Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin October 15, 2019 @ 7:47pm

Kegunaan soda bikarbonat selain untuk masakan

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah 

Soda bikarbonat atau lebih dikenali sebagai baking soda lazim digunakan dalam pembuatan kek, roti dan kuih. Ia bersifat alkali yang akan bertindak meneutralkan adunan kek atau kuih. 

Soda bikarbonat juga bermanfaat untuk kecantikan. Ia boleh digunakan sebagai bahan tambahan di dalam pencuci muka untuk dibuat skrub muka. Selain itu, ia juga boleh melembutkan tangan dan kaki serta membuang daki-daki. 

 Malah ia juga dapat membantu anda dalam menyelesaikan urusan dan tugasan membersihkan rumah. Antaranya adalah: 

Pencuci pakaian  

Foto: azuza.eu

Soda bikarbonat dapat membantu dalam proses pencucian pakaian bertindak melembutkan dan menghilangkan bau pakaian. Pada masa yang sama ia juga dapat menghilangkan kotoran kekuning-kuningan yang biasanya ada pada kolar baju dan pergelangan tangan. 

Caranya mudah sahaja dengan melarutkan baan berkenaan ke dalam air atau taburkan serbuk soda bikarbonat di atas pakaian mahupun di dalam mesin basuh. 

Bahan pencuci bilik air 

Foto: xtra.com.my

Soda bikarbonat juga sesuai dijadikan sebagai bahan pencuci bilik air. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Antaranya dengan membancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi lalu jirus ke dalam paip untuk menghilangkan kotoran degil yang menyempitkan laluannya. Anda juga boleh menggunakannya untuk menghilangkan kuman pada lantai tandas dan bilik air. 

Selain itu, bancuhan tersebut boleh diletakkan dalam botol semburan. Kemudian semburkan ia pada langsir mandi dan dinding untuk menghilangkan kotoran. 

Pengilat barang 

Foto: petuatube.com

Dengan bantuan serbuk soda bikarbonat boleh membersihkan periuk, dapur dan lap ketuhar gelombang mikro agar ia kembali bersinar! 

Selain itu, jika sinki anda tersekat, larutkan soda bikarbonat dengan air panas lalu tuangkan ke dalam sinki agar keladak yang ada akan keluar daripada paip bawah sinki. 

Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan

Dengan menyimpan serbuk soda bikarbonat dalam bekas yang terbuka di dalam peti ais, ia akan menyerap bau yang tidak menyenangkan dan meneutralkan bau dalam peti ais. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 10 Sep 2018

Saintis Ini Kongsikan Sebab Kenapa Anda Tidak Boleh Duduk Terlalu Lama. Bahaya Rupanya!

Jika anda seorang yang suka bermalas-malasan, fungsi dalaman tubuh anda akan semakin lemah!

FESYEN Sun, 12 Oct 2025

Kekal Bergaya! 20 Tahun Dalam Dunia Fesyen, Rizman Ruzaini ‘Takluk’ KLCC

Butik flagship RR by Rizman Ruzaini dibuka di Suria KLCC.

Featured Fri, 8 May 2020
Gaya Hidup Fri, 31 Aug 2018

Artis Ini ‘Melukis’ Potret Selebriti Dengan Menggunakan Rubik’s Cube, Tengok Sendiri Bagaimana!

Untuk sesetengah orang, nak selesaikan permainan Rubik’s Cube itu pun tak pass!

Gaya Hidup Sat, 29 Sep 2018

Pelajari Sebutan Sebenar 35 Jenis Senarai Makanan Ini Supaya Tidak Ditertawakan!

Sebutan dan ejaan senarai makanan memang berbeza betul!

Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Gaya Hidup Wed, 27 Nov 2019
Gaya Hidup Fri, 2 Nov 2018

Jangan Cuba-Cuba ‘Chup’ Parking Kalau Tak Mahu Meringkuk Enam Bulan Dalam Penjara

Penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

error: Content is protected !!