Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin March 27, 2019 @ 8:03pm

Perlukah gunakan ‘toner’ setiap hari? Ini jawapan daripada pakar

Oleh: Syarifah Fatin Anisa

Wanita sekarang sentiasa bersaing untuk tampak cantik.

Hal ini tidak bersalahan dengan fitrah semula jadi, tetapi kadangkala terdapat ritual kecantikan seperti penjagaan kulit yang tidak dilakukan dengan betul.

Penggunaan toner misalnya dijadikan sebagai amalan kecantikan setiap wanita dalam penjagaan kulit selain untuk mengelak kulit daripada kelihatan kusam serta tidak bermaya.

Toner juga dikatakan bertujuan membantu mengatasi masalah tertentu pada kulit. Ia biasanya berbentuk cecair yang digunakan selepas membersihkan wajah dan sebelum menggunakan pelembap.

Toner mempunyai banyak fungsi tetapi secara umumnya, ia mempunyai bahan aktif yang mempersiapkan kulit sebelum anda mengaplikasikan bahan penjagaan kulit yang lain pada wajah.

Foto: HerWorld

Usia yang sesuai bagi pemakaian toner

Tiada usia tertentu yang ditetapkan untuk memakai toner pada wajah, namun begitu anda disarankan untuk mula menggunakannya selepas mencapai usia matang iaitu dalam lingkungan 14 hingga 15 tahun.

Penggunaan toner pada setiap hari?

Menurut Dr Listya Paramita, pakar kulit dan kelamin daripada Klinik Spesialis Kulit & Estetik RS As-Suyuthiyyah dari Indonesia menyarankan agar anda tidak perlu menggunakan toner  setiap hari.

“Penggunaan toner tidaklah wajib dipakai tetapi tiada masalah jika anda ingin menggunakannya,” katanya.

Jika anda peminat toner daripada bahan semula jadi, terdapat beberapa perkara yang anda harus titik beratkan termasuklah kandungannya.

Ini kerana, bahan seperti cuka epal mempunyai tahap asid yang tinggi dan hanya sesuai untuk digunakan dalam masakan, namun  bunga mawar adalah bahan semula jadi yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai toner.

Foto: Karen’s Products

Panduan pemilihan toner

Jika anda mempunyai kulit jenis kering, anda disarankan menggunakan toner yang mengandungi vitamin E, chamomile, air mawar atau yang mempunyai fungsi melembapkan kulit.

Bagi kulit kusam dan berjerawat, gunakanlah toner yang mengandungi asid seperti seperti glycolic acid, lactic acid, malic acid, mandelic acid dan salicylic acid.

Pemilik kulit yang sensitif haruslah menggunakan toner yang bebas kandungan alkohol dan hindari produk yang mempunyai pewangi tambahan, pewarna menthol dan sodium lauryl sulfate.

Cubalah!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 25 May 2018

Tahukah Anda Kecantikan Bidadari Syurga Itu Abadi? Jom Baca Artikel Ini

Bidadari Syurga, pipi mereka seindah mawar dan buah epal. Tubuh mereka padat bagaikan buah delima. Tutur kata yang keluar dari mulut mereka bagaikan batu-batu permata yang teruntai.

Oh Lawa Mon, 8 Oct 2018

Mencukur Bulu Muka Boleh Buat Makeup Nampak Lebih Perfect, Tapi Apakah Keburukannya?

Bukan lelaki saja yang mencukur muka, tapi adakah teknik ini bagus?

Oh Lawa Mon, 25 Mar 2019
Featured Wed, 27 Jun 2018

Lepas Tengok Gambar Scary Ini, Anda Takkan Lagi “Terlupa” Untuk Tanggalkan Maskara Sebelum Tidur

Seorang wanita tak tanggalkan maskaranya dengan betul. Inilah akibatnya.

Featured Wed, 12 Feb 2020
Acara Mon, 22 Jul 2019

Datuk Alha Alfa optimis curah ilmu solekan

Uqasha Senrose gamatkan Masterclass Makeup Alha Alfa

Featured Tue, 5 Nov 2019
Oh Lawa Mon, 17 Sep 2018

23 Gaya Fesyen Karpet Merah Paling Menarik Di Acara Emmy Awards Selama Ini

Kita boleh juga lihat evolusi gaya fesyen red carpet dari tahun ke tahun.

Oh Lawa Wed, 22 Aug 2018

4 Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Sesuai Dengan Kulit Anda

Tidak semua produk kecantikan yang anda ingin gunakan atau sudah digunakan itu bagus untuk kulit wajah anda.

Oh Lawa Fri, 11 Jan 2019

Lady Gaga attends a formal event… carrying a ball of feathers as her accessory?

Well, she’s always been skilled at turning heads but what is that thing?

error: Content is protected !!