Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 15, 2019 @ 12:00pm

Melaram baju ‘designer’ dengan harga mampu beli di Zalora

Perang fesyen busana Hari Raya sudah pun bermula sejak Mac lalu melalui pelbagai pertunjukan fesyen membabitkan koleksi siap pakai (ready to wear) keluaran pereka fesyen terkenal tempatan yang boleh dimiliki pada harga mampu beli.

Dibawakan oleh peruncit fesyen dalam talian, Zalora, melalui acara #ZALORAYA2019 yang diadakan di Publika baru-baru ini, menyaksikan sebahagian besarnya menampilkan gaya moden yang disuntik elemen tradisional dengan rekaan elegan khusus buat wanita yang inginkan gaya sederhana tetapi feminin. Apa yang menarik, koleksi ini memenuhi permintaan saiz setiap wanita.

Koleksi yang wajar digayakan anda pada 1 Syawal nanti, antaranya koleksi rekaan pereka tersohor negara seperti Datuk Tom Abang Saufi, Syaiful Baharim, Lubna dan Ezzati Amira.

Tom Abang Saufi dilihat masih mengekalkan identitinya dengan rekaan etnik Borneo melalui warna terang seperti kuning, merah jambu, biru dan ungu serta rona selamat seperti hitam dan coklat.

Kurung Kedah terlihat begitu unik apabila pereka itu mempersembahkannya dalam potongan lengan kimono selain gaya kaftan dengan sentuhan fabrik sutera satin yang mencetus kelainan.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ZALORAYA2019 featuring Tom Abang Saufi Brought to you by: #BoostXZALORA #BoostIt #BoostGayaRaya Hair Sponsor: #Shiseidopro_Malaysia Make-Up Sponsor: @makeupforevermy

A post shared by ZALORA Malaysia (@zaloramy) on

Ezzati Amira, yang selama ini cukup terkenal dengan rekaannya moden, turut membawakan elemen itu dalam sentuhan tradisional yang bersatu cantik dalam koleksi yang direka atas semangat kasih sayang dan cinta kepada keluarga dan wanita.

Tumpuan diberikan kepada sentuhan melekap di tubuh mahupun potongan kembang. Pilihan sama ada menggayakan kurung Kedah yang mempunyai lengan kimono, baju kurung dihiasi perincian lisu di bahagian hadapan, skirt peplum dan keindahan tatahan manik.

Menggunakan fabrik mewah seperti sutera satin dalam rona menawan seperti coklat, hijau gelap, jingga dan merah. Lebih indah, rata-rata koleksinya dihiasi motif bunga, dedaun dan abstrak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ZALORAYA2019 featuring Ezzati Amira Brought to you by: #BoostXZALORA #BoostIt #BoostGayaRaya Hair Sponsor: #Shiseidopro_Malaysia Make-Up Sponsor: @makeupforevermy

A post shared by ZALORA Malaysia (@zaloramy) on

Sementara itu, Syaiful Baharim pula menampilkan kurung moden dalam sentuhan fabrik renda dan gaya polos yang ringkas tetapi menyerlahkan sifat kewanitaan si pemakai.

Paling unik, kurung labuh dengan elemen potongan kurung Pahang ciptaannya tampak berbeza dengan pola leher turtle neck dan perincian poket di bahagian hadapan. Jika anda tidak menggemari fabrik renda, wanita diberi pilihan untuk memilih kurung moden gaya polos dengan pilihan warna antaranya merah, hijau nilam dan coklat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ZALORAYA2019 featuring Syaiful Baharim Brought to you by: #BoostXZALORA #BoostIt #BoostGayaRaya Hair Sponsor: #Shiseidopro_Malaysia Make-Up Sponsor: @makeupforevermy

A post shared by ZALORA Malaysia (@zaloramy) on

Lubna membuat kelainan tahun ini apabila menawarkan pilihan pakaian buat wanita berbadan besar. Koleksinya pelbagai dengan gaya ringkas hingga mewah yang dihiasi kilauan labuci. Tetapi, apa yang penting ia menyerlahkan keremajaan dalam bayangan tradisional.

Sentuhan kebaya dan kurung moden yang dihiasi perincian ropol ditambah renjisan pastel dan alam yang memikat hati daripada merah, kuning, merah jambu, biru, putih, ungu dan hitam. Tentukan sahaja pilihan anda sama ada yang ringkas mahupun mewah.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#ZALORAYA2019 featuring Lúbna Brought to you by: #BoostXZALORA #BoostIt #BoostGayaRaya Hair Sponsor: #Shiseidopro_Malaysia Make-Up Sponsor: @makeupforevermy

A post shared by ZALORA Malaysia (@zaloramy) on

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 13 Jun 2018

Ikon Stail Fyza Kadir Kongsi Tip Tampil Stailish Di Hari Raya

Kehebatan wanita jelita persis patung Barbie dalam bergaya memang tidak dapat disangkal. Dia adalah Fyza Kadir.

Featured Mon, 4 Nov 2019

Produk kecantikan perlu disimpan di dalam peti sejuk?

Semakin ramai pengguna memilih untuk menyimpan produk kecantikan dan kosmetik mereka di dalam peti sejuk.  Ia kini menjadi gaya hidup, terutamanya bagi mereka yang bersolek setiap hari dan rutin mereka melibatkan lebih daripada 10 langkah. […]

Oh Lawa Mon, 21 May 2018
Oh Lawa Sat, 31 Aug 2019
Oh Lawa Wed, 9 Oct 2019

Produk penjagaan kecantikan Mamonde peroleh sijil halal

Formulasi ekstrak daripada tumbuh-tumbuhan

Featured Mon, 16 Mar 2020
Featured Wed, 21 Feb 2018

Apa silapnya? Umur Baru 20-an, Tapi Nampak Macam 40-an

Tua sebelum usia, pasti anda tidak mahu perkara ini berlaku terhadap diri sendiri. Apa perasaan anda apabila ada orang yang meneka umur anda jauh lebih berusia daripada usia sebenar?

Oh Lawa Thu, 15 Feb 2018

Dambakan Mata Sihat Dan Cantik, Jom Baca Tips Ini!

Mata merupakan antara pancaindera yang penting pada tubuh kita.

error: Content is protected !!