Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie January 29, 2020 @ 12:18pm

Ketahui senaman murah dan mudah untuk kekal sihat!

Kesihatan adalah harta milik peribadi yang amat bernilai dan tiada sesiapapun boleh mencuri harta milik peribadi setiap individu itu kecuali diri sendiri atau dalam erti kata lain, hanya kita yang tahu menilai serta memastikan harta itu terpelihara rapi.

Hakikatnya, kekal sihat menjadi impian setiap individu, namun kesihatan tidak diperoleh begitu sahaja tanpa usaha dan disiplin yang tinggi. Bagi tujuan itu, seseorang perlu mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman setiap hari dan mengamalkan pemakanan seimbang.

Ada yang bersenam apabila perlu iaitu atas nasihat doktor kerana menghidap penyakit tertentu, bak kata pepatah sudah terhantuk, baru terngadah. Penulis sendiri kadang kala leka dengan tahap kesihatan yang dimiliki kerana berasakan diri sihat, jarang diserang batuk atau mengalami demam mahupun lemah badan, justeru kurang melakukan riadah.

Sebaik-baiknya jangan mudah berasa selesa jika jarang ditimpa penyakit. Pastikan anda sentiasa berwaspada dengan tahap kesihatan supaya kekal berada pada tahap memuaskan terutama apabila meniti usia tua.

Tidak perlu membelanjakan ribuan ringgit hanya untuk bersenam kerana ada pelbagai jenis senaman yang mudah dan murah boleh dilakukan.

Penyelidik di Jabatan Sains Pemakanan dan Kegiatan Kemanusiaan, Universiti Queensland Australia, Dr Shelley Keating, berkata berjalan pantas adalah satu disiplin senaman yang paling mudah dilakukan terutama jika mahu menurunkan berat badan.

Berjalan pantas adalah antara senaman paling mudah dilakukan dan menyihatkan badan. Sumber: medicalnewstoday.com

“Anda mungkin tidak melihat perubahan pada skala penimbang anda sekiranya rajin melakukan kegiatan berjalan pantas, namun pada masa sama ia menjauhkan anda daripada mengalami obesiti, diabetes dan hipertensi,” katanya.

Kajian yang dijalankan selama 15 tahun itu mendapati berjalan kaki adalah cara terbaik bagi menurunkan berat badan seseorang itu terutama jika diamalkan setiap hari.

Dalam satu kajian yang dilakukan di Barat, wanita dengan berat badan berlebihan yang mengikuti program pemakanan seimbang dan senaman selama setahun didapati kehilangan lebih banyak berat berbanding wanita dengan saiz sama yang hanya mengikuti program berkenaan tanpa senaman iaitu pada kadar 10.8 peratus berbanding 8.5 peratus.

Kebaikan lain yang boleh diraih daripada berjalan pantas adalah menghilangkan lemak dalam badan dan ini penting kerana boleh mengelakkan seseorang itu daripada berhadapan masalah penyakit kronik seperti kencing manis, hipertensi dan berat badan berlebihan.

Selain itu, Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika edisi 2009 turut menyokong mengenai kebaikan berjalan kaki terhadap manusia, antaranya mengeluarkan peluh dan juga menyahtoksik melalui perpeluhan yang berlaku.

Dalam erti kata lain, berjalan kaki atau berjalan pantas mempunyai banyak kebaikan bukan sahaja untuk mengurangkan berat badan, tetapi juga untuk kesihatan diri.

Berjalan pantas sama ada ketika menyertai pertandingan atau senaman pada hujung minggu memberi kebaikan untuk kesihatan diri. Gambar hiasan/NSTP.

 

Kolej Sukan Perubatan Amerika (ACSM) mengesyorkan disiplin berjalan kaki setiap hari dalam tempoh tertentu adalah rahsia terbaik untuk kekal sihat dengan keadaan kesihatan yang cemerlang.

