Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops October 30, 2019 @ 11:19am

Bakar kek soufflé coklat dengan hanya 2 bahan, ringkas tetapi sedap!

Kebiasaannya untuk membakar kek, seribu satu macam ramuan diperlukan. Mungkin tidak sampai seribu, tetapi memang ada banyak bahan asas yang diperlukan seperti serbuk penaik, telur, tepung gandum dan pelbagai lagi.

Jarang rasanya kita jumpa resipi kek yang hanya menggunakan dua atau tiga jenis bahan. Kalau jumpa pun, anda mesti ragu-ragu sama ada rasanya sedap atau tidak.

Bagaimanapun, resipi yang tidak memerlukan banyak bahan ini pastinya menyenangkan mereka yang mengidam untuk makan kek dan tidak ingin membelinya di luar.

Salah satunya ialah resipi yang dikongsikan oleh Tasty, iaitu untuk kek soufflé coklat. Ia hanya gunakan dua bahan sahaja, iaitu krim coklat hazelnut (seperti Nutella) dan telur.

Hasilnya ialah kek kecil yang ‘rangup di luar’ tetapi lembut di dalam. Resipi ini memang sesuai untuk mereka yang tiada masa untuk membuat kek sepenuhnya ataupun hanya inginkan pencuci mulut yang ringkas.

Walaupun ramuannya tidak banyak, rasanya tetap memuaskan. Coklatnya gerenti terserlah dan anda tidak perlu campurkan gula kerana rasanya sudah cukup manis.

 Tampak sedap, kan? Nak cuba buat sendiri? Rujuk sahaja tutorial dan resipi di bawah.

Bahan

1/2 cawan krim coklat hazelnut (150g)

2 biji telur

Cara penyediaan

1. Panaskan ketuhar ke suhu 190˚C.

2. Asingkan telur kuning daripada telur putih dan letakkan ke dalam dua mangkuk.

3. Campurkan krim coklat ke dalam mangkuk yang berisi telur kuning.

4. Untuk telur putih pula, pukul hingga ia menjadi pekat seperti yang ditunjukkan di bawah.

5. Gaulkan 1/3 telur putih tadi ke dalam campuran coklat dan telur kuning secara perlahan-lahan hingga sebati. Gaulkan lebihan telur putih kacau hingga tekstur campuran itu lembut dan halus.

6. Tuangkan campuran ke dalam mangkuk kecil yang telah disapu minyak di bahagian dalamnya. Tip: Pastikan mangkuk itu boleh tahan kepanasan ketuhar ya!

7. Bersihkan mulut mangkuk itu supaya souffle itu naik dengan seimbang. Bakar selama 15 ke 17 minit.

8. Hidang serta-merta. Sebagai tambahan, taburkan gula halus di atasnya.

Selamat mencuba! Untuk sedapkannya lagi, hidang bersama ais krim. Gerenti terangkat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

14 Lokasi Makan-Makan Terbaik Di Taiping, Perak

Memang berbaloi untuk anda kunjungi.

Eat Travel Mon, 11 Nov 2019

Kebaikan membungkus makanan dengan daun pisang

Makanan kekal enak dan segar, alam sekitar pun terpelihara

Eat Travel Thu, 5 Jul 2018

Restoran Air Terjun Labassin Destinasi Wajib Dikunjungi Kalau Sudah Jejakkan Kaki Di Filipina

Sambil makan sambil ditemani gemercik air, restoran air terjun Labassin menjanjikan suasana makan tengahari yang cukup tenang buat pengunjung.

Eat Travel Mon, 11 Nov 2019
Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Sun, 24 Feb 2019
Eat Travel Fri, 20 Jul 2018

Wah! Sekarang Dah Ada Jual Pizza Cempedak & Durian! Memang Wajib Cuba

Rasa pizza cempedak dan pizza durian ini memang unik! Hanya di Penang saja.

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018

Resipi Daging Bulgogi Ala Korea Ini Pasti Tambat Selera Anda

Makan bersama nasi panas, memang mantap!

Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

Eat Travel Thu, 28 Nov 2019

12 panduan asas untuk rebus pasta yang semua orang perlu tahu

Contohnya, jangan bilas pasta yang baru direbus!

error: Content is protected !!