Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops April 4, 2019 @ 11:00am

Tangani masalah obesiti kanak-kanak melalui pengambilan makanan

Bayi atau kanak-kanak yang berpipi labuh atau berbadan montel sering dianggap comel!

Tetapi  sesetengah daripada mereka yang digelar  baby fat ini berkemungkinan besar akan mengalami masalah kesihatan apabila mereka besar kelak.

Kenyataannya, obesiti dalam kalangan kanak-kanak kini menghantui banyak keluarga di seluruh dunia.

Ia mendatangkan risiko penyakit yang lebih serius seperti kencing manis, penyakit jantung serta asma. Ia juga boleh menjejaskan kesihatan emosi mangsa.

Bagaimanapun, majoriti daripada kes obesiti ini boleh dielakkan serta masih boleh dirawat.

Jika anak anda mengalami obes,  dengan sokongan, dorongan dan contoh teladan yang positif, anda sendiri boleh membantunya untuk mendapatkan berat badan yang sihat dan normal.

Salah satu cara ialah dengan menggalakkan anak anda lakukan aktiviti fizikal dan kurangkan penggunaan gajet, komputer dan televisyen.

Selain itu, anda juga boleh mengawal pemakanannya supaya dia hanya mengambil makanan yang sihat dan sesuai.

Punca masalah berat badan dalam kalangan kanak-kanak termasuklah:

  • Keluarga mereka sibuk, jalan paling mudah ialah memilih untuk makan di luar.
  • Makanan ringan serta berkalori tinggi senang didapati.
  • Hidangan yang diberikan untuk mereka agak besar, sama ada di rumah mahupun di restoran.
  • Mereka sering diberi minuman serta makanan yang bergula.
  • Mereka jarang menjalani aktiviti sukan; sebaliknya sering menonton televisyen, bermain permainan video dan duduk di hadapan komputer

Foto: iTnews

Cara untuk menangani masalah berat badan dalam kalangan kanak-kanak

1. Tunjukkan teladan yang baik

Jika anak anda melihat anda makan sayur, bersenam serta kurangkan masa menonton televisyen dan menggunakan gajet, kemungkinan besar dia akan mengikut gerak langkah anda.

2. Ubah gaya hidup ke arah sihat

Jangan lakukan perubahan yang mendadak. Perkenalkan menu yang sihat secara berperingkat supaya anak anda dapat membiasakan dirinya dengan menu berkenaan.

  • Hidangkan variasi sayuran dan buah-buahan yang berwarna pelangi seperti tomato (merah), lobak merah (jingga), ubi dan pisang (kuning), brokoli dan daun salad (hijau).
  • Jadikan sarapan sebagai satu keutamaan. Potensi kanak-kanak untuk menjadi obes akan berkurangan jika mereka mengambil sarapan pagi. Tetapi hidangan mereka mestilah sihat, seperti bijirin dengan kandungan serat yang tinggi, buah segar serta susu rendah lemak.
  • Tetapkan waktu makan. Jika anak anda tahu dia akan dapat menikmati makanan pada waktu tertentu, besar kemungkinan dia akan menikmati makanan berkenaan pada waktu yang ditetapkan.
  • Kurangkan makan di luar. Jika terpaksa, elak daripada makan makanan segera.

Foto: Medical Xpress

3. Pilih menu yang sihat

  • Periksa label makanan untuk elak daripada termakan gula yang terlindung. Pengurangan makanan bergula tidak mencukupi kerana gula juga terkandung di dalam bahan makanan seperti roti, sos pasta, bijirin, hidangan yang dikatakan rendah lemak, makanan segera serta sup dalam tin.
  • Jangan terus hapuskan gula dalam diet. Ia akan menyebabkan anak anda mengidam dan terlebih makan apabila diberi peluang. Sebaliknya, hadkan pemberian biskut dan gula-gula serta perkenalkan snek berasaskan buah.
  • Hadkan minuman jus, soda serta kafein yang penuh dengan gula. Sebaliknya, hidangkan sparkling water dengan sedikit jus limau dan pudina segar.
  • Pilih variasi rendah gula atau no added sugar apabila membeli ramuan seperti sirap, jeli dan sos.
  • Jangan jadikan snek sebagai hidangan utama. Hadkan kepada 100 ke 150 kalori.

