Euforia Bola 2026
Acara By: Padin March 14, 2026 @ 1:02pm

Elly Arifin, Wanns Ahmad Antara Selebriti Meriahkan Jom Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim

Kehadiran beberapa selebriti tempatan seperti Elly Arifin dan Wanns Ahmad menambahkan seri program kebajikan Jom Kongsi Rezeki – Bersama Anak Yatim yang berlangsung di Urban Park Hall, Shah Alam, baru-baru ini.

Majlis sempena Ramadan itu dianjurkan dengan tema Berkongsi Rezeki, Menyemai Harapan sebagai usaha meraikan anak-anak yatim daripada Asrama Kasih YBK Serendah (ASKAS) di samping menyemarakkan semangat berkongsi rezeki sepanjang bulan penuh keberkatan.

Selain Elly dan Wanns, acara berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran Asfan Shah, Aqeesh Aleeya, Wani Annuar dan Aiman Zaidi yang bersama-sama meluangkan masa menyantuni anak-anak yatim serta memeriahkan suasana majlis.

Seramai 50 anak yatim dari ASKAS bersama tiga penjaga termasuk pengetua, Halimah Saadiah Mohd Nawi diraikan dalam program yang berlangsung dari jam 5.30 petang hingga 9.30 malam itu. Majlis tersebut bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa, malah turut diisi dengan pelbagai aktiviti Ramadan seperti zikir, persembahan nasyid serta penyampaian sumbangan kepada anak-anak terbabit.

Penganjuran program berkenaan bertujuan memberi pengalaman bermakna kepada anak-anak yatim, khususnya dalam bulan Ramadan yang menekankan nilai kasih sayang, empati dan semangat saling membantu. Ia juga diharap dapat memberi sokongan moral dan kegembiraan kepada anak-anak ASKAS agar mereka terus merasakan diri dihargai serta disayangi masyarakat.

Program tersebut turut membawa nilai sentimental yang tersendiri apabila salah seorang individu yang terlibat dalam penganjurannya, Muhamad Izzat Samadi, merupakan bekas penghuni ASKAS yang pernah menetap di rumah kebajikan itu selama enam tahun.

Pengalaman hidup yang dilaluinya menjadi pencetus semangat untuk kembali berkongsi rezeki dan menceriakan anak-anak yang kini masih berada di situ.

Usaha kebajikan seumpama itu juga bukanlah sesuatu yang baharu, sebaliknya merupakan kesinambungan kepada beberapa program terdahulu termasuk bantuan kepada golongan asnaf yang terkesan akibat pandemik Covid-19 di sekitar Hulu Selangor pada 2020, program kebajikan di Al Khairiah, Sekinchan pada 2024 serta program di Maahad Tahfiz Al-Fateh, Batang Kali pada 2025.

Majlis tersebut turut dihadiri beberapa tetamu jemputan dan tokoh industri termasuk wakil Juz Coffee, YM Tengku Loreta Binti Tengku Dato’ Setia Ramli AlHaj, Dato’ Ivan Lim dan Dato’ Che Mat Che Ismail.

Dari sudut sokongan penaja, Zai Sri Gemilang Catering tampil sebagai penaja utama dengan menyediakan jamuan makanan serta lokasi majlis, manakala Juz Coffee pula hadir sebagai penaja bersama. Beberapa jenama lain turut menyumbang hadiah dan barangan kepada anak-anak ASKAS termasuk Jakel HQ yang menyediakan pakaian raya, Choctop menyumbang kasut, One Drop Perfume dengan minyak wangi, The Batek Boutique melalui set lukisan, Nestlé dengan ais krim serta Bloomthis menerusi hamper.

Melalui penganjuran Jom Kongsi Rezeki – Bersama Anak Yatim, pihak penganjur berharap lebih ramai pihak akan tampil berganding bahu dalam menyebarkan kebaikan dan menyantuni golongan memerlukan, khususnya sepanjang Ramadan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 28 Sep 2018

Hijab & Heels Kini Di Program Wanita Hari Ini, TV3

Mulai Oktober ini, jangan lupa tengok ya!

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Acara Mon, 16 Dec 2019

AEON pasar himpunan Walt Disney Year of Mouse & Mickey Love

Tawar pelbagai barangan khusus untuk dewasa

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Sun, 12 Feb 2023

AJL 37: Meriah! Band Legenda Blues Gang, Exist Antara Penyeri Segmen Interlude Malam Kemuncak AJL

Wowww!!! Blues Gang & Exist lah gaiss 😱 Confirm ramai akan imbau kenangan lalu nanti 🤪

Acara Tue, 23 Jan 2018

Sheila On 7- Live In Kuala Lumpur 2018

Band popular dari Indonesia Sheila On 7, bakal beraksi kembali dalam sebuah konsert yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu, 10 Februari 2018 di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam.

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

error: Content is protected !!