familuv By: Ad Ops March 5, 2019 @ 2:00pm

Manfaat dan kemudaratan “tandem nursing”. Ibu bapa sila ambil perhatian!

Tahukah anda apa itu tandem nursing? Mungkin ada segelintir ibu tidak mengetahui istilah tandem nursing kerana tidak pernah mengalami situasi berkenaan.

Tandem nursing adalah satu istilah yang digunakan apabila ibu menyusukan dua orang anak yang berbeza usia dalam tempoh waktu yang sama. Situasi ini berlaku sekiranya si ibu hamil serta melahirkan anak yang baru dan pada masa sama, anaknya yang sedia ada masih lagi menyusu badan.

tandem nursing

Foto: the Asianparent

Si ibu juga mungkin berasa bersalah untuk menghentikan penyusuan kerana anak yang masih kecil, lantas meneruskan penyusuan kepada kedua-dua anaknya.

Tambahan pula, sudah terbukti susu ibu sangat bagus kerana dapat membekalkan khasiat nutrien dan imuniti bagi melindungi anak daripada pelbagai jenis penyakit.

Justeru, si ibu nekad untuk terus memberikan susu badan kepada anak-anak walaupun mereka terpaksa berkongsi bersama adik-beradiknya.

Bagaimanapun, anak yang lebih muda perlu diutamakan kerana mereka memerlukan masa dan perhatian yang lebih daripada si ibu. Mereka juga memerlukan nutrien, kalori serta kolostrum sepenuhnya yang hanya mampu diperoleh oleh sumber utama makanan mereka iaitu susu ibu.

Jom semak info di bawah bagi mengetahui lebih lanjut mengenai manfaat serta kemudaratan tandem nursing. Setiap manfaat dan mudarat tandem nursing perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum anda memutuskan untuk melakukannya.

Manfaat tandem nursing

1. Semakin banyak anak-anak menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Justeru, ibu tidak perlu risau akan kekeringan susu.

2. Tandem nursing dapat membantu mengurangkan pembengkakan payudara si ibu yang sering dialami ketika minggu pertama selepas bersalin.

Foto: St. Elizabeth

3. Ia dapat memberi peluang kepada anak yang lebih tua untuk kekal memperoleh manfaat susu ibu

4. Ia membantu mengurangkan perasaan cemburu anak yang lebih tua sekali gus merapatkan hubungan dengan adik baharunya

5. Tandem nursing memberi peluang kepada ibu untuk terus mengekalkan jalinan emosi dengan anak yang lebih tua

6. Jika ibu mengalami situasi susu keluar terlalu banyak pada satu masa (overactive letdown) sehingga menyukarkan anak yang masih bayi menyusu, si ibu boleh menyusukan anak yang lebih tua terlebih dahulu untuk memperbetulkan aliran susu berkenaan.

Bagus bukan? Namun begitu, anda juga perlu tahu mengenai kemudaratan tandem nursing. Jom teruskan pembacaan!

Kemudaratan tandem nursing

1. Si ibu akan cepat berasa penat lantaran memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk menghasilkan susu.

2. Ia memerlukan masa dan perhatian yang lebih lama sekiranya anak-anak menyusu pada waktu yang berbeza.

3. Menyusu sewaktu hamil akan menyebabkan rasa loya.

4. Ada segelintir wanita yang akan mengalami peningkatan terhadap kemahuan seksualnya akibat perubahan hormon yang dialami jika melakukan tandem nursing.

5. Si ibu terpaksa berhadapan dengan stigma sosial yang mengatakan bahawa anak yang lebih muda akan kurang mendapat nutrisi susu ibu kerana anak yang tua sudah menghabiskannya terlebih dahulu.

6. Si ibu akan lebih mudah mengalami penurunan berat badan dan perlu makan lebih banyak untuk membekalkan lebih nutrisi dan tenaga.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Jul 2021

“You Buat Kami Hilang Rasa Hormat”..- Isu Ebit Lew, Sharnaaz Ahmad Tegur Sikap Caprice

Semalam, artis Caprice telah tampil menceritakan kepada orang ramai mengenai isu sebenar yang berlaku antara dirinya dan Ustaz Ebit Lew di Gaza. Baca artikel berkaitan: “Tapi Kena Pose Untuk Camera 2 Kali… Orang Gaza Persoal […]

Featured Mon, 16 Jan 2023
Eat Travel Wed, 5 Sep 2018

Terbayang-Bayang Sotong Celup Tepung Pok Nong, Rasa Nak Pergi Terengganu Sekarang Juga!

Sebelum menghala pulang ke Kuala Lumpur, singgah sebentar di Warung Pok Nong.

Featured Fri, 9 Dec 2022

Masih Dihantui Masa Lalu, Aisha Retno Susah Nak Move On Dalam I.L.S.M

Sedihnya lagu baru Aisha ni tapi sumpah best!