Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 7, 2019 @ 3:00pm

Inilah usia terbaik untuk mendapatkan zuriat bagi wanita

Menjadi ibu adalah impian setiap wanita, tetapi sebelum memikul tanggungjawab itu, anda perlu memastikan pasangan anda juga sudah bersedia.

Anda berdua juga perlu stabil dari segi kewangan untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa, dan anda perlu bersedia menghadapi segala cabaran yang bakal menimpa.

Ramai pasangan memilih untuk menangguh kehamilan apabila memikirkan pelbagai perkara yang perlu diberi keutamaan, tetapi sampai bila seseorang wanita itu perlu menangguhkan hasrat murni berkenaan?

Usia terbaik bagi seseorang wanita itu hamil adalah apabila beliau bersedia dari segi fizikal, emosi, kewangan dan sosial untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu.

Setiap wanita memang berlainan, tetapi kebanyakan kajian mendapati usia terbaik untuk menjadi ibu adalah antara 20 hingga 35 tahun.

Antara alasan mengapa perlu ada anak pada usia muda:

  • Perbezaan budaya antara anda dengan anak lebih kecil
  • Anda ada banyak masa untuk melahirkan lebih ramai anak
  • Anda lebih aktif untuk membesarkan anak
  • Jika anda membesarkan anak sekarang, anda akan ada masa untuk diri sendiri nanti apabila mereka sudah besar
  • Anda boleh hamil semula dengan cepat

Antara alasan mengapa ada anak pada usia yang lebih tua:

  • Pengalaman hidup menjadikan anda lebih arif
  • Mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membesarkan anak
  • Zuriat didapati lebih sihat dengan tidak banyak isu kesihatan kerana kualiti hidup yang lebih baik
  • Lebih banyak masa untuk diluangkan bersama-sama anak
  • Stabil dari segi emosi

Foto: Parents India

Jom lihat kebarangkalian untuk seseorang wanita itu melahirkan anak, mengikut kategori umur yang berlainan:

Sebelum 20-an

  • Usia ini mungkin bukan ideal untuk kebanyakan wanita, tetapi pada tahap ini, mereka paling subur
  • Berat badan wanita adalah rendah, jadi berat ketika hamil boleh dikawal dengan mudah
  • Risiko untuk mengalami masalah kehamilan seperti hipertensi, keguguran, jangkitan pundi kencing dan membran janin pecah adalah lebih tinggi
  • Wanita mungkin tidak bersedia dari segi emosi untuk menghadapi isu kehamilan
  • Ibu bapa mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membesarkan anak mereka

Antara usia 20 dan 24 tahun

  • Wanita subur dan lebih senang untuk hamil pada peringkat umur ini berbanding kemudian hari
  • Peluang paling tinggi pada usia ini untuk mendapat zuriat yang sihat dan melalui kehamilan berisiko yang rendah
  • Wanita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melalui proses kehamilan, dan tidak mengalami masalah kronik
  • Mendapatkan semula berat badan sebelum hamil adalah lebih mudah
  • Kewangan masih membebankan memandangkan ramai pasangan muda mungkin sedang melunaskan yuran pendidikan atau baru hendak mula bekerjaya

Foto: Parenting

Antara usia 25 dan 29 tahun

  • Peluang untuk mendapatkan zuriat masih tinggi
  • Wanita mempunyai telur yang berkualiti tinggi
  • Kadar risiko kehamilan adalah rendah
  • Wanita dikira bersedia dari segi fizikal dan emosi untuk menangani proses kehamilan.

Antara usia 30 dan 34 tahun

  • Apabila wanita memasuki kategori ini, kesuburan mereka mungkin mula menurun
  • Risiko bagi menghadapi tekanan darah tinggi, kencing manis gestasi dan kesukaran untuk melahirkan anak semakin meningkat
  • Pada tahap ini, hubungan pasangan paling stabil dan mereka mampu memberi komitmen pada tanggungajawab keibubapaan

Antara usia 35 dan 39 tahun

  • Kesuburan semakin menurun selepas umur mencecah 35 tahun
  • Kadar kejayaan bagi pertolongan rawatan kesuburan seperti persenyawaan tabung uji (IVF) mungkin menurun juga
  • Risiko untuk masalah kehamilan seperti kencing manis gestasi, praeklampsia dan hipertensi adalah lebih tinggi
  • Risiko keguguran anak dan kelainan kromosom adalah lebih tinggi
  • Kebarangkalian untuk mendapat zuriat kembar adalah tinggi memandangkan variasi hormon dalam kalangan wanita berusia mengakibatkan penghasilan banyak telur

Di antara usia 40 dan 45 tahun

  • Peluang untuk hamil adalah lebih rendah
  • Risiko kehamilan seperti keguguran, kencing manis, masalah uri, kelahiran awal dan berat badan bayi yang rendah adalah lebih tinggi
  • Kebarangkalian untuk melalui pembedahan Caesarean adalah lebih tinggi
  • Kehamilan perlu diurus dengan lebih berhati-hati, dan wanita mungkin perlu menjalankan ujian tambahan untuk melihat jika ada sebarang masalah pada bayi seperti sindrom Down

Foto: Verywell Family

Nota: Senario yang digambarkan di atas adalah generik. Ini mungkin terjadi kepada anda, atau tidak. Tetapi dua perkara lazim yang anda perlu tahu adalah:

  • Anda lebih subur pada usia yang lebih muda
  • Anda boleh hamil pada usia 40 tahun jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan anda dan merujuk doktor mengenai sebarang isu kesihatan dengan segera

Sumber: Mom Junction

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 15 May 2018

Kekalkan Hubungan Yang Erat, 10 Cara Ini Mewujudkan Bonding Di Antara Ahli Keluarga

Dalam mengharungi era globalisasi dan teknologi yang semakin canggih, hubungan kekeluargaan bagaikan ampuh.

familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

familuv Wed, 13 May 2020
familuv Tue, 12 Mar 2019

Inilah 12 ciri pasangan bahagia. Anda dan pasangan bagaimana?

Fakta ini diperoleh daripada hasil kajian dilakukan eHarmony.

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

familuv Fri, 30 Nov 2018

Pakar Kongsi Keburukan Telefon Bimbit Pada Kanak-Kanak. Take Note Ya Para Ibu Bapa!

Telefon bimbit beri kesan negatif pada fizikal dan mental kanak-kanak.

familuv Wed, 8 Aug 2018

4 Sajian Enak Berasaskan Brokoli Untuk Si Manja

Brokoli antara sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral.

familuv Sat, 10 Dec 2022

Ramai Sebak Tonton Video ‘Throwback’ Uwais Bersama Arwah Siti Sarah

Anak sulung kepada pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Al Qarni telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-11, baru-baru ini. Walaubagaimanapun, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok, ia telah […]

familuv Thu, 24 Jan 2019

Kate Middleton kongsi cabaran dialaminya sebagai seorang ibu

Walaupun berdarjat tinggi, beliau tidak boleh lari dari masalah ini.

Cahaya Mata Fri, 4 Nov 2022

Comel! Nyanyian ‘Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah’ Si Cilik Ini Raih Perhatian, Siap Ada Slang Lagi!

Aksi seorang kanak-kanak perempuan mendendangkan lagu berjudul Bukan Aisyah Bukan Siti Khodijah tular di media sosial. Seorang warganet yang dikenali sebagai Firdaus Mokhtar berkongsi nyanyian anaknya, Ameenah dan ia mendapat perhatian ramai kerana kecomelan yang […]

error: Content is protected !!