi masalah kulit ini boleh dicegah.

familuv Fri, 24 Feb 2023