Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom July 22, 2019 @ 11:30am

Suka isteri berpakaian menjolok mata, suami seperti ini Tuhan tak sudi melihat wajahnya

Isteri mahu berhijab tapi suami melarang! Alasan suami, nampak macam perempuan kampung selain bimbang tertarik kepada wanita lain disebabkan isteri tidak lagi hebat atau kelihatan mengghairahkan seperti penampilan sebelumnya.

Soalnya, ada ke suami yang berfikiran sebegitu? Jangan ingat tidak ada ya, sebenarnya ramai cuma kita saja yang tidak tahu kerana isu ini dilihat sebagai masalah terpencil.

Suami yang baik akan mengajak isteri kepada kebaikan. – Foto: Khalifah Media

Semoga suami anda tidak termasuk dalam kalangan suami yang dimaksudkan dalam sabda Rasulullah SAW, iaitu ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat. Satu daripadanya adalah lelaki dayus, iaitu suami yang tidak mempunyai rasa cemburu terhadap isterinya. Perbuatannya disebut sebagai diyatsah.

Rasulullah SAW bersabda,

ثَلَاثَةٌ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ: الْعَاقُّ لِوَالِدَيْهِ، وَالْمَرْأَةُ الْمُتَرَجِّلَةُ، وَالدَّيُّوثُ

“Ada tiga orang yang tidak akan dilihat Allah pada hari kiamat: Orang yang menderhaka kepada kedua-dua orang tuanya, wanita yang meniru gaya laki-laki, dan lelaki dayus.”(HR. An Nasa’i dan Ahmad)

Bagaimana bentuk perbuatan diyatsah atau sikap lelaki dayus pada zaman moden? Berikut adalah sebahagian contohnya:

1. Membiarkan isterinya tidak menutup aurat

Menutup aurat adalah wajib. Kebanyakan ulama menyatakan aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak tangan, iaitu seperti ketika bersolat.

Rambut juga dikategorikan sebagai aurat wanita, maka menutup rambut dengan tudung yang dipakai secara rapi dan menutup bahagian dadanya adalah wajib bagi muslimah. Jika ada lelaki yang membiarkan isteriya tidak bertudung dan tidak menutup aurat, perbuatan itu dianggap tergolong dalam diyatsah.

Ada juga lelaki yang membiarkan isterinya bukan hanya tidak tudung, tetapi juga membuka sebahagian anggota tubuhnya dengan memakai kemeja-T, tank top dan seluar pendek yang mendedahkan banyak aurat. Suami sebegitu dianggap dayus kerana tidak memelihara penampilan isteri mereka.

Foto: thedailybeast

2. Menyuruh isterinya membuka aurat

Isteri ingin bertudung, tetapi suami pula melarang. Lelaki yang menyuruh isterinya membuka hijab, bererti mereka semakin dekat dengan dayus. Lebih teruk jika suami sendiri mahukan isterinya berpakaian menjolok mata sehingga memperlihatkan bentuk tubuh kerana bangga isterinya menjadi perhatian dan bualan dalam kalangan teman-teman.

3. Membiarkan isterinya mempamerkan aurat dalam internet 

Jika membiarkan isteri membuka aurat di sekitar rumah, maka yang melihat adalah jiran tetangga dan orang-orang terbatas di sekitarnya. Namun begitu, jika seorang wanita membuka auratnya dan dipamerkan dalam internet atau media sosial, maka seluruh dunia dapat menikmati kecantikannya.

Lelaki yang membiarkan isterinya berbuat demikian bukan saja termasuk dalam golongan dayus, bahkan menanggung dosa yang tidak terhitung selagi gambar isteri ditontoni ramai.

4. Membiarkan isterinya ikhtilath (tiada batas dalam pergaulan)

Antara sikap lelaki dayus yang dianggap dayus adalah membiarkan isterinya melakukan ikhtilath dan tidak timbul rasa cemburu sama sekali dalam hatinya, malah dia tidak cuba melarang serta menasihatinya.

