Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom July 9, 2019 @ 12:00pm

Rumah pusaka Hello Kitty ini boleh buat Datuk Seri Vida makan hati!

Dulunya rumah usang, kini berubah menjadi istana papan di alam fantasi.

Tambah mengujakan, saat melangkah masuk ke rumah papan yang terletak di Kampung Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak, itu anda pasti terpesona dengan himpunan pelbagai barangan Hello Kitty yang menghiasi hampir segenap pelusuk rumah.

Bukan itu sahaja, dinding, langsir termasuk perabot semuanya berasaskan warna pink atau merah jambu gara-gara obsesi pemiliknya, Hamidah Abdul Rahim, 48,  terhadap rona yang cukup sinonim dengan wanita itu.

Foto: mStar

“Kediaman ini adalah rumah pusaka yang usianya lebih 100 tahun dan diamanahkan kepada saya. Daripada membiarkannya usang tanpa berpenghuni, saya mengambil keputusan untuk mengubah hiasan dalaman menggunakan warna merah jambu dan Hello Kitty sebagai konsep.

“Ia dilakukan secara berperingkat.  Buat masa sekarang, inilah saja yang termampu saya laksanakan dan masih banyak lagi yang ingin saya lakukan untuk menambah baik rumah ini,” katanya.

Foto: ViralSync

Foto: ViralSync

Foto: ViralSync

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Selain rumah pusaka milik kedua orang tuanya, terdapat banyak rumah lama yang unik reka bentuknya tetapi terbiar kosong. 

Sedih melihat keadaan itu Hamidah yang mesra disapa Mida, mengambil inisiatif dengan menyuntik elemen segar dan moden untuk kediaman itu.

“Ini cara saya menghargai sesuatu pemberian yang sangat berharga dan dengan sedikit kreativiti insya-Allah ia akan jadi menarik,” jelasnya.

Bertugas sebagai deejay radio di sebuah pusat membeli-belah, Mida melaburkan hampir RM10,000 untuk membeli aksesori mencantikkan rumah yang hanya dikunjungi sebulan sekali itu.

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Bercakap mengenai kegilaannya terhadap Hello Kitty dan merah jambu, pada sambutan Aidilfitri yang lalu, seluruh keluarganya termasuk menantu dan cucu memilih #teamrayapink sebagai warna tema.

“Paling tak boleh tahan, semua biskut raya yang dihidangkan kepada tetamu juga turut berwarna merah jambu. Bila sudah terlalu minat kan, sampai kuih raya dan air pun warna merah jambu.

“Apapun,  merah jambu memang melambangkan diri saya sejak dahulu lagi, malah anak-anak pun sudah faham,” katanya.

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

Foto: Facebook DeejayMida Pinky

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Tue, 5 Dec 2023

Jumlah Mangsa Gangguan Seksual Dalam Kalangan Lelaki Meningkat

Sebanyak 411 kes (27.7 peratus) melibatkan mangsa lelaki

Featured Thu, 8 Sep 2022

Isu Dedah Gangguan Seksual Secara Umum, Puteri Balqis Selar Azhar Sulaiman

Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu – Puteri Balqis

Trending Thu, 21 Feb 2019

人因自信而美丽!时尚达人系列中的身障芭比娃娃

人因自信而美丽!今年 6 月,芭比娃娃将推出坐着轮椅以及有着可拆卸义肢的芭比娃娃,作为芭比时尚达人系列的一部份。

Hiburan Mon, 3 Mar 2025

[VIDEO] Individu Berpangkat Datuk Cuba Hasut? Farid Kamil Dakwa Hampir Terpedaya Dengan Fitnah Terhadap Diana Danielle

Farid Kamil dakwa ada pihak berusaha sebar fitnah isteri, cuba pisahkan rumah tangga dengan Diana Daniele

Featured Fri, 3 Feb 2023
Trending Tue, 1 Sep 2020

Bakal Bergelar Ibu, Zahirah MacWilson Umum Hamil 6 Bulan

Tak sabar nak tengok baby, mesti comel ????

Hiburan Tue, 15 Oct 2024

Anggap Perkara Positif Digelar ‘Duda Hot’, Hisyam Hamid Akui Rimas Terpalit Gosip Cinta Baharu

Alahai, nak berkawan pun tak boleh agaknya kan semua nak dikaitkan bercinta

Featured Tue, 28 Mar 2023
error: Content is protected !!