Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops March 29, 2019 @ 3:00pm

Tanda-tanda leukemia dalam kalangan kanak-kanak

Pucat, lesu dan sering diserang demam antara gejala biasa apabila kanak-kanak kurang sihat, tetapi gejala lazim itu juga mungkin petanda si kecil menghidap leukimia.

Leukemia ialah kanser yang menyebabkan sel darah putih terbentuk di dalam tulang sumsum seseorang. Sel-sel ini kemudiannya memasuki saluran darah dan mengehadkan penghasilan sel darah yang sihat.

Hasilnya ialah anemia (kekurangan sel darah merah) dan masalah pendarahan, serta peningkatan risiko jangkitan yang disebabkan oleh sel darah putih.

Leukemia ialah kanser paling biasa dihidapi kanak-kanak dan remaja yang berumur di bawah 15 tahun.

Leukemia boleh bersifat kronik dan simptomnya mungkin berkembang dengan perlahan. Ia juga boleh bersifat akut dan gejalanya mungkin muncul dengan cepat.

Bagaimanapun, rawatan yang tepat dan mencukupi mampu menghapuskan penyakit ini dan menghindarinya daripada kembali.

Sebelum itu, ketahui dahulu tanda-tanda kanser leukemia dalam kanak-kanak.

Foto: Medical News Today

  • Kekurangan tenaga yang ekstrem atau kulit pucat
  • Anemia
  • Jangkitan kuman dan demam
  • Mudah berdarah atau lebam, hidung selalu berdarah, atau pendarahan lambat berhenti walaupun akibat luka kecil (Nota: leukemia membantut kebolehan tulang sumsum untuk menghasilkan platelet yang mampu membeku darah)
  • Nafas pendek
  • Batuk
  • Sakit tulang atau sendi
  • Abdomen, muka, lengan, bawah lengan, bahagian tepi leher atau pangkal peha yang bengkak
  • Bahagian atas tulang selangka yang bengkak
  • Kehilangan selera makan atau penurunan berat badan
  • Sakit kepala, sawan, masalah keseimbangan dan penglihatan tidak normal
  • Muntah
  • Ruam
  • Masalah gusi

Jika anak anda mengalami masalah kesihatan di atas secara berlarutan atau luar biasa, dapatkan rawatan lanjut  daripada doktor.

Sumber: theAsianparent, Medical News Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Fri, 29 Jun 2018

11 Tanda-Tanda Halus Yang Menunjukkan Anda Mungkin Menghidap Kanser

Sentiasa alert sebab mungkin ada tanda-tanda yang anda tak perasan!

Featured Sat, 28 Sep 2019

Jenis tanaman hiasan yang sesuai untuk di tanam dalam rumah

Bukan sahaja cantik malah boleh menjadi penapis udara!

Featured Mon, 2 Dec 2019
Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Sihat Sun, 21 Oct 2018

Jangan Sambil Lewa Kepentingan Vaksin, Pastikan Anak Anda Mendapatkan Suntikan Ini!

Suntikan vaksin dapat mengurangkan dan membasmi sesetengah penyakit seperti polio, neonatal, tetanus dan difteria.

Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Featured Tue, 19 May 2020
Sihat Thu, 19 Jul 2018

5 Makanan Berkalori Tinggi Yang Sebenarnya Boleh Bantu Turunkan Berat Badan

Selama ini, anda tertipu! Gerenti anda takkan sangka yang makanan ini bagus sebenarnya.

Featured Sat, 28 Mar 2020

44 kes positif COVID-19 sembuh dan dibenarkan pulang

Rekod harian tertinggi dicatatkan

error: Content is protected !!