Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin April 19, 2019 @ 2:52pm

Apakah hukum menggauli isteri secara paksa dalam Islam? Ini penjelasan Mufti!

Oleh Syarifah Fatin Anisa 

Hubungan intim antara suami dan isteri adalah perkara yang normal dalam sesebuah perkahwinan, namun begitu, ia haruslah dilakukan secara persetujuan bersama-sama atau konsensual dan dalam keadaan harmoni.

Islam menuntut supaya isteri untuk mematuhi setiap kemahuan suami, hal ini termasuklah memenuhi kehendak nafkah batin pasangan.

Begitu pun, ramai yang terlepas pandang akan hak isteri yang sering dinafikan dalam perkahwinan.

 

Foto: Samachar Pati

Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali dengan gelaran Dr MAZA mempunyai penjelasan yang panjang lebar mengenai perkara ini.

Dalam sebuah hantaran  yang dimuat naik dalam laman media sosial Facebook, Dr MAZA menjelaskan bahawa hubungan intim antara suami dengan isteri hendaklah berlaku dalam keadaan yang harmoni dan tidak menyakiti antara satu sama lain.

Ini memenuhi hukum dalam al-Quran yang bermaksud,

“Kamu semua bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) secara baik”- Surah al-Nisa: 19).

Oleh itu, anggapan bahawa isteri haruslah memenuhi kehendak suami meskipun diperlakukan secara kasar haruslah dibetulkan!

Dr MAZA berkata, hubungan intim secara kasar dan menyakitkan adalah dilarang dalam Islam dan sebaik-baiknya setiap pasangan hendaklah melakukan hubungan intim yang dapat memenuhi naluri kedua-dua belah pihak.

Foto: Star2.com

Selain itu, isteri juga boleh menolak kemahuan suami yang ingin melakukan hubungan seks dengannya dalam situasi seperti:

1. Suami gagal dalam menunaikan tanggungjawab dengan memberikan nafkah kepadanya.

2. Suami mempunyai penyakit berjangkit yang boleh memudaratkan diri isteri seperti AIDS dan sebagainya.

Di samping itu, dalam surah Al-Ruum,ada dijelaskan bahawa hubungan suami isteri sebenarnya haruslah berlandaskan keharmonian dan dibina di atas mawaddah wa rahmah (cinta dan kasih).

Oleh itu, segala hadis berkaitan dengan rumah tangga haruslah ditafsirkan mengikut konsep cinta dan kasih supaya tidak wujud salah faham yang boleh mengakibatkan kekacauan.

Kesimpulannya, hubungan intim haruslah dilakukan secara rela oleh suami dan isteri supaya rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.

Foto: Freepik

Apa pendapat anda?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Fri, 2 Nov 2018

Anak Berumur 2 Tahun Ke Bawah Boleh Minum Ubat Batuk Atau Tidak?

Ada alternatif lain untuk gantikan ubat batuk!

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

familuv Mon, 22 Apr 2019

Jom belajar teknik Heimlich untuk selamatkan kanak-kanak yang tercekik!

Ikuti tutorial ini untuk pelajari teknik yang betul.

familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

familuv Thu, 28 Mar 2019

Enam perkara yang harus dipersoalkan apabila anda berada di ambang perceraian dengan pasangan

Anda harus bertanyakan soalan ini kepada diri sama ada anda masih bahagia atau sebaliknya

error: Content is protected !!