Secara umumnya, ini yang terjadi kepada wanita yang membuka aurat kemudian bergaul secara bebas dengan golongan bertentangan jantina. Apabila aurat wanita tidak dijaga, ia mendorong kepada kemungkinan saling berpandangan, saling bergurau-senda sehingga bersentuhan secara fizikal sekali gus menimbulkan nafsu antara kedua-duanya.

5. Mengeksploitasi isteri

Demi kepentingan syarikat dan perniagaan, ada sebilangan suami mengeksploitasi isterinya dengan menggalakkan mereka mengenakan pakai menjolok mata, melakukan ikhtilath dan memancing lelaki lain untuk tujuan perniagaan. Misalnya menyuruh isterinya menyanyi dan menari untuk menghiburkan pelanggan atau rakan niaga yang berpotensi.

6. Membiarkan isterinya mendekati zina

Perbuatan paling dahsyat adalah apabila suami membiarkan isterinya berzina. Mungkin tidak secara langsung membiarkannya berzina di depan mata. Tetapi dengan cara membiarkan isterinya bebas bergaul dengan lelaki lain dan membenarkan isteri mengunjungi tempat-tempat maksiat atau sebagainya yang akhirnya membuka ruang untuk isterinya melakukan perbuatan zina.

Pengajaran daripada perkongsian artikel ini, cukuplah kecantikan dan keseksian isteri menjadi tatapan ekslusif mata suami. Semoga kita dijauhkan Allah daripada perbuatan diyatsah dan dayus.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] Lucu! Gelagat Ameena Kenakan Fizi Ali Undang Tawa – “Macam Itu Je Dia Gulakan Kita”

Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Fizi Ali yang memaparkan anak sulungnya, Ameena Sofia sedang merakam gambar penyampai radio itu, baru-baru ini. Menerusi hantaran yang berdurasi 23 saat itu, Fizi menyangka Ameena sedang merakam […]

familuv Mon, 23 Mar 2020
familuv Wed, 22 Jan 2020

Masa bersama suami aman tanpa gangguan anak, ini caranya!

Tiada lagi alasan untuk tidak bersama pasangan

Cahaya Mata Sat, 14 Jan 2023

Beraninya! Usia 3 Tahun, Alisa Anak Hairul Azreen Dilepaskan Ke Dalam Kolam Renang – “Anak Paskal Betul!”

Umum mengetahui, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan mereka bersama dengan anak-anak sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Baru-baru ini, Hairul berkongsi video yang memaparkan anak perempuannya, Alisa Aisyah […]

familuv Thu, 26 Jan 2023

[VIDEO] Buat Trend TikTok Bersama, Reaksi Datin Nur Shahida Terhadap Qadejah Curi Tumpuan – “Mak Dia Pun Confuse”

Semakin menginjak remaja, anak kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Qadejah Elzahra sering mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila dia sudah mempunyai akaun TikTok sendiri. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Qadejah […]

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

familuv Mon, 3 Dec 2018

Pelakon Jelita Reese Witherspoon Kongsikan Rahsia Dia Membesarkan Anak-Anaknya

Mungkin anda boleh praktikkan juga dengan anak-anak anda nanti.

familuv Sun, 12 Jun 2022

“Papa Tak Menangis, Tapi Ngilu…” – Putera Sulung Selamat Disunatkan, Mira Filzah Menangis

Alhamdullilah, putera sulung kepada Mira Filzah dan Wan Emir sudah selamat disunatkan.

familuv Thu, 11 Oct 2018

Kulit Bayi Anda Sensitif? Ini 5 Cara Untuk Memilih Sabun Yang Sesuai Untuknya

Sesetengah sabun mengandungi bahan kimia yang boleh menjejaskan kulit bayi.

familuv Mon, 4 May 2020

Tiga anak petugas barisan hadapan, ibu mana tidak risau

Sentiasa pesan pada anak, bekerja kerana Allah

error: Content is protected !!