familuv By: Ad Ops January 22, 2020 @ 3:00pm

Masa bersama suami aman tanpa gangguan anak, ini caranya!

Masa berkualiti antara pasangan suami isteri mampu memberikan kebahagiaan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Pakar terapi seks dari London, Dr Louise Mazanti, mendedahkan bahawa hubungan seksual yang sihat lagi aktif antara pasangan suami isteri juga akan membantu melindungi kedua-duanya daripada penyakit yang berkaitan.

waktu kualiti suami isteri

Kredit gambar: Alex Delon

Bagaimanapun, tidak dinafikan kesibukan bekerja membuatkan pasangan suami isteri tidak mempunyai masa atau penat sebaik pulang dari pejabat, sekali gus menghilangkan keinginan untuk meluangkan masa berkualiti mahupun untuk bersama.

Ditambah pula apabila mempunyai anak, ia mungkin membataskan pasangan suami isteri untuk berbual mesra seperti zaman bercinta sebelumnya.

Hijab & Heels berkongsi beberapa helah yang mungkin boleh dilakukan setiap pasangan suami isteri agar masa berharga itu dapat dijalani dengan aman tanpa ganggguan anak.

1. Rancang waktu anak tidur

Perancangan yang betul merupakan perkara paling penting untuk memperoleh masa berharga ini. Sebaik-baiknya, rancang aktiviti yang boleh dilakukan bersama seperti berbual sambil menikmati teh panas mahupun menonton rancangan kegemaran ketika anak sedang tidur. 

waktu kualiti suami isteri

Kredit gambar: Young Parents

Apabila sudah mempunyai anak, suami isteri juga harus tetapkan dalam minda untuk mempunyai masa berkualiti bersama-sama walaupun sekejap kerana ‘masa’ itu sangat penting untuk perbincangan dari hati ke hati sebagai usaha memahami antara satu sama lain dengan lebih baik.

Tidak dinafikan memang agak sukar untuk suami dan isteri memenuhi keperluan melakukan aktiviti yang boleh dikongsi seperti menyelesaikan Sudoku ketika anak masih belum tidur, justeru manfaatkan ketenangan untuk berkongsi masa berkenaan ketika mereka sudah tidur.

2. Didik anak tidur di kamar sendiri

Ibu bapa perlu mula mendidik anak untuk tidur dalam bilik berasingan. Kredit gambar: Sirap Limau

Sudah semestinya suami isteri memerlukan ruang privasi untuk bersama, namun bagi yang mempunyai anak kecil, mungkin agak sukar untuk mendapatkan privasi berkenaan. Jika bayi, mungkin boleh diletakkan dalam katil bayi bersebelahan katil utama.

Bagaimanapun, bagi kanak-kanak yang berumur tiga tahun ke atas, ibu bapa perlu ajar anak untuk tidur di bilik yang berasingan. Biarpun si kecil mungkin takut dan memberikan sejuta alasan yang lain, didik anak sehingga mereka membiasakan diri.

3. Tidak terhad dalam bilik tidur

Mungkin suami dan isteri sudah menetapkan dalam minda, jika melakukan hubungan intim, mesti di dalam bilik tidur sahaja. Jangan begitu, apa kata sesekali ubah rutin terbabit dalam suasana yang baharu. Pasti seronok kerana mengalami suasana berbeza daripada kebiasaan.

Pasangan suami isteri juga boleh melakukan hubungan intim di ruang tamu, sofa, lantai atau bilik mandi, asalkan selesa dan selamat tanpa dilihat sesiapa terutamanya anak. Dengan cara ini juga, ia tidak akan menganggu anak yang sedang tidur lena di atas katil.

4. Guna khidmat pengasuh

hubungan intim suami isteri

Gunakan peluang ketika anak berada di taska atau dijaga pengasuh. Kredit gambar: Verywell Family

Masa yang sesuai untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan adalah ketika anak dijaga oleh pengasuh atau bersama-sama nenek dan saudara mara terdekat. Jika mereka di rumah, mungkin boleh merancang untuk menginap di hotel jika mempunyai bajet lebih. Suami isteri juga berhak mengambil kesempatan yang ada untuk membina keseronokan diri dan detik indah bersama seperti mana ketika berbulan madu dahulu.

Semoga panduan yang diberi dapat memberi manfaat dan membantu suami isteri dalam mencari masa untuk membina hubungan kasih sayang sekali gus menyemarakkan lagi rasa cinta dalam rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 27 Sep 2018

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Pola tidur anak akan berubah mengikut umur mereka.

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Disoal Nama Penuh, Respons Anak Eyra Hazali Buat Netizen Ketawa – “Hayder Qhalish Bin Tak Payah!”

Umum mengetahui, anak sulung kepada pasangan Eyra Hazali dan Muhammad Haziq Nadzli iaitu Hayder Qhalish sering mencuri perhatian ramai dengan gelagat comel dan bijak. Baru-baru ini, Eyra berkongsi sebuah hantaran di laman Twitter yang memaparkan […]

Acara Fri, 25 Oct 2019

Partners in Parenting: Inisiatif bantu ibu bapa muda jaga anak

Tollyjoy, PPAS, dan Orphancare bekerjasama hasilkan platform pendidikan untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak

familuv Sun, 29 Mar 2020

Ingin anak bijak dan kreatif, lakukan aktiviti ini

Bantu rangsang minda kanak-kanak

familuv Thu, 22 Dec 2022

Pandainya! Gelagat Anak Saharul Ridzwan Selawat Curi Tumpuan Ramai

Perkongsian video pelakon Saharul Ridzwan bersama dua anaknya, Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra sedang berselawat sambil memegang kompang menarik perhatian. Apa yang mencuri perhatian ramai adalah kepandaian dan kesungguhan Ali dan Fateema yang menghabiskan […]

familuv Wed, 16 May 2018

Kalau Nak Anak Lebih Bijak, Lakukan 11 Aktiviti Pembelajaran Ini. Pasti Berkesan!

Kalau nak anak anda bijak, boleh cuba lakukan 11 aktiviti ini.

familuv Tue, 5 May 2020

Cara tanam uri bayi tanpa dikesan binatang liar, wahai ayah ini caranya!

Panduan berharga buat mereka yang bakal bergelar bapa

familuv Fri, 27 Mar 2020

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kutu kepala buat si kecil rengsa

familuv Thu, 14 Feb 2019

4 tanda keradangan apendiks dalam kanak-kanak yang ibu bapa perlu tahu

Apabila berlaku, si kecil perlu dibedah dengan segera!

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.