Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin September 28, 2019 @ 11:09am

Manfaat daun pandan yang ramai tidak tahu

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Daun pandan adalah salah satu bahan yang sering digunakan oleh golongan ibu atau wanita ketika menyediakan pemanis mulut atau hidangan tertentu di dapur. Sebagai contoh, dijadikan bahan pewarna atau sebagai penambah rasa pada makanan. 

Ringkasnya, daun pandan tidak asing lagi bagi kebanyakan individu yang gemar memasak. Bahkan daun pandan sering ditanam di kawasan rumah, dijadikan pewangi tambahan di dalam kenderaan atau dihiris halus untuk dijadikan bunga rampai.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu fungsi daun pandan yang bukan sahaja dianggap sebagai pewangi dalam masakan, ia sebenarnya sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita.

Hijab & Heels kongsikan manfaat daun pandan yang amat berguna untuk anda.

1. Menurunkan kadar gula dalam darah

Menurut satu penelitian yang dilakukan di Thailand dan diterbitkan oleh Pharmacognosy Magazine, ekstrak daun pandan mampu untuk menurunkan kadar gula dalam darah serta berupaya meningkatkan hormon insulin pada sel pankreas sekali gus mencegah penyakit diabetes. 

2. menyihatkan rambut

Foto: tribunnews.com

Daun pandan bukan sahaja bermanfaat untuk kegunaan memasak di dapur dan menurunkan kadar gula dalam darah,  malah  ia juga baik untuk rambut. Ia dikatakan dapat melembap, menyihat dan membuat rambut anda lebih kuat. Lebih mengujakan, pengunaan duan pandan terhadap rambut berupaya merangsang pertumbuhan rambut anda.

Caranya mudah sahaja, tumbuk atau kisar daun pandan dengan halus dan dicampur dengan sedikit air  lalu disapu pada rambut dan kulit kepala untuk dijadikan masker. Selepas bebeapa ketika atau tunggu sehingga ia kering, bersihkan rambut dengan lembut. Rambut bukan sahaja wangi, malah sihat dan cantik.

3. Menaikkan nafsu makan 

Foto: liputan6.com

Meningkatkan nafsu makan juga merupakan antara salah satu khasiat daun pandan. Bagi mereka yang mempunyai selera makan yang kurang, daun pandan amat bagus untuk anda. 

Ini kerana dengan menambah aroma pandan pada makanan, hal itu dapat meransang nafsu makan dan rasa lapar anda. 

4. Mengatasi penyakit rematik

Foto: hellosehat.com

Rematik merupakan penyakit yang berkaitan dengan tulang. Biasanya, penyakit rematik menyerang bagi peringkat umur yang lebih berusia. 

Untuk menghindari daripada terjadinya rematik, anda boleh merebus daun pandan dengan minyak kelapa lalu digaul hingga rata. Setelah sejuk, ambil daun pandan yang telah direbus tadi dan sapu ke bahagian kulit yang mengalami rematik.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Tue, 8 May 2018

7 Teknik Senaman Mudah Yang Anda Boleh Buat Di Pejabat Untuk Meregangkan Otot

Tahukah anda, duduk berpanjangan
boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung serta kanser?

Featured Thu, 15 Sep 2022

“Nak Suntik Semangat, Tiada Niat Jatuhkan Martabat Wanita” – Datuk Rosyam Nor Respons Isu Video Tular

Datuk Rosyam Nor minta netizen untuk pandang isu tersebut dari sudut positif

Featured Tue, 20 Apr 2021

Sedih Melihat Keadaan Ayah, Ebit Lew Mohon Doa Orang Ramai

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai untuk menitipkan dia buat ayahnya yang kini sedang sakit. Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew berkongsi kisah mengenai kesihatan ayahnya yang semakin merosot sehingga menganggu […]

familuv Fri, 10 Apr 2020

Manipulasi warna makanan untuk anak yang tidak gemar makan

Helah berbeza tarik kehendak anak makan

Eat Travel Sat, 21 Mar 2020
Featured Mon, 30 Jun 2025

Peguam Dedah PU Azman Manfaat Masa Ajar Ilmu Agama Di Penjara

PU Azman juga sering meminta dibawakan buku agama baharu.

error: Content is protected !!