Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom May 8, 2019 @ 9:02pm

Nasi Kandar Melayu Apollo, bikin pengunjung ketagih!

Jika anda menetap di sekitar kejiranan Serdang, pastinya sudah sedia maklum akan kelazatan Nasi Kandar Melayu Apollo.

Penularan berita mengenai keenakan Nasi Kandar Melayu Apollo ini, sudah tersebar sejak awal 2014 lagi. Keistimewaannya, bukan saja dimasak oleh orang Melayu, malah nasinya yang beraroma dan berwarna kuning, membuatkan ia tampak berbeza berbanding nasi kandar yang lain. Itu belum lagi mengambil kira kelazatan lauk-pauknya!

 

Foto: The Vocket

Membina reputasi baik dalam kalangan pelajar apabila menawarkan sebungkus nasi kandar berserta ayam masala dilengkapi sayur dan tiga jenis kuah kari dengan harga serendah RM5, Nasi Kandar Melayu Apollo yang memulakan operasi pertamanya di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, terus berkembang dengan pembukaan dua cawangan lagi.

Selain di Uptown Jalan Reko (cawangan kedua), kini Nasi Kandar Melayu Apollo boleh dikunjungi di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), yang menawarkan aneka lauk-pauk selain menjanjikan pemandangan indah yang tidak pernah anda sangka ada lokasi seperti ini di Bangi.

Pasti ramai yang tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan apollo?. Untuk pengetahuan umum, rahsia di sebalik keenakan itu adalah teknik mengukus beras di dalam dulang menggunakan periuk khas apollo.

Pemilik restoran, Sarina Shafie, berkata periuk berbentuk silinder, tinggi dan muncung di hujungnyan adalah peralatan memasak yang popular dalam kalangan penduduk Kedah.

Sarina (kanan) bersama suami, Saifuldin Sulaiman mengusahakan Nasi Kandar Appllo di Laman Perikanan, MAEPS Serdang. NSTP/ROSELA ISMAIL

Beliau berkata, rata-rata masyarakat kampung di negeri Utara itu memilih periuk apollo bagi memasak nasi sekiranya ingin mengadakan kenduri.

“Peralatan ini tidak seperti periuk biasa yang ada kalanya nasi mudah hangus, mentah dan berkerak. Tetapi, periuk apollo menghasilkan nasi yang lembut dan tidak berderai.

“Bagi membangkitkan aroma rasa, beras dimasukkan dengan tumisan rempah empat serangkai, iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan bawang. Istimewa warna kuning pada nasi ialah pes jagung untuk memberikan rasa lemak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Periuk berkenaan mempunyai 12 rak untuk meletak dulang beras. Sekali kukus, hasilnya boleh disajikan untuk 300 orang.

Kari pekat memikat selera

 

Keenakan menu ini tidak dinafikan apabila tiga jenis kuah kari pekat istimewa iaitu kari ayam, kari ikan dan kuah hitam pedas dicurah ke atas nasi tadi.

Walaupun sajian kari yang dimasak di restoran ini dipermodenkan dan tidak menggunakan santan, aroma lauk begitu menyelerakan.

Lebih sempurna sajian nasi kandar apollo dinikmati bersama-sama ayam goreng masala yang rangup. Berbeza sajian masala lain, ayam goreng perasa ini terasa wangi selepas diperap dengan rempah-ratus istimewa termasuk jintan putih.

Bergantung pada selera pelanggan, selain ayam masala, nasi kandar ini juga boleh dinikmati bersama-sama lauk-pauk lain antaranya daging hitam, kari kambing dan juga telur sotong.

Dibuka sejak tiga bulan lalu, Sarina berkata, tagline ‘Tak sedap, hantar balik’ diguna pakai bagi menggalakkan masyarakat Melayu mencuba sajian nasi kandar.

Selain itu, bertepatan dengan lokasi yang terletak di Laman Perikanan MAEPS, antara menu lain yang ditawarkan di restoran ini ialah kari mata tuna yellow fin, iaitu sajian mata ikan diambil dari Acheh yang dijadikan bahan dalam kari.

Untuk menikmati mata ikan dengan saiz sebesar penumbuk, ikan tuna yellow fin itu biasanya mempunyai berat lebih daripada 70 kilogram!

Kata orang, tidak sempurna sesuatu hidangan itu tanpa minuman sebagai pelega dahaga. Oleh itu, anda wajib cuba tiga jenis minuman paling popular yang terdapat di restoran Nasi KandaRrMelayu Apollo iaitu teh ais puding, coconut shake dan jus tembikai.

 

Foto: ROSELA ISMAIL – NSTP

 

Sumber : Berita Harian

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

8 Jenis Masakan Rendang Ini Pelik-Pelik, Anda Mungkin Tak Pernah Dengar Tentangnya

Mungkin anda boleh cuba masak rendang-rendang yang pelik ini untuk Syawal nanti.

Eat Travel Sat, 13 Oct 2018
Eat Travel Tue, 19 Mar 2019

Salahkah beri makan kekacang kepada bayi ekzema? Ini jawapannya

Ramai orang menganggap kekacang tidak baik untuk anak mereka.

Eat Travel Fri, 28 Sep 2018
Eat Travel Thu, 29 Nov 2018

Tidak Perlu Ke Greece, Kini Anda Boleh Nikmati Pengalaman Santorini Di Thailand

Seni bina bangunan termasuk penggunaan warna putih dan biru, membuatkan pengunjung terasa bagaikan di Santorini, Greece.

Eat Travel Tue, 5 Jun 2018
Eat Travel Wed, 13 Mar 2019
Eat Travel Fri, 11 Oct 2019
Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

error: Content is protected !!