Bagi individu bersaiz normal, disarankan berjalan kaki selama 30 minit setiap hari atau sekurang-kurangnya 150 minit seminggu manakala untuk individu yang termasuk dalam kategori gempal atau obes, disarankan berjalan selama tiga hingga lima jam seminggu bagi mendapatkan kesan yang memberangsangkan.

Kajian yang sama juga mendapati aktiviti berjalan kaki sebagai latihan atau senaman mengeluarkan peluh itu dapat menghindarkan seseorang daripada masalah berkaitan kardiovaskular, namun bagi mereka yang benar-benar ingin menurunkan berat badan, pelbagai langkah lain perlu dilakukan kerana jika tahu caranya, berat badan boleh hilang dengan bergaya dan selamat.

Bagaimanapun, sebelum melakukan senaman berjalan kaki, pastikan jantung sihat dan kadar degupan berada pada tahap normal kerana jika individu melakukan senaman yang tidak selari dengan kadar degupan jantung, dikhuatiri akan menimbulkan masalah lain berkaitan pernafasan.

Antara tindakan yang boleh dilakukan bagi merangsang badan menerima bentuk latihan berjalan kaki yang ingin dilakukan, mulakan berjalan dengan kadar biasa dan apabila berasa badan sudah boleh menerima rentak yang dilakukan, tingkatkan tahap kelajuan berjalan kaki.

Minum air yang cukup juga perlu bagi memastikan badan tidak mengalami hidarasi sekiranya melakukan senaman berjalan kaki. gambar hiasan:  NSTP/ ZULFADHLI ZULKIFLI.

Pemakanan juga perlu diberi perhatian sekiranya ingin mendapakan kesan yang menggembirakan terutama pengambilan air yang mencukupi dengan saiz badan kerana apabila melakukan senaman berjalan kaki, badan akan berpeluh dan kehilangan air.

Jadi, usah bertangguh untuk melakukan tugas mudah yang pastinya membawa kebaikan untuk diri sendiri. Jom berjalan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 22 Jun 2024

Tolak Kontroversi, Raja Afiq Mahu Naikkan Semula Nama Dengan Bakat Lakonan

Bagus Afiq gunakan bakat yang ada dengan baik! All the best okay

Acara Fri, 10 Aug 2018
Sihat Tue, 5 Jun 2018

3 Tanda-Tanda Sakit Apendiks Yang Perlu Anda Tahu

Kalau tidak dirawat dengan segara, sakit apendiks ini boleh membahayakan nyawa anda!

Featured Wed, 28 Jan 2026

“Mungkin Mereka Pun Tak Ada ‘Point'” – Kelemahan Vokal Diungkit, Nabila Razali Tak Ambil Hati

Nabila Razali enggan mengambil pusing apabila video lama mempamerkan kelemahan vokal nyanyiannya kembali dikongsikan di platform media sosial.

Featured Mon, 18 Jun 2018

Impak Maksimakan Solekan Bibirmu, Ini 10 Gincu Merah Menggoda Wajib Dimiliki

Gincu merah yang garang sememangnya bisa merubah penampilan wanita serta-merta.

Featured Wed, 24 Aug 2022

Najib Razak Tinggalkan Nota Terakhir Buat Keluarga – “Ia Satu Perjalanan Yang Sedih Sekali…”

Yang baik itu datang dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri kita sendiri. Moga dipermudahkan buat DS Najib.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Sat, 11 Feb 2023
Sihat Tue, 4 Dec 2018

Periksa Perubahan Mata Anak Anda, Kanser Retinoblastoma Boleh Menyebabkan Mereka Buta!

Kanak-kanak merupakan golongan yang terdedah dengan kanser ini.

Featured Mon, 19 Mar 2018

Kafe Masakan Mexico Ini Menghidangkan ‘Nachos Cheese’ Meleleh. Tengok Pun Dah Terliur!

Peminat cheese semua! Jom ke kafe Nachoslah di The Port, Damansara sebab ada hidangan istimewa untuk anda!

error: Content is protected !!