Euforia Bola 2026
Acara By: Fadzlena Jafar July 15, 2019 @ 11:44am

Majlis anugerah berprestij, ABPBH 32 buka tirai

Majlis anugerah berprestij di negara ini, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali tahun ini dengan lebih meriah membabitkan pelbagai acara menarik menjelang acara kemuncak pada 22 September depan.

Bertemakan ‘Melangkaui Sempadan’, ABPBH edisi ke-32 itu menampilkan kelainan apabila bukan sahaja memberi pengiktirafan kepada selebriti tempatan, tetapi juga artis luar negara bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A. Majid dan Pengarang Eksekutif, Komersial dan Hal Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama-sama penaja dan barisan artis pada majlis Prapelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 32 di Tamu Hotel. – NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Pengarang Kumpulan BH merangkap Penaung ABPBH 32, Khaidir A Majid, berkata perubahan itu seiring dengan pembaharuan kandungan akhbar BH yang baru menyambut ulang tahun ke-62 pada 1 Julai lalu.

Beliau berkata, sebagai akhbar yang peka dengan perkembangan semasa, BH komited untuk menambah baik pengisian majlis anugerah tahunan itu yang menjadi penanda aras dalam mengukur populariti selebriti.

“Bersesuaian dengan tema seni sejagat, ABPBH edisi kali ini buat julung kali memasukkan kategori artis antarabangsa iaitu Artis K-pop Popular dan Artis Indonesia Popular dalam senarai kategori utama.

“Langkah ini diambil bagi memantapkan kandungan ABPBH yang bukan sahaja menjadi acara anugerah hiburan yang ditonton peminat tempatan, malah luar negara menerusi penstriman, sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada majlis prapelancaran ABPBH 32 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur.

Yang turut hadir ialah Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir dan Pengasas Alha Alfa Cosmetics (Alha Alfa), Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil.

Penaja utama ABPBH 32 Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil di Majlis Prapelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Tamu Hotel. – NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Selain Alha Alfa yang sekali lagi menjadi penaja utama ABPBH 32, edisi kali turut mendapat sokongan DuitNow selaku penaja bersama. Pada majlis itu DuitNow diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Peter Schiesser.

Pencalonan ABPBH membabitkan selebriti yang mempunyai produk dihasilkan mulai Januari 2018 hingga Disember 2018.

Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2018, Wany Hasrita ketika berucap sejurus diumum pemenang bagi edisi 31 di Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
– NSTP/SURIANIE MOHD HANIF

Dengan praelancaran ABPBH 32 itu, proses undian ABPBH 32 boleh dilakukan menerusi laman sesawang www.abpbh.com.my bermula 15 Julai ini sehingga 14 Ogos depan.

Lebh menarik, peminat berpeluang menggandakan undian ABPBH 32 menerusi langganan BH Digital dengan membuat pembayaran menggunakan sistem DuitNow.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Thu, 22 Jul 2021

Bantuan RM 500 Selama 3 Bulan Masih Dibuka Untuk OKU, Jom Mohon!

Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), kerajaan memberikan bantuan kewangan RM500 seorang untuk tempoh tiga bulan, bagi membantu golongan kurang upaya yang kehilangan pekerjaan atau ketiadaan kerja, serta bukan dalam kalangan penerima bantuan Elaun […]

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023
Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Serbu Zon Utara. Apa Lagi, Moh Ramai-Ramai Ke Meru, Ipoh 24 Mac Ini!

Festival yang menyatukan golongan belia ini bakal menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Wed, 16 Nov 2022

Tayang Body Di Instagram, Alvin Chong Buat Netizen Cair

Pelakon dan penyanyi, Alvin Chong mencuri perhatian peminat selepas memuat naik hantaran memaparkan dirinya tidak berbaju di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123) Menurut Alvin, gambar […]

Featured Wed, 27 Mar 2024

“Memaafkan Boleh, Melupakan Tidak”- Mimi Lana Kekal Hubungan Baik Dengan Syafiq Kyle

Mungkin boleh dipraktikkan untuk wanita-wanita di luar sana. Hati pun boleh lebih tenang kan?😉❤️

error: Content is protected !!