Nampaknya demam ‘bubble tea’ atau boba masih belum reda, malah makin ‘mengganas.’ Revolusi minuman kegemaran ramai itu kini meningkat ke satu tahap terbaharu apabila diimprovisasikan daripada sejenis minuman menjadi produk kosmetik pula.
Berkolaborasi dengan Creation Vase dan Shopee, jenama minuman teh boba popular, Daboba Malaysia memperkenalkan koleksi pelembab bibir, salap bibir Daboba x Vase Creation All-Natural Boba.
Kredit gambar: Facebook Daboba Sunway Giza
Menariknya, koleksi ini didatangkan dalam tiga perisa yang diinspirasikan daripada minuman signature Daboba dikenali sebagai The Boba Collection.
Penggemar Daboba kini boleh ‘menikmati’ aroma manis minuman Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk, Honey Golden Pearl Green Milk Tea & Mango Frappe di bibir di mana sahaja mereka pergi.
Koleksi Roasted Brown Sugar Pearl Fresh Milk. Kredit gambar: World of Buzz
Istimewanya, pelembab bibir Daboba dirumus khas daripada 100 peratus bahan semula jadi dengan menggunakan inti pati minyak jojoba, minyak kastor, lilin organik dan Vitamin E.
Koleksi Honey Golden Pearl Green Milk Tea. Kredit gambar: Daboba Malaysia
Pelembab bibir yang bebas bahan kimia ini juga selamat digunakan untuk melembap dan merawat bibir kering serta merekah. Bibir juga akan menjadi lebih lembut dan sihat!
Koleksi Mango Frappe. Kredit gambar: World of Buzz
Edisi terhad ini boleh didapati dengan harga RM35 di Shopee serta cawangan Daboba terpilih iaitu Daboba Seremban 2, Daboba Kota Kemuning, Daboba Karpal Singh, Daboba Lip Sin, Daboba Sutera Utama, Daboba Sunway Giza, Daboba Setapak, Daboba Cheras C180, Daboba SS2, Daboba SS15 Subang, Daboba MyTown, Daboba Jalan Station dan Daboba Gala City Kuching.
Bahang kehangatan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 semakin dirasai apabila finalis bagi 14 kategori utama dan empat kategori online diumumkan ketika majlis Pengumuman Malam Kemuncak ABPBH 34 yang bersiaran secara langsung melalui […]
Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangsterism sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan. Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam. Penerbit filem Daddyku […]