Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom October 13, 2018 @ 6:00pm

Muffin Telur, Olahan Menu Berasaskan Telur Dan Daging Dalam Konsep Hidangan Pastri Yang Mewah!

Anda berasa lapar tapi hanya telur ayam dan sedikit daging saja yang ada di dalam peti ais di rumah anda? Tetapi sudah jemu makan masakan seperti telur atau daging masak kicap, sambal atau sup, jadi apa resipi lain agaknya yang anda boleh belajar?

Okay tak perlu pening-pening, resipi muffin telur ini cukup mudah dan hanya mengambil masa lima minit untuk disediakan. Malah sangat lazat dan anda pasti teruja apabila seisi keluarga menyukainya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan

12- 15 biji telur
200 gram keju, dicincang
200 gram sayur pilihan seperti tomato, lada benggala, brokoli atau zukini
200 gram daging rebus
Minyak zaitun
Lada dan garam
Satu sudu teh rempah kegemaran anda

Cara Menyediakannya

1. Panaskan ketuhar sehingga 190 darjah celcius. Sapukan acuan kek silikon dengan minyak zaitun.

2. Potong sayuran dan gorengkannya dalam periuk sehingga ia bertukar warna coklat keemasan.

3. Potong daging dalam bentuk kiub.

4. Letakkan lapisan kiub daging di bahagian bawah acuan, kemudian masukkan sayuran yang ditumis, keju parut dan bawang. Acuan perlu diisi pada kira-kira 2/3 cawan.

5. Pukul telur dengan garfu dan tambahkan rempah kegemaran anda bersama dengan garam dan lada.

6. Berhati-hati, tuangkan campuran telur ke dalam setiap acuan. Anda boleh kacau perlahan semua bahan dengan menggunakan garfu. Bakar muffin selama kira-kira 15 minit. Ia sepatutnya naik dan bertukar warna keemasan. Dah siap!

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 2 Dec 2019

21 makanan yang tidak elok disimpan dalam peti sejuk. Nombor 11 macam pelik je?

Suhu peti sejuk akan menjejaskan rasa semua makanan yang disenaraikan!

Eat Travel Tue, 22 May 2018
Eat Travel Sat, 1 Sep 2018
Eat Travel Thu, 14 Mar 2019

7 jenis makanan yang baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

Ketahui juga cara hidangannya untuk anak anda makan.

Eat Travel Thu, 23 Apr 2020
Eat Travel Wed, 8 May 2019
Eat Travel Fri, 3 Aug 2018
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Sat, 20 Oct 2018

Guna 4 Bahan Sahaja Untuk Buat Ais Krim Milo Yang Lembut Dan Sedap Ini

Kalau nak lagi sedap taburkan milo di atasnya!

error: Content is protected !!