Euforia Bola 2026
Sihat By: tex_admin October 21, 2019 @ 1:06pm

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Sakit kronik sering disalah anggap sebagai sakit yang mungkin tidak mempunyai penawar, tiada jalan penyelesaian untuk sembuh dan penghidap sakit kronik hanya terbaring tanpa dapat dirawat.

Kenyataannya, sakit kronik mempunyai beberapa tahap dan ia masih boleh diatasi sekiranya kita mengetahui cara dan kaedah yang ada kerana setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Satu perbincangan yang berlangsung di Worq KL Gateaway Kuala Lumpur, baru-baru ini memperkatakan mengenai sakit kronik yang membawa maksud sakit yang berlangsung sekurang-kurangnya dua minggu dengan kesakitan tersebut berasa tajam dan membuatkan muka anda kelihatan lemah, menyerang dalam masa yang tidak menentu dan tanpa sebab-sebab yang jelas. 

Kesakitan kronik ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan anda. Ia boleh mengurangkan kekuatan dan ketahanan fleksibiliti. Beberapa jenis sakit kronik yang paling biasa terjadi adalah sakit kepala, sakit belakang, sakit arthritis dan sakit psikogenik. 

Kesakitan kronik biasanya disebabkan oleh kecederaan awal seperti lengan belakang atau otot yang ditarik. Sakit kronik berkembang apabila urat saraf anda menjadi rosak, namun ia tidak dapat difahami dengan baik kerana orang mengambil mudah mengenai sakit kronik ini. 

Perbincangan meja bulat anjurkan Pusat Rawatan Yap Chan Kor (PRYCK) itu mengetengahkan beberapa panel antaranya Naib Presiden Pertubuhan Perubatan Sukan dan Senaman Malaysia, Dr C H Tan; fisioterapis, Dr Chua Siew Kuan; Ketua Pegawai Eksekutif PRYCK, Yap Yen Tse dan pesakit osteoarthritis lutut, Lo Meow Yoong.

 

 

Sesi bual bicara rawatan mengurangkan sakitan kronik di Pusat  Rawatan Yap Chan Kor. Foto: NSTP/Rohanis shukri

Dr Tan berkata, sekiranya seseorang mengalami sakit kronik, ada pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengatasi kesakitan yang dialami, bagaimanapun langkah terbaik ialah berjumpa doktor yang tentunya tahu mengenai kesakitan yang dialami.

“Anda boleh mengambil paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit akan tetapi selepas tiga bulan sekiranya sakit masih tidak berkurangan, pesakit perlu berjumpa pakar.

“Selain itu, ada rawatan alternatif lain yang boleh diamalkan untuk mengatasi sakit kronik ini. Cuba lakukan beberapa teknik senaman yang boleh membantu mengurangkan kesakitan ini,” katanya pada sesi perbincangan berkenaan.

 

Dr Chua menunjukkan senaman ringkas untuk mengurangkan kesakitan pada bahagian leher ketika sesi bual bicara berlangsung. Foto: NSTP/Rohanis  Shukri

Sementara itu, Dr Chua pula menyarankan pesakit kronik membuat pemeriksaan di pusat rawatan yang sepatutnya selain melakukan fisioterapi.

“Jika pesakit ingin melakukan fisioterapi, ia hendaklah dilakukan dengan betul supaya otot akan berasa lega dan berkesan. Akan tetapi senaman amat disarankan sebagai rawatan yang pertama bergantung pada tahap kesakitan,” katanya.

PRYCK menawarkan perubatan menggunakan bahan-bahan traditional herba cina. Antara kesakitan yang boleh dirawat di situ ialah sakit yang berkaitan dengan sakit belakang, lutut dan leher. 

Bekas pesakit, Lo Meow Yoong pada sesi bual bicara rawatan kurangkan kesakitan di Pusat Rawatan Yap Chan Kor. Foto: NSTP/Rohanis Shukri

Lo Meow Yoong yang pernah menjalani rawatan di situ berkata bahawa beliau berasa lega selepas rawatan yang kelima walaupun pada mulanya berasa sakit akan tetapi lama-kelamaan rasa sakit kian pudar. 

Pada mulanya, beliau memerlukan tongkat untuk berjalan namun selepas membuat rawatan di pusat rawatan berkenaan, beliau boleh berjalan seperti sedia kala. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Wed, 15 May 2019
Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Featured Tue, 17 Mar 2020
Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019

Belajar minum air pada waktu yang betul, barulah cantik dan sihat!

Bukan susah untuk kekal cantik dan sihat!

Sihat Fri, 20 Jul 2018

Petua Semula Jadi Ini Memang Berkesan Untuk Merawat Selsema

Jangan biarkan penyakit selsema anda berjangkit dengan orang lain. Ikuti petua ini untuk menyembuhkannya.

Sihat Mon, 24 Dec 2018

Ini Yang Wajib Anda Tahu Tentang Penyakit Influenza A (H1N1) Yang Boleh Dijangkiti Oleh Anak

Influenza A (H1N1) merupakan sejenis demam selesema yang sangat mudah berjangkit.

Sihat Tue, 4 Sep 2018

Nicotine Replacement Therapy Boleh Bantu Perokok Untuk Berhenti Merokok

Bukan sahaja lelaki, malah wanita juga tergolong dalam perokok tegar!

Sihat Mon, 14 May 2018

Jangan Main-Main Dengan Masalah Sembelit, Usus Anda Berkemungkinan Rosak

Sembelit jika diambil sambil lewa boleh menyebabkan anda mendapat penyakit yang lebih teruk.

Sihat Fri, 24 Aug 2018
error: Content is protected !!