Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie May 29, 2019 @ 3:36pm

Koleksi Expectation dan Sempurna Raya 2019 Alhumaira ‘jatuh’ sempurna, buatkan pemakai tampak anggun

Keputusan menempah persalinan yang akan dipakai pada Lebaran seringkali disusuli dengan tudung apakah yang akan disarungkan agar penampilan nampak molek dan sempurna pada mata sesiapa sahaja yang memandang.

Bercakap mengenai tudung, ada seribu satu cerita yang tidak akan habis dibual atau diangankan memandangkan kini banyak jenama tudung ada di pasaran, tinggal lagi pilih dan beli sahaja mengikut kemampuan anda.

Jenama yang sudah hampir sepuluh tahun berada di pasaran,  Alhumaira yang baru-baru ini melancarkan koleksi Expectation dan Sempurna Raya 2019, menawakan tiga variasi tudung bercorak iaitu Summer Love Premium Printed Square Scarf, New Mood dan Dream Maker Premium Printed Shawl sempena Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi.

Pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli (tengah) bersama Elfira Loy ketika pelancaran koleksi ‘EXPECTATION’ dan Sempurna Raya 2019 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur. NSTP/Asyraf Hamzah

Pengasas Alhumaira, Hani Elia Rousli, berkata sempena Lebaran 2019 ini, Alhumaira memperkenalkan tudung bercorak bagi memenuhi permintaan pelanggan yang sejak dulu sentiasa memberikan sokongan padu terhadap tudung di bawah jenama Alhumaira.

“Sebelum ini Alhumaira tidak mengeluarkan tudung bermotif atau bercetak, tapi kali ini kami mengambil kira akan permintaan pelanggan yang mahu melihat Alhumaira muncul dalam perincian yang bercorak.

“Selain tudung bercorak ini, kami  sertakan tudung polos yang tetap menjadi pilihan ramai sejak jenama ini dilancarkan hampir sepuluh tahun lalu,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, antara elemen penting yang sentiasa ditikberatkan terhadap setiap helaian ditawarkan Alhumaira ialah fabrik bermutu yang digunakan oleh pihaknya bagi memberi kepuasan kepada pelanggan.

“Pasukan reka bentuk Alhumaira tidak memandang ringan mengenai mutu fabrik yang digunakan untuk pembuatan tudung kami. Untuk koleksi ini kami menggunakan satin yang terkenal dengan keselesaan kala menyarungnya.

Koleksi ‘EXPECTATION’ dan Sempurna Raya 2019 oleh Alhumaira. NSTP/Asyraf Hamzah.

“Kami menggunakan satin Valencia kerana jatuhannya yang cantik dan walaupun nampak fabriknya seakan tebal, ia tidak menjadikan anda berasa seperti ‘pekak’ ketika menggayakannya,” ujarnya.

Hani turut menjelaskan tudung polos Alhumaira dihiasi Kristal Swarovski yang menjadikan ia tampak eksklusif dan lebih mengujakan, setiap produk dikeluarkan akan melalui dua kali penilaian mutu sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Tindakan ini dilakukan bagi memastikan tudung ditawarkan benar-benar menepati piawaian sepatutnya dan tidak akan menyusahkan pelanggan yang membelinya.

Foto: NSTP/Asyraf Hamzah.

Selain tudung, Alhumaira juga menyediakan anak tudung yang cukup selesa untuk digayakan bersama selendang walaupun dalam keadaan cuaca panas.

“Anak tudung pula dihasilkan daripada viscose premium yang membuatkan pemakainya selesa ketika menyarungnya.

“Tudung Alhumaira ditawarkan pada harga bermula RM39 hinga RM99 bergantung pada jenis dan corak serta boleh didapati di setiap cawangan butik kami di Shah Alam, Bangi dan Alor Setar,” katanya mengakhiri perbualan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Mon, 9 Apr 2018

Transformasi Pakaian Lama Anda Kepada Sesuatu Yang Trendy Dengan Teknik DIY Ini

DIY atau erti kata lain Do It Yourself adalah satu daya kreativiti dalam memanfaatkan barangan terpakai dan menjadikannya sesuatu yang bermanfaat. Buat para gadis, video yang dikongsikan untuk anda ini pastinya dapat membantu sekaligus membuatkan anda berfikir dua kali sama ada mahu membuang baju lama atau bergaya ranggi dengannya  selepas mempelajari teknik DIY. Selamat mencuba!

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Featured Mon, 19 Aug 2019

Lihat 20 tag pakaian ini. kelakar habis!

kreatif sungguh! rugi kalau tak tengok

Acara Wed, 13 Nov 2019

Starbucks Malaysia perkenal 3 perisa istimewa sempena perayaan

Penggemar kopi jangan terlepas peluang cuba kopi enak!

Featured Tue, 5 May 2020
Oh Lawa Thu, 6 Sep 2018

Sama Ada On Frame Atau Off Frame, Si Cantik Jennie Kim Memang Gila Melaram!

Di sebalik raut wajahnya yang comel, personal style Jennie dan pilihan fesyennya menjurus kepada gaya BOLD.

Oh Lawa Fri, 6 Apr 2018

Pakai 7 Warna Ini Sepanjang Minggu Dan Rasai Getarannya

Tahukah anda, ada warna tertentu yang boleh membangkitkan aura harian anda.

Oh Lawa Fri, 21 Sep 2018

Fesyen Infiniti Tiada Batasan Meriahkan Karpet Merah ABPBH 31

Infiniti merujuk kepada ruang tanpa sempadan bertepatan dengan evolusi BH.

error: Content is protected !!