Sihat By: Yanie Baharom September 26, 2019 @ 10:00am

5 perkara asas wanita lupa titik beratkan sebelum bersama dengan suami

Zaman awal perkahwinan mungkin menjadi antara nostalgia yang sangat manis untuk dikenang bukan sahaja mengenai persalinan yang dipakai ketika menjadi raja sehari, bahkan baju tidur yang dikenakan pada malam pertama juga adalah elemen menarik yang mampu membuatkan anda tersenyum malu seorang diri.

Selain itu, ketika inai masih merah di jari atau tahun pertama perkahwinan, pasti ada helah tersendiri yang dilakukan untuk menggoda suami umpamanya memakai lingerie yang menggiurkan diikuti siap bersolek minyak wangi disembur bagi menarik perhatian suami tersayang.

Bagaimanapun, senario berkenaan mungkin tidak akan kekal lama kerana apabila memasuki tahun ketiga, baju kelawar daripada kapas menjadi pakaian seharian membawa ke malam kala berada di rumah!

Penat bekerja, menguruskan rumah tangga dan anak-anak biasanya menjadi alasan utama mengapa wanita tidak lagi menjaga penampilan di kamar tidur.

Bagi sesetengahnya, mungkin ada yang berpendapat memakai baju kelawar pun sama sahaja akhirnya tidak berbaju juga jika suami membuat permintaan untuk bersama! 

Foto: elitereaders

Soal penampilan ini satu perkara juga, andai malas sekali pun untuk berhias atau berdandan beria-ia, pastikan lima perkara ini anda lakukan supaya suami berasa senang dan selesa saat bersama anda.

Ingat, tindakan membuatkan suami teruja untuk bersama anda itu penting kerana jikalau suami tidak lagi mencapai kepuasan tatkala bersama anda, jangan gigit jari seandainya dia mencari keseronokan di luar.

Jadi, pastikan anda sentiasa mengamalkan lima jenis panduan ini:

1. Gosok gigi

Foto: republika

Jika anda nyenyak tidur keseorangan di dalam bilik dan suami masih leka menonton perlawanan bola sepak di kaca televisyen, sejurus perlawanan selesai  dia masuk sahaja ke bilik, tangannya mula merayap-rayap di badan anda, ketahuilah bahawa suami ingin bersama anda.

Jika suami memberi tanda sedemikian kepada anda, segeralah bangun dan bersihkan badan termasuk menggosok gigi. Nafas berbau boleh membuatkan pasangan hilang keinginan ketika mereka mahu memulakan sesi berasamara.

Lebih afdal sekiranya anda mandi terus bertujuan mengembalikan kesegaran badan untuk memulakan sesuatu yang baik bersama suami!

2. Vagina wangi

Jikalau sejuk menggigil sekali pun gara-gara penghawa dingin dan tidak mahu anggota badan anda terkena air, sekurang-kurangnya bersihkan kawasan vagina anda dengan pencuci wanita atau air rebusan sireh.

Langkah ini amat penting kerana apabila suami sendiri loya dengan bau badan atau bahagian vagina isteri, situasi ini boleh menyebabkan mereka bertindak melepaskan ‘hajat’ sahaja tanpa mempedulikan kepuasan isteri.

3. Jelaskan gaya bagaimana yang anda mahu dan puji suami

Ramai wanita mahu mempertahankan ego, malu untuk menyuarakan keinginan hati misalnya gaya apa dan cara bagaimana yang anda mahu diperlakukan. Jangan malu kerana dia adalah suami anda yang sah. Maklumkan kepada suami apa yang anda mahukan dan berikan kata-kata pujian jika dia berjaya membuatkan anda terangsang! Implikasinya suami akan lebih tekun untuk melayani anda dengan penuh kasih sayang!

4. Urut badan suami dan beri makan madu

Foto: detik.com

Salah satu punca kenapa suami curang ialah apabila isteri gagal beraksi di kamar. Oleh kerana itu mereka mencari keseronokan di luar bersama wanita lain. Sebelum bersama, apa kata sekali-sekala urut badan suami menggunakan minyak aroma terapi agar dia berasa segar dan bertenaga.

Berikan dia sesudu madu dan adalah lebih baik jika dimakan bersama bawang putih untuk meningkatkan stamina dan prestasi tatkala berasmara dengan anda. Jangan biarkan suami mengambilnya sendiri, anda yang perlu menyediakan untuk dia nikmati. Setiap saat keseronokan yang dilalui bersama menberi kepuasan untuk  anda juga!

