Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin March 18, 2019 @ 9:31am

Bosan makan ayam? Cuba resipi ‘Ikan Kukus Ala Hong Kong’ untuk makan tengah hari!

Oleh: Syarifah Fain Anisa binti Tuan Said Shakh

Suri rumah kebiasaannya sering mengalami masalah apabila tiba masa menyediakan hidangan makanan tengah hari untuk keluarga mereka.

Kerja rumah yang masih berbaki kadang kala menghalang pemikiran untuk menjadi kreatif dalam memilih hidangan apakah yang ingin dimasak.

Anda pastinya akan memilih hidangan yang mudah dan cepat untuk dimasak, bukan?

Oleh itu, apa kata cuba hidangan ‘Ikan Kukus Ala Hong Kong’ ini? Rasanya enak dan berkhasiat serta sesuai untuk dinikmati seisi keluarga. Anda boleh menggunakan sebarang jenis ikan sekalipun tetapi untuk rasa yang lebih enak, gunakan siakap atau ikan merah.

Foto: An Lành

Selamat mencuba!

Bahan:

  • Ikan siakap/merah
  • 2 hiris halia
  • 1 sudu teh lada putih

Bahan sos

  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu teh gula batu
  • 1 sudu besar air masak

Hiasan

  • 3 ulas bawang putih dicencang halus
  • Satu sudu besar minyak masak
  • Daun bawang dipotong kecil

Cara penyediaan

  • Bersihkan ikan. Letakkan halia ke dalam pengukus.
  • Setelah itu, letakkan ikan di atas halia tersebut dan kukus selama tujuh minit pada api yang besar.
  • Sementara menunggu, panaskan bahan untuk membuat sos di dalam periuk bagi mencairkan gula batu.
  • Ketepikan sos dan goreng bahan hiasan tadi iaitu bawang putih dengan minyak sehingga bertukar kekuning-kuningan.
  • Setelah ikan masak sepenuhnya, angkat ikan dari pengukus dan letak dalam bekas yang sesuai.
  • Taburkan lada putih dan tuangkan sos ke atas ikan.
  • Tuangkan minyak bawang putih yang digoreng tadi bersama daun bawang.
  • Hidangan anda siap untuk dinikmati! Hidangkan ketika ia masih panas.

Sumber: Honest Cooking

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Memperkenalkan tema “Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama”, hidangan yang disediakan berasa seolah menikmati masakan air tangan ibu.

Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Thu, 17 May 2018

Terumbu Karang Hampir Musnah, Maya Bay Akan Ditutup Buat Sementara

Bagi anda yang belum tahu, Pulau Maya Bay akan ditutup sementara selama 4 bulan.

Eat Travel Mon, 10 Sep 2018

Nikmati Suasana Kampung Di Dalam Kesibukan Kota Metropolitan

Bagi warga kota tetapi sesekali ingin lari dari kesibukan kota, Chenta Cottage, adalah destinasi ideal buat anda.

Eat Travel Sat, 9 May 2020
Eat Travel Sun, 15 Jul 2018
Eat Travel Sat, 23 May 2020

Roti ‘gergasi’ Vietnam gegar perhatian dunia

Roti dengan ketinggian separa tubuh manusia

Eat Travel Mon, 17 Feb 2020
Eat Travel Fri, 11 May 2018

Ini Resipi Mudah Dan Ringkas Untuk Buat Molten Lava Cake, Pakai Microwave Saja

Bila anda belah kek comel ini di bahagian tengahnya, fuuuh. Meleleh air liur.

Eat Travel Tue, 7 Apr 2020
error: Content is protected !!