Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin September 13, 2019 @ 11:35am

Bosch Tronic: Peranti pemanas air mandian selamat

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Syarikat pembuatan teknologi dan inovasi, Bosch Malaysia, memperkenalkan tiga siri pemanas air mandian segera Bosch Tronic, keluaran Bosch Thermotechnology sempena ulang tahun  ke-96 operasinya di Malaysia

Tiga siri model pemanas air mandian segera yang diperkenalkan, Tronic 3000s, Tronic 6000s dan Tronic 8000s itu dicipta dengan visi untuk memenuhi keperluan pengguna terhadap pemanas air mandian segera yang mesra pengguna, selesa dan selamat.

Simon Song (kiri) dan Tan Kwang Hui di samping model terkini pemanas air mandian Bosch . Foto: NSTP/AMIRUDIN SAHIB

Pengarah Jualan Bosch Thermotechnology SEA, Tan Kwang Hui, berkata produk terbaharu syarikatnya itu amat menekankan aspek-aspek keselamatan dengan mematuhi semua standard yang ditetapkan oleh Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) seperti kalis percikan air IP25 dan Pemutus Litar Semasa Sisa (RCCB).

“Salah satu contoh berkenaan dengan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam produk kami ialah kewujudan lampu diod pemancar cahaya (LED) yang akan memberikan indikasi berkenaan dengan tahap keselamatan untuk pengunaan pemanas air mandian tersebut.

“Pemeriksaaan terhadap keselamatan mesin terbaharu ini akan secara automatik diaktifkan apabila pengguna menghidupkan Bosch Tronic,” katanya ketika sesi perbincangan mengenai produk tersebut di acara Bosch Experience Day 2019, di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Bosch Malaysia, Simon Song, Pengarah Perniagaan Bosch Malaysia, Chu Chee Bee dan Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Pang Yoon Kong.

Katanya lagi, setiap daripada model Bosch Tronic turut hadir dengan kapasiti kuasa 3.8 Kw yang akan memastikan proses pemanasan yang lebih pantas dan juga teknologi suhu anti-lecur ataupun Temperature Anti-Scalding Technology yang berfungsi meminimumkan kenaikan suhu yang mendadak.

Simon Song (tengah) dan Tan Kwang Hui (kiri) bersama-sama dengan kumpulan jurucakap Bosch Malaysia pada acara Bosch Experience Day 2019 di Petaling Jaya. Foto: Ihsan Bosch.

Berikut merupakan antara ciri-ciri luaran yang terdapat pada setiap model Bosch Tronic:

Tronic 3000s

  • Reka bentuk yang menarik
  • Dibekalkan dengan aksesori semburan mandian mudah alih.
  • Indikator LED
  • Harga RM429

Tronic 6000s

  • Dilengkapi dengan skrin paparan digital.
  • Dilengakpi dengan pengawal suhu dan termostatik.
  • Menggunakan skrin sesentuh untuk butang hidup/padam.
  • Set premium untuk set shower head mudah alih.
  • Pam DC yang beroperasi dengan senyap. (4-level)
  • Harga RM759.

Tronic 8000s

  • Dilengkapi dengan pengawal termostatik dan pengawal skirn sesentuh digital.
  • Set premium untuk set shower yang dilengkapi dengan rain shower.
  • Menggunakan teknologi anti-lecur.
  • Mempunyai tiga pra-set suhu.
  • Pam DC yang beroperasi dengan senyap.
  • Harga RM999.

Tiga model pemanas air mandian terbaharu keluaran Bosch Thermotechnology yang dipamerkan di Bosch Exprerience Day 2019. Foto: Bosch

Pengguna yang berminat untuk memiliki siri pemanas air mandian Brosch Tronic boleh mendapatkannya di Bosch Experience Centre dan kedai-kedai barangan eletrik yang terpilih. Bagi pembelian dalam talian dan sebarang maklumat lanjut mengenai produk tersebut, pengguna boleh mendapatkannya di akaun rasmi Bosch Malaysia di Lazada.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 26 Sep 2023

Angkat Tema Serumpun Berpesta, TAPAUfest Akan Diadakan Di Lenggong, Perak Pada 7 & 8 Oktober!

Wah bestnyaaa! Line up semua power Cepat korang grab tiket sebelum terlambat

Acara Fri, 4 Mar 2022

Yayasan Maghfirah Sasar RM5 Juta Bantu Mereka Terkesan Covid-19

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Yayasan Maghfirah tampil membantu dalam mengagihkan sumbangan kepada golongan sasaran yang terkesan akibat pandemik menerusi kempen Raikan Ramadan. Kadar kemiskinan di negara ini menunjukkan angka peningkatan akibat ramai kalangan rakyat mengalami kehilangan […]

Acara Wed, 24 Jul 2019

Undi artis K-Pop kesayangan anda dalam ABPBH 32

BH perkenal 2 ketagori baharu artis luar negara

Acara Thu, 7 Jun 2018

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Kunjungi Anggun Life

Anda wajib kunjungi Festival Anggun Life di Johor Bahru!

Acara Thu, 12 Dec 2019
Acara Wed, 24 Oct 2018

Warga JB, Jom Singgah Ke Karnival Jom Heboh Di Angsana Mall Hujung Minggu Ini!

Jangan lupa singgah di booth Hijab & Heels juga ya!

Acara Fri, 16 Aug 2019
Acara Thu, 3 Nov 2022
Acara Wed, 16 Oct 2019

Ayam Brand perkenal santan Super Light, 75 peratus kurang lemak!

Kerja memasak jadi lebih mudah dan sihat!

Acara Sat, 14 Mar 2026

Elly Arifin, Wanns Ahmad Antara Selebriti Meriahkan Jom Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim

Majlis sempena Ramadan itu dianjurkan dengan tema Berkongsi Rezeki, Menyemai Harapan

error: Content is protected !!