Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops January 9, 2020 @ 3:22pm

Resipi mudah ketupat sotong, memang gebu dan sedap!

Ketupat sotong atau juga dikenali dengan nama sotong sumbat merupakan hidangan yang cukup popular di negeri Pantai Timur.

Sotong yang disumbat dengan pulut serta dicampur santan ini mempunyai versi yang berbeza mengikut negeri. Jika di Kelantan, hidangan ini bewarna coklat kerana menggunakan gula Melaka.

Manakala di Terengganu, warnanya putih kerana menggunakan gula biasa. Versi Terengganu juga menggunakan halba dan halia untuk memberikan kelainan rasa yang sukar digambarkan. Memang nikmat rasanya!

Jom cuba resipi yang dikongsi pemilik Noris Kitchen, Noriah Idris. Cara penyediaannya memang mudah. Untuk resipi ini, Noriah menggabungkan kedua-dua versi. Anda mesti cuba kerana apabila sudah makan, memang terbayang-bayang keenakannya.

resipi ketupat sotong sedap

Bahan yang diperlukan:

10 ekor sotong

300 gram beras pulut

250 ml santan pekat

1 ketul gula Melaka

1 sudu kecil halba

2 ulas bawang merah

1 inci halia

Garam dan gula secukup rasa

Daun pandan

Cara penyediaan:

1. Rendam beras pulut selama 15 ke 30 minit. Toskan air rendaman, kemudian campurkan santan de dalam  beras pulut berkenaan.

2. Seterusnya, masukkan campuran beras pulut dan santan tadi ke dalam sotong dan cucuk pada bahagian atas sotong dengan lidi atau buluh pencungkil  supaya pulut tidak terkeluar.

3. Masukkan santan lebihan rendaman beras pulut bersekali ke dalam periuk mengandungi sotong dan biarkan mendidih.

4. Seterusnya, masukkan gula Melaka, bawang merah, halba, gula, halia dan garam secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan daun pandan dan biarkan sotong  masak dengan sempurna.

Jom tonton video Resipi Ketupat Sotong di YouTube Hijab & Heels untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai resipi yang mudah ini. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 23 May 2020
Eat Travel Fri, 8 Jun 2018

Tak Perlu Cari Hingga Ke Terengganu. Jom Belajar Buat Keropok Lekor. Mudah Sangat!

Rahsia resipi keropok lekor sedap adalah campuran ikan yang banyak.

Eat Travel Tue, 7 May 2019
Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Eat Travel Thu, 16 Apr 2020
Eat Travel Tue, 5 Feb 2019

Raikan Tahun Baru Cina di Sunway Lost World Of Tambun untuk menangi hadiah menarik!

Mari bergembira di taman tema ini bersama keluarga atau rakan.

Eat Travel Sat, 10 Nov 2018
Eat Travel Mon, 6 Jan 2020

Resipi kuih tepung bungkus paling sedap dan mudah

Peminat kuih tradisional wajib cuba!

Eat Travel Fri, 21 Dec 2018

Nikmati BBQ Buffet Dinner Dengan Suasana Penuh Kemewahan Di Hotel Perdana Kota Bharu

Makan sampai puas dengan satu harga yang sangat berpatutan!

Eat Travel Sun, 21 Aug 2022
error: Content is protected !!