Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin April 16, 2019 @ 12:07pm

Ingin tahu rahsia tudung Sharifah Rose sentiasa kelihatan kemas? Ini jawapannya

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Gadis cantik ini sentiasa kelihatan kemas dan bergaya, sesuai dengan gelarannya sebagai instafamous yang memberikan pengaruh yang besar kepada massa.

Lihat saja penampilannya dalam setiap gambar yang dimuat naik di Instagram.

Dia tidak pernah kalah dengan setiap gaya yang diperagakan.

Bagi muslimah, tudung ibarat mahkota yang harus dipilih dengan teliti bagi memastikan penampilan kekal kemas sepanjang hari.

Bagi Sharifah Rose yang lebih mesra dengan panggilan Rose, dia menginginkan tudung yang nampak trendy tetapi pada masa yang sama mudah untuk digayakan serta dikendalikan.

Instagram Sharifah Rose

“Memandangkan status saya sebagai  pelajar, saya menginginkan tudung yang senang dibentuk untuk memudahkan pergerakan ke kelas dan melakukan aktiviti sepanjang hari,” kata gadis berusia 21 tahun ini.

Oleh itu, tidak hairanlah dia memilih untuk memakai tudung keluaran terbaru Bokitta Hijab!

Ini adalah kriteria yang Sharifah Rose akan titik beratkan dalam pemilihan tudung.

Bahan

Cuaca yang panas di Malaysia menjadi salah satu penghalang dan dugaan terbesar wanita bertudung.

Bagi Rose, bahan yang dipilih haruslah bersesuaian dengan keadaan di negara ini.

Bahan yang dipilih juga haruslah tidak jarang tetapi pada masa yang sama tidak merimaskan.

Kebiasaannya, Rose akan memilih bahan sifon untuk keselesaan sepanjang hari.

Foto: Instagram Sharifah Rose

Fleksibel

Tudung ‘segera’ adalah pilihan Rose kerana ia boleh digayakan mengikut pilihan seseorang.

Jika dia ingin beridah dan melakukan aktiviti sukan, gaya ringkas akan dikenakan untuk memudahkan pergerakan.

Apabila ingin ke majlis dan mempunyai masa yang singkat untuk bersiap, tudung ‘segera’ akan digunakan.

Trendy

Bagi Rose, dia akan memilih tudung yang nampak trendy tetapi mudah untuk digayakan.

Dalam hal ini, Edisi Taj daripada Bokitta Hijab yang terbaru adalah sesuai untuk Rose yang perlu sentiasa bergerak ke banyak tempat dan tetap kelihatan bergaya.

Keluaran terbaru Bokiita Hijab boleh didapati di outlet di seluruh Malaysia atau anda boleh kunjungi laman sesawang https://www.bokitta.com/

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Tue, 10 Mar 2020
Featured Fri, 19 Oct 2018
Oh Lawa Mon, 10 Dec 2018

2018’s Most Creative & Unique Celebrity Makeup Looks To Draw Inspiration From

Coloured eyeliners, bold lipsticks, vibrant eye shadow… the possibility is limitless!

Oh Lawa Tue, 18 Dec 2018
Oh Lawa Wed, 8 Aug 2018

Peniagawati Sediakan Platform Ke New York Fashion Week Untuk 18 Pereka Fesyen Malaysia

Ini merupakan kali kedua pereka fesyen Malaysia menyinari pentas fesyen di bandar itu.

Oh Lawa Thu, 24 May 2018

Patutlah Nampak Cantik Dan Berseri, Ini Rupanya Rahsia Awet Muda YB Nurul Izzah

Sangat simple, petua YB Nurul Izzah untuk kekal awet muda.

Featured Thu, 8 Nov 2018

Bercuti Tanpa Giant Over-Sized Sun Hat Ini, Bermakna Anda Belum Cukup Fashionista!

Stail topi besar ini dicetuskan oleh pereka fesyen Perancis, Simon Porte Jacquemus pada 2017.

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019
Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Pakai 7 Warna Ini Sepanjang Minggu Dan Rasai Getarannya

Tahukah anda, ada warna tertentu yang boleh membangkitkan aura harian anda.

error: Content is protected !!