Euforia Bola 2026
Trending By: Yanie Baharom February 7, 2020 @ 3:05pm

“Comel sangat roti pelangi ni, sayangnya nak makan…”

Bagai menyaksikan pelangi muncul selepas hujan, begitulah keterujaan team Hijab & Heels sebaik melihat roti pelangi tular depan mata!

Macam-macam reaksi. Ada yang kata warna-warni roti itu membuatkan hati berasa gembira, yang sayang nak makan pun ada!

Keterujaan team Hijab & Heels ini siap dirakam oleh penulis.

Foto: Archive Hijab & Heels

Menyentuh rasanya, ia tidak berperisa malah sama saja seperti roti biasa yang dulunya dikenali sebagai roti benggali. Cuma rupa parasnya saja yang cantik dan semestinya Instagram Worthy!

Untuk pengetahuan umum, roti pelangi ini mula tular sekitar Januari 2018. Semenjak itu, roti pelangi yang dijual pada harga RM3.50 sehingga RM6 itu mendapat permintaan yang tinggi.  

Beberapa tahun kebelakangan ini, pengusaha makanan hadir dengan pelbagai idea kreatif dalam memasarkan produk mereka. Misalnya di Perak, popular dengan ais kepal milo meleleh, manakala Melaka pula keria gula Melaka.

Selain itu, ada banyak lagi makanan yang tular antaranya nitrogen aiskrim, kek cheese leleh, roti goyang, pisang cheese, corndog, teh tarik madu, air mangga float, burger burn dan banyak lagi.

Foto: Archive Hijab & Heels

Melihat evolusi makanan tempatan dengan gaya hipster semakin diterima masyarakat Malaysia, ramai pengusaha makanan memberi penambahbaikan sama ada dalam rupa makanan itu sendiri mahupun pembungkusan.

Berbalik pada roti pelangi , kafe Loaf U di Pulau Pinang pernah menghasilkan makanan berasaskan keju dengan warna pelangi.

Bukan hanya warna pada keju itu dipenuhi dengan warna pelangi, malah jika anda tarik keju pada roti ini, ia akan menampakkan bentuk seakan pelangi!

Kafe berkenaan mempunyai dua cawangan iaitu di Georgetown dan juga Bukit Mertajam dan memang terkenal dengan menu makanan ala barat dan roti bakar.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
Selebriti Thu, 1 Feb 2024

Nafi Sorok Kekasih, Sufian Suhaimi Bakal Kahwin Tahun Ini – “Rasa Nak Buat Small Wedding Je, Nak Intimate”

Semoga dipermudah urusan Sufian dan kekasihnya untuk ke jenjang pelamin 😍

Trending Fri, 2 Nov 2018

Bajet 2019: Bayaran Khas RM500 Pada Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Bayaran Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Gred 54 Ke Bawah, RM250 Untuk Pesara

Featured Thu, 11 Feb 2021
Hiburan Fri, 10 Mar 2023
Featured Sun, 9 Jan 2022

Dikatakan Bawa Aura Negatif Dalam Pengacaraan, Ini Komen Uyaina Arshad

Pelakon dan pengacara jelita Uyaina Arshad tampil menjawab komen negatif dari seorang warganet yang mengatakan cara pengacaraannya di dalam program Wanita Hari Ini (WHI) membawa aura negatif kepada penonton. Menurut Uyaina, dia seorang yang jarang […]

error: Content is protected !!