4. Pilih lemak sihat

  • Bukan semua jenis lemak menyumbang kepada peningkatan berat badan. Fokus kepada lemak yang sihat.
  • Elakkan lemak trans yang terdapat dalam makanan dan snek bergoreng atau yang dibakar secara komersial seperti biskut, kek, kerepek, pai dan roti.
  • Tambahkan lemak sihat yang dijumpai di dalam avokado, minyak zaitun, kekacang, ikan berlemak, soya, tauhu serta sayur bayam. Ia boleh mengawal kandungan gula dalam darah kanak-kanak serta mengelakkan penyakit kencing manis.
  • Pilih makanan berlemak tepu dengan bijak. Segelas susu penuh krim atau keju semula jadi ialah pilihan yang lebih baik daripada hot dog, donut atau pastri. Ayam atau ikan bakar pula lebih sihat daripada ayam goreng.

Foto: Reader’s Digest

5. Kecilkan saiz hidangan

  • Gunakan pinggan atau mangkuk yang lebih kecil. Anak anda tidak akan makan secara berlebihan dengan cara ini.
  • Hidangkan makanan dalam pinggan individu supaya keinginan untuk tambah nasi atau lauk akan terbantut.
  • Bahagikan saiz snek dalam paket besar kepada pek yang lebih kecil untuk mengelakkan anak anda daripada mengunyah tanpa henti.
  • Minta nasi separuh. Apabila makan di luar, kongsi hidangan anda dengan anak daripada makan satu hidangan penuh setiap seorang.
  • Baca label makanan. Ikuti cadangan hidangan yang sesuai untuk setiap snek bagi mengelakkan anak daripada terlebih makan.
  • Potong makanan berkalori tinggi seperti keju, piza dan coklat menjadi bahagian kecil dan hanya berikan jumlah potongan yang sedikit kepada anak.

Sumber: Helpguide

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Sun, 17 Nov 2019

Penjagaan kawasan intim perlu demi kesihatan dalaman

TWO L(I)PS pelihara kebersihan kawasan sulit

Featured Fri, 10 Apr 2020

Hasil bedah siasat temui COVID-19 pada permukaan badan mayat

Sahkan tatacara pengebumian pesakit COVID-19

Sihat Fri, 8 Jun 2018

Alamak! Tertelan Gula-Gula Getah, Adakah Ia Membahayakan Kesihatan?

Adakah ia akan tersangkut di dalam perut sampai bila-bila?

Sihat Fri, 4 Oct 2019
Sihat Tue, 9 Jul 2019

5 cara tangani migrain ketika di tempat kerja

Jika teruk sangat, kerja anda tidak boleh diteruskan!

Sihat Mon, 16 Jul 2018

Suka Berselfie, Anda Mungkin Pengidap Sakit Mental. Hah Betul Ke?

Pakar psikiatri dari seluruh dunia mengklasifikasikan swafoto sebagai satu ‘mental disorder’ terutamanya yang mendatangkan kemudaratan.

Sihat Tue, 11 Sep 2018

Doktor Ini Jelaskan Cara Yang Betul Kalau Nak Putihkan Gigi Guna Arang

Arang bersifat kasar yang boleh mengikis permukaan gigi, sebab itulah ia berfungsi untuk memutihkan gigi.

Sihat Sat, 11 Jan 2020
Sihat Sat, 29 Sep 2018

Kasut Tumit Tinggi, Gaya VS Kesihatan

Penggunaan tumit tinggi setiap hari selama beberapa tahun boleh menyebabkan perubahan dalam anatomi anda.

Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

error: Content is protected !!