Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 30, 2019 @ 11:00am

Jom belajar buat ‘stuffed-crust pizza’ bersama anak, caranya mudah sangat!

Nikmatnya jika kita disajikan dengan piza! Penggemar keju pasti terliur apabila memikirkan mengenai hidangan yang berasal dari Itali ini.

Sejak dahulu lagi, pelbagai pengubahsuaian dan penambahbaikan telah dilakukan. Daripada piza keju kosong yang biasa, kita kini disajikan dengan piza yang dihiasi dengan bermacam-macam ramuan sebagai topping.

Salah satu inovasi menarik yang pernah berlaku kepada piza ialah apabila kerak diameternya “diisi” dengan keju. Di dalam bahasa Inggeris, ia dipanggil ‘Stuffed-crust Pizza”.

Selalunya bahagian kerak tepi piza tidak digemari sangat. Sesetengah orang tidak makan langsung bahagian itu. Tetapi dengan adanya inti keju yang enak di dalamnya, gerenti pinggan mereka licin!

Sebenarnya mudah sahaja untuk buat piza jenis ini. Jika di kedai, harganya mungkin sedikit mahal, jadi apa kata anda cuba buat sendiri?

Di bawah ini ada satu resipi mudah yang dikongsikan oleh Tasty yang anda boleh ikuti. Oleh sebab ia terlalu mudah, anda boleh mengajak anak anda untuk tolong di dapur.

Mudah-mudahan, dia dapat belajar dan biasakan diri dengan aktiviti memasak. Lambat-laun, insya-Allah dia akan terus berminat dan rajin membantu anda menyiapkan sajian seharian.

Jom tonton tutorial di bawah ini.

Bahan

  • 1 cawan air suam
  • 7 gram yis kering aktif
  • ½ sudu kecil gula
  • 2 ½ cawan tepung serba guna
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 8 atau 9 batang string cheese
  • Sos piza, mengikut citarasa
  • Keju mozzarella, dihiris, mengikut citarasa
  • Ramuan topping, mengikut citarasa
  • ¼ cawan mentega, dicairkan
  • 1 sudu besar garam bawang putih (garlic salt)

Nota: Tutorial ini menggunakan ramuan topping daun basil dan kepingan peperoni.

Cara penyediaan

  • Panaskan ketuhar ke suhu 220°C.
  • Campurkan air dengan gula dan yis di dalam sebuah mangkuk besar. Kacau hingga sebati dan kemudian biarkan ia kembang selama 5 ke 10 minit.
  • Tambahkan tepung, garam (biasa) dan minyak zaitun dan kacau lagi hingga ia membentuk doh. Tutup mangkuk dengan kain dan biarkan selama 30 minit.
  • Taburkan tepung di atas kertas minyak dan pindahkan doh ke atasnya. Lenyek hingga ia membentuk bulatan untuk kerak piza anda.
  • Letakkan string cheese di sepanjang diameternya. Lipatkan bahagian hujungnya hingga menutupi keju berkenaan. Pastikan ia tertutup rapi supaya keju tidak cair dan meleleh keluar.
  • Sapukan kerak dengan sos piza, keju mozzarella dan topping yang anda sukai. Sapukan pula mentega cair pada bahagian tepi kerak dan taburkan garam bawang putih di atasnya.
  • Bakar selama 15 ke 20 minit, hingga kerak bertukar warna perang keemasan. Makan!

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 18 May 2018
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Eat Travel Sun, 12 Aug 2018

15 Idea Kreatif Untuk Kek Berkonsepkan Hari Kebangsaan. Patriotik Sangat!

Raikan Hari Kemerdekaan dengan kek warna-warni ini!

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020

Didik anak bercuti sambil beramal

Dalam berseronok, selit juga pengajaran.

Eat Travel Fri, 11 May 2018

Sebelum Melancong Ke Tokyo, Belajar Dulu Tentang Etika Dan Budaya Orang Jepun

Mereka terkenal dengan budaya sopan, jadi apa salahnya kalau kita hormati gaya hidup mereka bila kita di sana?

Eat Travel Wed, 4 Mar 2020
Eat Travel Fri, 7 Jun 2019
Eat Travel Tue, 14 Aug 2018

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, 5 Lokasi Percutian Di Asia Ini Dah Cukup Menarik

Mungkin ramai yang tak tahu pun tempat-tempat ini wujud.

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Beza marjerin dan mentega, mana yang lebih sihat?

Ketahui risikonya terhadap kesihatan

error: Content is protected !!