5. Doa

Bagi pasangan muslim, ada doa tertentu yang perlu dibaca sebelum bersama pasangan, tapi ramai terlupa atau sengaja tidak mengamalkannya. Agama Islam menganjurkan kita bagaimana cara hubungan intim yang baik dan doa bagi sepasang suami isteri.

Ada tiga doa yang diajarkan oleh Islam ketika bersama antara lain doa sebelum hubungan badan, doa ketika keluar air mani dan doa setelah selesai hubungan badan.

Tiga lafaz doa untuk suami isteri bersama menurut Islam:

1. Doa sebelum hubungan badan

Sebelum melakukan hubungan badan antara suami dan isteri sebaiknya lafazkan doa terlebih dahulu. Adapun doanya seperti berikut ini:

بِسْمِ اللهِ اَللّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

“Allahumma janibnasyaithana wa janibnisyathanamarazaqna”.

Ertinya: Anda bermohon agar dijauhkan dari syaitan yang boleh merosak hubungan antara suami/isteri anda dan menjauhkan syaitan dari rezeki yang Allah berikan kepada kita. Doa itu dilafazkan sebelum anda memulai untuk melakukan hubungan intim.

2. Doa bersama ketika mengeluarkan air mani

Ketika mengeluarkan air mani diwajibkan juga harus berdoa agar air mani yang keluar boleh memberikan keturunan yang baik. Adapun doa ketika mengeluarkan air mani:

اَللّهُـــمَّ اجْعَــلْ نُطْفَتَــنَا ذُرّ ِيَّةً طَيِّــبَةً

“Allahummaj’alnuthfatna dzurriyyatan thayyibah”.

Ertinya: Ya Allah, semoga sperma yang kami keluarkan boleh menghasilkan keturunan yang baik.

3. Doa bersama apabila selesai melakukan hubungan badan

Setelah selesai melakukan hubungan intim anda dan suami harus melafazkan doa lagi dengan mengucapkan Alhamdulillah. Doa setelah melakukan hubungan intim ini disebut bertujuan melahirkan rasa bersyukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat berkenaan kepada anda suami iseri.

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ خَلَقَ مِنَ المْـَــاءِ بَشَـــرًا

“Alhamdu lillaahi lladzii khalaqa minal maa i basyaraa”

Ertinya : Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan air mani ini menjadi manusia (keturunan).

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 20 Mar 2020
Sihat Thu, 10 May 2018

8 Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Air Putih Kalau Anda Nak Kuruskan Badan

Minum air putih juga dapat bantu anda untuk kurus! Tapi, perlu minum ikut waktu yang betul ya.

Featured Tue, 11 Feb 2020
Semarak Sun, 27 May 2018

Atasi Masalah Kelesuan Berpuasa Dengan Pengambilan 8 Suplemen Ini

Pengambilan makanan tambahan di bulan Ramadan sangat penting dalam memastikan kekal cergas bertenaga sepanjang hari.

Featured Wed, 1 Apr 2020

KKM teliti garis panduan bazar Ramadan dalam talian

Saranan idea baharu termasuk konsep digital

Featured Wed, 28 Nov 2018

3 Sebab Anda Patut Tambahkan Serangga Ke dalam Diet Anda

Cuba tahan rasa geli-geleman apabila membaca artikel ini ya!

Featured Tue, 24 Sep 2019

Malu dengan perut buncit? Hilangkannya dengan senaman ini

Lakukan dengan konsisten, pasti nampak perubahannya!

Sihat Tue, 4 Dec 2018

Periksa Perubahan Mata Anak Anda, Kanser Retinoblastoma Boleh Menyebabkan Mereka Buta!

Kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah dengan kanser ini.

Featured Mon, 26 Nov 2018

4 Mitos & Kebenaran Tentang Makanan Yang Tak Boleh Dimakan Ketika Hamil

Maklumat yang anda dapat mungkin hanya mitos semata!

Sihat Tue, 16 Oct 2018

Ini 10 Nasihat Yang Dibenci Penghidap Kemurungan. Hati-Hati Ya!

Nasihat yang baik dan menaikkan semangat belum tentu diterima baik oleh penghidap kemurungan.