Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin March 7, 2019 @ 12:25pm

Anak remaja anda merokok? Cuba 4 panduan ini untuk latih mereka supaya berhenti!

Oleh Syarifah Fatin Anisa  Tuan Said Shakh

Ibu bapa mana yang tidak akan berasa susah hati jika anak mereka merokok? Lebih-lebih lagi jika mereka berada di usia remaja iaitu fasa yang paling rumit dalam hidup mereka.

Lebih menyedihkan, mereka adalah antara yang paling petah berkata-kata dan bercerita apa sahaja dengan anda semasa mereka masih kecil tetapi apabila meningkat remaja, mereka seolah-olah memulaukan anda.

Selain itu, apabila anda menegur kesilapan mereka, anda akan dianggap sebagai musuh!

Family Affairs

Anda mungkin baru sahaja bertengkar dengan anak tentang perkara ini. Namun begitu, ada cara yang lebih baik untuk memastikan mereka tidak akan merokok lagi.

Jika anak anda berperwatakan begini, cuba panduan ini supaya anda boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan mereka. Dengan cara ini, barulah anda boleh tahu isi hati mereka.

Beri contoh yang baik

Jika suami anda seorang perokok tegar dan sering melakukannya di dalam rumah, anak anda mungkin terikut-ikut dengan cara ini.

Dia mungkin merasakan bahawa perbuatan merokok adalah perkara yang biasa dilakukan. Oleh sebab itulah dia berani untuk meniru perlakuan tersebut kerana menganggapnya sebagai sesuatu yang normal.

Oleh itu, sebagai seorang ibu dan isteri, anda haruslah menggunakan “kuasa” yang anda ada untuk memujuk suami supaya turut sama-sama mempamerkan contoh yang baik kepada anak-anak.

Foto: Remaja

Kawal perbelanjaan anak anda

Ia mungkin agak kejam tetapi pasti akan merubah tabiat anak anda.

Ini kerana, sumber perbelanjaan yang mereka miliki adalah daripada anda sendiri. Apabila anda mencatu sumber wang yang diberikan, sudah tentu mereka tidak boleh membeli benda yang tidak bermanfaat seperti rokok.

Sediakan bekal untuk mereka. Walaupun mereka mungkin akan berasa agak malu untuk membawanya ke sekolah memandangkan usia yang meningkat remaja, tetapi anda harus menerangkan kepada mereka bahawa ini adalah cara untuk mereka menghentikan perbuatan tesebut.

Foto: EatingWell

Ambil tahu tentang teman-teman anak anda

Jangan telalu mendesak! Jika anda ingin mendapatkan maklumat tentang perkara ini, anda haruslah bertenang dan tidak menggunakan cara yang tidak disukai oleh anak remaja anda.

Sebagai ibu bapa, anda boleh bercakap terus dengan guru kelas anak anda. Tanyakan tentang sikap anak anda di sekolah dan siapa rakan-rakannya. Kadangkala, sikap mereka di sekolah adalah berlainan dengan di rumah.

Anda juga boleh mengajak teman-teman anak anda untuk datang menikmati jamuan di rumah. Dengan cara ini, anda boleh mengenali mereka dengan lebih dekat.

Komunikasi adalah kunci utama

Hubungan antara ibu dan anak adalah sangat penting dalam menyelesaikan apa-apa perkara sekalipun. Komunikasi dari hati ke hati adalah kunci utama dalam memastikan hubungan kekal baik. Jika anda memberitahunya tentang kerisauan anda jika kehilangannya kerana bahan berbahaya seperti rokok, dia pasti akan memahaminya.

Ini kerana, anak anda akan memahami bahawa jika dia melakukan sesuatu perkara yang tidak elok, anda pasti akan kecewa. Merokok sememangnya berbahaya kepada kesihatan. Cuba panduan ini dan berikan contoh yang baik kepada mereka.

Foto: healthyfamiliesbc.ca

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 7 Mar 2019

Inilah usia terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi wanita

Sebelum hamil, pastikan anda bersedia untuk memikul tanggungjawab.

Cahaya Mata Fri, 6 Jan 2023

Muat Naik Ragam Anak Tak Mahu Jalan & Minta Dukung, Ramai Kongsi Nasib Sama Seperti Emma Maembong

Anak kepada pelakon Emma Maembong, Shariq Gabriel sekali lagi mencuri perhatian ramai dengan gelagat dan kerenahnya. Baru-baru ini, Emma berkongsi di laman Instagram gelagat Shariq yang tidak mahu berjalan dan meminta mahu didukung di sebuah […]

familuv Wed, 14 Nov 2018

Beri Madu Kepada Bayi. Boleh Atau Tidak?

Keracunan botulisme adalah keadaan kesihatan yang mungkin membawa maut.

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

familuv Fri, 5 Oct 2018

Ini Cara Nak Hentikan Anak Daripada Tercekik Objek

Tercekik boleh menyebabkan kematian!

familuv Thu, 6 Feb 2020
Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

familuv Mon, 4 Feb 2019
familuv Fri, 7 Dec 2018

4 Cara Penjagaan Bayi Baru Lahir Yang Perlu Anda Elakkan

Salah satunya, jangan pakaikan pakaian yang tebal pada bayi!

Cahaya Mata Thu, 22 Dec 2022

Anak Masuk Hospital, Ajak Shiro Titip Pesan Hubungan Adik Beradik Tak Akan Terputus

Perkongsian yang dimuat naik oleh pelawak Ajak Shiro berkenaan anaknya yang terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital meraih perhatian netizen.   View this post on Instagram   A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) Menerusi […]

error: Content is protected !!