Euforia Bola 2026
Acara By: tex_admin November 26, 2019 @ 7:53pm

Millac dan Millac Gold, krim bernutrisi tinggi

Oleh Amnan Hibrahim

Krim adalah bahan yang sering digunakan dalam penghasilan atau dekorasi kek, penambah perasa dalam hidangan sampingan dan juga masakan. Selain daripada kemanisannya yang sudah sedia terkenal, kelembutan tekstur krim juga adalah antara penyebab mengapa ramai di antara kita gemar memasukkan bahan tersebut ke dalam hidangan.

Namun begitu, pengambilan krim juga didapati boleh menyumbang kepada beberapa masalah kesihatan seperti penyakit jantung. Hal yang demikian berlaku kerana lazimnya, krim memiliki kadar lemak tidak tepu yang tinggi. Selain itu, cara penjagaan lembu di mana krim itu dihasilkan juga didapati menyumbang kepada kualiti produk tenusu berkenaan.

Sehubungan dengan itu, jenama pengedar produk tenusu terkenal, Lakeland Dairies melancarkan dua produk krimnya di pasaran Malaysia iaitu Millac and Millac Gold.

Pengurus Bahagian Asia Lakeland Dairies, Richard McDonnell ketika berucap di Majlis Pelancaran produk Millac dan Millac Gold, baru-baru ini. Foto: Lakeland Dairies

Sesuai dengan visi pengeluar produk tenusu yang digunakan syarikatnya iaitu The Dairy Council for Northern Ireland (DCNI), Pengurus Bahagian Asia Lakeland Dairies, Richard McDonnell, berkata krim keluaran syarikatnya itu mempunyai nutrisi penting yang diperlukan oleh setiap individu dalam diet pemakanan mereka.

“Sebagai contoh, produk krim kami dihasilkan daripada sumber tenusu lembu yang dipelihara dengan cara organik. Kesemua lembu yang berada di bawah jagaan DCNI diberi makan dengan cara meragut rumput ataupun nama lainnya ‘Grass Feed Cow.’

“Lembu yang diberi makan dengan cara meragut rumput dibuktikan memiliki produk tenusu yang lebih bernutrisi tinggi,” katanya ketika memperkenalkan produk syarikatnya dalam majlis pelancaran yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob.

Antara produk Lakeland Dairies yang dilancarkan baru-baru ini. Foto: Archives of Hijab & Heels

Tambah Richard lagi, krim Millac dan Millac Gold adalah bahan yang sesuai untuk digunakan dalam pelbagai jenis hidangan dan masakan masyarakat Asia.

“Hal ini dibuktikan dengan penghormatan yang diberikan oleh beberapa penyedia makanan profesional di Malaysia yang telah menggunakan produk tenusu kami dalam penyediaan hidangan buat pelanggan mereka.

“Selain itu, produk krim kami juga amat sesuai untuk keluarga yang mahu memulakan misi hidup sihat. Tambahan pula, pengalaman kami dalam menghasilkan produk makanan seperti sos pasta juga memberikan kami sedikit sebanyak kelebihan dalam usaha memenuhi cita rasa masyarakat Asia,” katanya.

Antara hidangan yang diperbuat daripada produk Millac dan Millac Gold keluaran Lakeland Dairies. Foto: Archives of Hijab & Heels

Antara hidangan yang diperbuat daripada produk Millac dan Millac Gold keluaran Lakeland Dairies. Foto: Archives of Hijab & Heels

Pada acara yang sama, Datuk Fazley turut menghidangkan beberapa jenis makanan yang dibuat dengan menggunakan krim Millac dan Millac Gold. Antaranya adalah salad dan buahan yang dipadankan dengan ‘whipping cream,’ tat tuna serta pencuci mulut.

Menutup acara tersebut, Datuk Fazley mempersembahkan hidangan gaya ‘Sweet Table’ dengan menggunakan produk keluaran Lakeland Dairies.

Datuk Fazley ketika mempersembahkan hidangan  ‘Sweet Table.’ Foto: Lakeland Dairies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 4 May 2018

Martabak Durian Menu Baharu Yang Perlu Anda Cuba. Aromanya Bikin Anda Cair

Pernah dengar martabak durian? Agak-agak sedap ke?

Eat Travel Fri, 1 Feb 2019

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Hendak nampak seperti seorang yang profesional?

Eat Travel Fri, 3 Apr 2020
Acara Sat, 14 Mar 2026

Elly Arifin, Wanns Ahmad Antara Selebriti Meriahkan Jom Kongsi Rezeki Bersama Anak Yatim

Majlis sempena Ramadan itu dianjurkan dengan tema Berkongsi Rezeki, Menyemai Harapan

Eat Travel Mon, 4 Jun 2018

Berbuka Puasa Di Hotel Tenera Bagai Menikmati Masakan Air Tangan Ibu

Memperkenalkan tema “Sajian Nostalgia – Hargai Kenangan Lama”, hidangan yang disediakan berasa seolah menikmati masakan air tangan ibu.

Eat Travel Tue, 6 Nov 2018

8 Jenis Makanan Kaum India Sempena Perayaan Deepavali

Anda wajib rasa semua kuih kaum India, memang sedap!

Eat Travel Sun, 3 Mar 2019
Acara Wed, 9 Oct 2019

Minggu Fesyen Antarabangsa Ipoh ketengah bakat tempatan

Ia juga diharap dapat mengajak lebih ramai pelancong ke Perak.

error: Content is protected !!