Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops May 31, 2019 @ 4:38pm

Pulang beraya di kampung isteri atau suami? Ikuti penjelasan daripada ustaz ini

Beraya di kampung adalah suatu kemestian bagi warga kota apabila tiba Hari Raya.

Tidak hairanlah, beberapa hari menjelang Aidilfitri, semua jalan keluar dari Kuala Lumpur sesak dengan kenderaan kerana harus diakui bahawa suasana beraya di desa berlainan dengan di bandar.

Begitupun, apabila berumah tangga, anda sudah terikat dengan dua keluarga dan ini bermakna, terdapat dua perasaan yang perlu anda jaga iaitu keluarga sendiri dan keluarga pasangan.

Dalam hubungan ini, ketibaan Aidilfitri pasti menimbulkan dilema, sama ada hendak beraya di kampung anda atau kampung pasangan.

Ada pula situasi apabila suami kerap menggunakan kuasa vetonya untuk beraya di kampungnya setiap tahun dengan alasan lebih selesa menginap di rumah sendiri daripada keluarga mentua.

Pada hakikatnya, isteri anda tetap orang luar meskipun sudah berkahwin dengan anda! Sudah tentu keselesaannya juga perlu diambil kira.

Begitu juga dengan perangai sesetengah isteri yang tetap ingin meluangkan setiap perayaan di kampungnya, tidak kira Aidilfitri mahupun Aidiladha.

Bukan mudah untuk menentukan kampung mana yang harus dilawati pada hari raya nanti dan sudahnya, kedua-duanya bermasam muka apabila musim perayaan tiba.

Ada juga pasangan yang bijak dengan mengadakan sistem giliran. Jika tahun ini beraya di kampung suami, tahun depan beraya di kampung isteri.

Tidak kurang juga yang beraya di rumah isteri pada Hari Raya pertama, hari kedua sudah bergerak ke rumah suami dan sebaliknya pula pada tahun berikutnya.

Sistem giliran ini paling munasabah dan sekurang-kurangnya dapat merungkai masalah yang bakal timbul apabila tiba Hari Raya.

Jika anda masih lagi keliru, tonton video penjelasan Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang ini.

Jangan marah-marah dan tonton dengan hati yang lapang.

Pengorbanan sememangnya penting dalam sesebuah perkahwinan kerana kebahagiaan bermula dengan kesediaan setiap pasangan untuk berkorban.

Ustaz Syed menjelaskan bahawa pihak suami dan isteri haruslah mempunya komunikasi yang efektif dalam memastikan tiada pergaduhan berlaku semata-mata kerana hal yang kecil seperti ini.

Bagaimana? Balik kampung siapa tahun ini?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 5 Jul 2018
familuv Fri, 5 Oct 2018

Ini Cara Nak Hentikan Anak Daripada Tercekik Objek

Tercekik boleh menyebabkan kematian!

familuv Fri, 21 Sep 2018

Tambah Kicap Dalam Makanan Bayi, Boleh Ke?

Tunggu bayi anda dah besar barulah perkenalkan kicap dalam hidangan mereka!

familuv Thu, 24 May 2018
familuv Thu, 17 Oct 2019

Ini cara kreatif untuk memupuk minat membaca terhadap anak-anak

Rangsang anak membaca dengan cara mudah!

familuv Wed, 20 May 2020

Contohi Agong dan Raja Permaisuri yang kerap berpegangan tangan

Kuasa sentuhan mampu meredakan kesakitan

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

familuv Thu, 1 Aug 2019

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Nak tahu apa nasihat ini? Teruskan baca.

error: Content is protected !!