Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin September 10, 2019 @ 12:12am

Lagu rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 dilancar

Oleh Mohamad Amnan Ibrahim

Tahun 2020 bukan saja istimewa kerana Wawasan 2020 yang menjadi hala tuju dalam agenda pembangunan negara, tetapi juga penganjuran Tahun Melawat Malaysia yang diharap mampu menarik kira-kira 30 juta pelancong luar negara. 

Bagi merancakkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melancarkan lagi rasmi bertajuk Visit Truly Asia-Malaysia yang menampilkan melodi indah dan seni kata yang membelai jiwa.

Mohamaddin (tengah), Muhammad Bakhtiar (empat dari kiri) dan Idayu menunjukkan cakera padat lagi rasmi Tahun Melawat Malaysia 2020 pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Lagu Rasmi ‘Visit Malaysia 2020’ di Istana Budaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammaddin Ketapi, berkata pelancaran lagu terbabit penting dalam usaha untuk merancakkan promosi dan pemasaran kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

“Lagu ini menampilkan pelbagai unsur bunyian tradsional did negara ini yang menggambarkan kepelbagaian budaya sedia ada di Malaysia kepada pelancong luar negara dan saya yakin ini mampu menarik minat mereka untuk merasai sendiri pengalaman unik di Malaysia.

“Saya juga menggalakkan semua pihak untuk menggunakan logo promosi dan memainkan lagu ini untuk merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Malaysia sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya ketika ditemui sejurus menyempurnakan pelancaran lagu berkenaan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik; Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni, dan Budaya, Isham Ishak dan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof.

Idayu menyanyikan lagu rasmi ‘Visit Malaysia 2020’ pada Majlis Perasmian Lagu, di Istana Budaya. NSTP/ASYRAF HAMZAH.

Lagu Visit Truly Asia-Malaysia dinyanyikan oleh Idayu AF yang dihasilkan oleh Dekan Fakulti Muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Ramlan Mohd Imam, dengan lirik bahasa Melayunya ditulis oleh Normah Kechut, manakala James Boyle untuk versi bahasa Inggeris.

Antara alat muzik yang digunakan ialah bungkau daripada budaya Kadazandusun, seruling buluh (Melayu), tabla dan sitar (India) serta erhu (Cina) yang menghasilkan melodi indah.

Mohamaddin berkata, pihaknya berharap semua pihak turut membantu dalam mempromosikan tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal menampilkan pelbagai acara istimewa bagi menarik lebih ramai pengunjung.

“Saya ingin mengulangi saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya sektor swasta dan awam menjadikan usaha menjayakan kempen melawat Malaysia sebagai tanggungjawab bersama.

“Kita tahu, pelancong datang ke Malaysia kerana budaya kita yang unik, tetapi pihak kementerian dan kerajaan negeri turut mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai acara istimewa bagi merancakkan kedatangan pelancong,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Mon, 31 Jul 2023
Acara Wed, 25 Feb 2026

Mencari Makna Raya Dalam Setiap Sudut Pengalaman Menerusi Evolusi Baharu Platform Perayaan

Tidak lagi terhad kepada pentas peragaan, AFP berkembang sebagai platform yang menghimpunkan fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu suasana yang lebih dekat dengan kehidupan seharian pengunjung.

Acara Fri, 1 Mar 2019
Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Cabar Penduduk Ipoh Pecah Rekod ‘Fitness Dance’ di Kuantan, Pahang! Ada Berani?

Festival GegaRia kali ini juga turut memperkenalkan pengisian baru iaitu pertandingan Dance Off Challenge, bagi merancakkan lagi program sesi pagi yang bakal berlangsung di Dataran Amanjaya, Ipoh, Perak, pada 24 Mac depan.

Acara Thu, 25 Jan 2018

Tioman Surfestival 2018

Bagi mereka yang sedang bercuti di Pulau Tioman atau memang merupakan residen pulau terbabit, jangan lepaskan peluang mengikuti acara Tioman Surfestival 2018 yang kini sedang berlangsung di Kampung Juara, Tioman sehingga 27 Januari ini.

Acara Thu, 15 Mar 2018

Gegaria Fest Serbu Zon Utara. Apa Lagi, Moh Ramai-Ramai Ke Meru, Ipoh 24 Mac Ini!

Festival yang menyatukan golongan belia ini bakal menggegarkan Dataran Amanjaya, Meru, Ipoh Perak pada 24 Mac ini dari jam 8 pagi hingga 11 malam.

error: Content is protected !!