Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops December 10, 2019 @ 12:32pm

Lazada jamin kualiti susu formula terbaik untuk bayi

Seiring dengan era teknologi yang semakin berkembang canggih, aliran membeli-belah juga menyaksikan masyarakat sekarang lebih gemar membeli secara dalam talian.

Selain pendedahan kepada dunia Internet yang semakin meluas, faktor seperti menjimatkan masa, tidak perlu bersesak, membayar tol, petrol dan parkir juga membuatkan ramai masyarakat sekarang lebih cenderung untuk membeli secara dalam talian.

Bagaimanapun, sebagai pengguna bijak, produk atau perkhidmatan yang berkualiti tinggi merupakan antara keutamaan yang perlu dititik beratkan.

Memandang serius soal kualiti, platform e-dagang terkemuka, Lazada komited dalam menjanjikan yang terbaik untuk pelanggannya termasuklah menawarkan produk-produk yang tulen.

Ibu bapa kini tidak perlu risau untuk membeli susu formula secara dalam talian. Kredit gambar: Lazada Malaysia

Terbaru, Lazada menawarkan jaminan pulangan wang kepada pelanggan yang membeli susu formula di platformnya. Dengan jaminan susu formula yang lebih baik, ibu bapa kini tidak perlu lagi bimbang untuk membeli susu formula secara dalam talian.

Jaminan Susu Formula Lazada menjaminkan ketulenan produk dengan minuman tujuh bulan tarikh luput dari tarikh penghantaran. Ia merupakan inisiatif Lazada dalam memberi keutamaan terhadap kesejahteraan keluarga sekaligus memberi keyakinan kepada ibu bapa di Malaysia apabila membeli susu formula secara dalam talian.

lazada malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Leo Chow, optimis dalam menawarkan yang terbaik buat pengguna. Kredit gambar: Lazada Malaysia

“Masa adalah kemewahan untuk ibu bapa hari ini yang mencari penyelesaian yang cekap untuk gaya hidup mereka yang sibuk, tetapi tidak mahu berkompromi terhadap kesejahteraan dan keselamatan keluarganya. Mempunyai jenama lebih dipercayai di atas LazMall juga membolehkan ibu bapa memenuhi keperluan orang yang tersayang di semua peringkat penting dalam tahun pembentukan mereka,” kata Leo Chow, Ketua Pegawai Eksekutif, Lazada Malaysia.

Diperkenalkan pada Mac tahun lepas, Jaminan Susu Formula Lazada kini mempunyai 18 jenama susu yang dijual di LazMall antaranya Dutch Lady, PediaSure, Isomil, Similac, Anmum, Fernleaf, Dumex Mamil, Nestle dan banyak lagi. Jumlah ini adalah dua kali ganda lebih banyak berbanding tahun lepas.

susu formula lazada

Antara jenama susu formula yang terdapat dalam Jaminan Susu Formula Lazada. Kredit gambar: Lazada Malaysia

Dengan Jaminan Susu Formula Lazada yang melalui proses kualiti yang ketat, ibu bapa kini dapat menikmati kemudahan pembelian pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ibu bapa juga kini lebih yakin menerima susu formula yang berkualiti tinggi dan asli sekaligus dapat memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 23 Apr 2018

Belajar Buat Kad Unik Ini Untuk Orang Tercinta, Mesti Hatinya Berbunga-Bunga Nanti!

Daripada kad simple saja, apa kata anda cuba buat kad yang luar biasa sikit? Siap ada bunga-bunga lagi!

familuv Tue, 12 Feb 2019

Elak jadi mangsa penculikan, ini lapan perkara yang perlu diajarkan kepada anak-anak!

Ibu bapa jangan leka dengan Instagram dan Facebook saja!

familuv Fri, 1 Feb 2019
familuv Wed, 27 May 2020
familuv Mon, 8 Oct 2018
familuv Thu, 26 Jul 2018

Kerana Pakai Kasut Berlampu LED, Kaki Kanak-Kanak Ini Terkena Lecur Kimia!

Seorang kanak-kanak di Amerika dah terkena padahnya!

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ini Senarai Buah-Buahan Yang Ibu Berpantang Boleh & Tak Boleh Makan

Apa yang anda makan beri impak kepada kesihatan.

Eat Travel Fri, 19 Jul 2019

5 sebab ibu bapa perlu lakukan aktiviti memasak bersama anak

Mungkin mereka boleh menjadi tukang masak terkemuka suatu hari nanti.

familuv Mon, 23 Jul 2018

Air Soya Dan Kopi Boleh Effect Kulit Anak Jadi Putih & Hitam. Fakta Atau Mitos? Ini Jawapan Menurut Pakar

Sebelum amalkan petua, para ibu kenalah tahu ia adalah fakta ataupun mitos.

familuv Wed, 30 Nov 2022

Aksi Syida Melvin Sebak Di Wedding Syifa Melvin Viral Di TikTok – “Wedding Aku Hang Tak Nangis Kan?”

Adik kepada Syifa Melvin iaitu Syida Melvin atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin menjadi perhatian warganet kerana ucapan perkahwinan yang diberikan buat kakaknya itu. @syida.melvin Haihhh 💔 Dah tahan lama dah xnak nangis, […]

error: Content is protected !!