Euforia Bola 2026
Eat Travel By: tex_admin September 23, 2019 @ 3:24pm

Bilik suite bertemakan biskut ini pasti menaikkan selera anda untuk bercuti!

Oleh Muhammad Amnan Hibrahim

Bersempena dengan sambutan ulang tahun operasinya yang ke-50, Hilton Phuket Banthai Resort, Double Tree membuat suatu inovasi yang pastinya akan memberikan pengalaman penginapan baharu kepada pelanggan dengan memperkenalkan buat pertama kalinya pakej terhad Cookie Suite Experiential.

Anda pasti tertanya-tanya, apakah keistimewaan yang dibawakan oleh pakej Cookie Suite Experiental ini.

Hiasan dalaman yang menepati tema dengan mengambil konsep biskut pasti membuatkan anak anda teruja. Foto: DoubleTree by Hilton

Cookie Suite Experiential menawarkan peluang buat tetamunya untuk merasai keunikan tinggal di sebuah King Deluxe Suite yang direka bertemakan biskut. Dengan ruang tamu khas yang dilengkapi bar biskut, bilik ini turut dihiasi papan tanda biskut dengan lampu neon, sudut dinding bilik yang diceriakan dengan gambar-gambar biskut yang unik dan tidak dilupakan bau-bauan biskut segar yang baru dibakar.

Kolam renang di luar tingkap bilik antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Foto: DoubleTree by Hilton

Di samping pakaian mandi yang direka dengan motif biskut, pengalaman mandian anda juga akan diceriakan dengan penyental badan yang diserikan dengan bau-bauan biskut yang terhasil daripada bakaran lilin. Untuk kanak-kanak pula, patung mainan berbentuk biskut juga pastinya sesuatu yang tidak akan dilepaskan oleh kanak-kanak yang tinggal di bilik itu.

Tetamu yang tinggal di Cookie Suite akan disediakan dengan kit pantai eksklusif yang didatangkan dengan payung pantai bersama-sama rekaan biskut dan tuala yang pastinya akan memberikan perlindungan daripada panas matahari ketika menikmati suasana pantai Patong yang terletak betul-betul di hadapan kawasan pusat perangian.

Suasana romantik untuk menjamu selera di luar pusat peranginan menanti tetamu yang hadir. Foto: DoubleTree by Hilton

Pengurus Umum Resort Hilton Phuket Banthai oleh DoubleTree, Tim Tate, berkata bagi konsep itu tetamu yang hadir akan disambut dengan biskut coklat hangat istimewa yang dihasilkan oleh chef pusat peranginan itu.

“Dengan pakej Cookie Suite Experiental, kami merealisasikan pengalaman menikmati kehangatan biskut coklat istimewa ini ke dalam ruang fizikal yang pastinya boleh dinikmati oleh semua pelanggan tidak kira umur.

“Biskut Coklat Double Tree adalah simbol yang menggambarkan komitmen kami dalam menyediakan pengalaman istimewa untuk tetamu yang menempah perkhidmatan kami,” katanya.

Sepanjang berada di pusat peranginan, tetamu juga boleh melengkapkan pengalaman bermalam dengan kelas masakan makanan Thai yang tentunya akan menambahkan ilmu memasak anda.

Pemandangan indah di sekitar pusat peranginan pasti memikat hati pelanggan. Foto: DoubleTree by Hilton

Antara perkhidmatan lain yang disediakan dalam pakej Cookie Suite Experiential adalah:

  • Sarapan harian untuk 2 orang
  • Makan tengah malam dengan empat hidangan untuk empat orang.
  • Kenderaan ke lapangan terbang
  • 20 peratus diskaun untuk semua makanan dan minuman di resort
  • Akses Wi-Fi percuma

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, anda boleh pergi ke DoubleTreePhuketBanthai.com/promotion.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 May 2023

‘Survey’ Resort Mewah Di Langkawi, Janna Nick & Dini Bakal Berkahwin 10 Jun Ini?

Wahhhhh, syoknya Janna nak kahwin dah ke hehe patut la semangat bersenam yaa 🤪🤣

Featured Tue, 2 May 2023

Tak Berminat Beli Barang Berjenama, Nabila Huda Ikhtiar Cari Pil Dapat Zuriat Hingga Ke London?

Insya-Allah ada rezeki Abil dengan suami, semoga dipermudahkan

Featured Thu, 29 Sep 2022
Featured Wed, 18 Jan 2023

Sanggup Korban Kerjaya, Puteri Sarah Dedah 6 Tahun Jadi Suri Rumah – “Masa Nak Kahwin, I Buang Semua”

Pelakon Puteri Sarah menjadi suri rumah selama enam tahun dan menghentikan segala perkembangan kariernya sewaktu ingin berkahwin, suatu ketika dahulu. Menerusi rakaman sesi siaran langsung bersama Neelofa yang dimuat naik oleh akaun @amyqashrina baru-baru ini, […]

Featured Wed, 3 Feb 2021

Dr Noor Hisham Nafi Dakwaan Letak Jawatan Sebagai KP Kesihatan

Semoga barisan hadapan terus diberi kekuatan walau badai melanda

Featured Tue, 4 Nov 2025

Sharifah Rose Nafi ‘Tolak’ Cinta Syafi Tee, Enggan Terlibat Cinta Lokasi – “Saya Nak Lelaki Yang Stabil”

“Saya rasa kalau boleh, biarlah lelaki tu dari luar bidang ni” – Sharifah Rose

Featured Thu, 23 Feb 2023

Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

Betul ke netizen kata Datuk Alha Alfa yang merisik tu? 🤔

Featured Fri, 14 Apr 2023
error: Content is protected !!