Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops February 1, 2019 @ 11:00am

Inilah teknik yang betul untuk menjamah pasta seperti orang Itali sebenar

Bila kita sebut mengenai Itali, kita mesti teringat akan hidangan pasta yang sinonim dengan Itali.

Ada pelbagai jenis pasta dan cara memasaknya, apa yang pasti hidangan ini memang disukai ramai.

Jika anda ingin menikmati pengalaman menikmati pasta dari Itali yang tulen, ada beberapa maklumat asas mengenai etika pemakanan dan rasanya yang anda perlu tahu.

Boleh guna sudu atau tidak? Bila boleh kita masukkan keju? Apakah padanan pasta dan sos yang paling sempurna?

Panduan di bawah boleh membantu anda menikmati hidangan pasta seperti orang Itali sebenar, jadi anda boleh tampak seperti seorang yang profesional di hadapan orang lain.

1. Wujudkan padanan yang sesuai

Foto: The Daily Meal

Spageti, rigatoni, linguine… bagaimana hendak padankan pasta yang betul dengan sos yang betul? Semuanya bergantung kepada bentuk.

Pasta yang licin dan panjang sesuai dimakan dengan sos berminyak, memandangkan bentuknya membolehkan minyak itu “menggelongsor” daripada pasta dan tidak terkumpul.

Bagi sos daging atau tomato yang memerlukan anda mencedok sebanyak mana sos yang boleh, pilih pasta lebih lebar seperti shell atau rigatoni.

2. Bukan semua pasta boleh dimakan dengan keju

Jika anda sedang menjamah pasta makanan laut, penambahan ramuan keju memang tidak sesuai! Kombinasi ini bukanlah sesuatu yang biasa di Itali.

Sesetengah pasta seperti lasagna memang menggunakan keju, tetapi jika anda ingin tambahkan lebih keju di dalam hidangan anda, jangan masuk terlalu banyak.

3. Pasta patut dimakan sebagai satu hidangan solo

Jangan makan pasta dengan sebarang hidangan sampingan, seperti salad. Di Itali, walaupun ada hidangan sampingan, pasta tetap dianggap sebagai fokus utama.

4. Jangan sesekali potong atau patahkan pasta

Foto: Shutterstock

Jika anda ingin merebus pasta panjang, jangan patahkannya supaya ia boleh muat di dalam periuk. Pasta seperti angel hair memang direka khas untuk menjadi panjang dan nipis. Jika anda patahkannya, ia akan mengubah cara anda memakannya nanti.

Sebaliknya, gunakan periuk tinggi dan dengan perlahan-lahan kacaukan pasta itu untuk lembutkannya dan memuatkan semuanya di dalam air mendidih.

Ketika menjamu selera pula seperti seorang warga Itali, jangan sesekali memotong pasta anda dengan garfu. Sebaliknya, lilitkan spageti anda pada garfu.

5. Jangan gunakan sudu

Apabila anda putarkan pasta pada garfu, jangan gunakan sudu sebagai alat bantuan.

Sudu yang disediakan di meja makan anda itu hanya patut digunakan untuk menambahkan sos atau keju, dan untuk menggaul pasta. Jadi jangan makan pasta seperti anda makan mi rebus, ya!

Bagi pasta yang dihidangkan dengan sup, bolehlah pakai sudu. Pasta ini lebih kecil dan tidak memerlukan sebarang lilitan.

6. Jangan hirup pasta

Amalan ini biasa dilakukan apabila kita memakan mi. Tetapi dalam kes pasta, tindakan ini dianggap amatur dan janggal.

Sebaliknya, mahirkan diri anda dengan teknik lilitan pasta pada garfu. Pastikan lilitan itu tidak terlerai sebelum menyuapkannya ke dalam mulut.

Sumber: Bottiglia Cucina & Enoteca

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Mon, 1 Jun 2020
Eat Travel Tue, 31 Jul 2018
Eat Travel Mon, 6 Jul 2020

Pelbagaikan menu dengan Ribena, pasti enak dan lazat

Nikmati kebaikan dalam setiap jus berkhasiat

Eat Travel Tue, 22 Oct 2019

Jom belajar masak nasi ayam kukus, guna periuk nasi elektrik sahaja!

Tidak perlu susah-susah masak secara berasingan.

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Fri, 26 Oct 2018

Ini Resipi Ayam Bersalut Sos Teriyaki Yang Ringkas & Mudah Untuk Anda Cuba

Sos ini manis-manis dan memang kena dengan ayam.

Eat Travel Mon, 15 Oct 2018

Indahnya Beradu Ditemani Bintang-Bintang Dan Cahaya Aurora, Vazz Sangat!

Rasa macam sekarang juga nak pergi ke salah satu lokasi ini!

Eat Travel Tue, 27 Nov 2018

5 Cara Efektif Untuk Betulkan Telinga Yang Tersumbat Ketika Di Dalam Kapal Terbang

Bukan saja tak selesa dibuatnya, rasa sakit pun ada!

Eat Travel Fri, 9 Feb 2024
error: Content is protected !!