Acara By: Shaidah Shafie February 8, 2020 @ 5:45pm

Perhiasan perak inspirasi puak pergunungan serlah karakter pemakai!

Tidak semua wanita menyukai perhiasan daripada perak, namun bagi individu yang gemar akan logam berkilat seakan-akan warna putih itu, item berkenaan sememangnya menjadi pelengkap gaya yang cukup versatil bagi mereka.

Pemilik jenama Hill To Street, Tiffany Teoh, beliau mempunyai alasan tersendiri kenapa memilih logam perak sebagai bahan utama dalam pengkaryaan rekabentuk yang ditekuninya walaupun pada asalnya dia langsung tidak mempunyai asas dalam pertukangan perak.

Perhiasan daripada perak Hill To Street dihasilkan Tiffany dipamerkan pada majlis memperkenalkan kolkesi berkenaan di Bangsar, baru-baru ini.

“Saya tidak pernah belajar mengenai seni pembuatan barang kemas, tetapi minat mula berputik sejak lebih lapan tahun lalu dan saya terpikat dengan keindahan dan keunikan logam perak ini. Saya menghasilkan rekaan dan artisan yang menzahirkannya dalam bentuk barang perhiasan.

“Lebih mengujakan lagi apabila saya melihat keunikan ada dalam kebanyakan barang perhiasan yang dipakai puak di tanah tinggi atau di kawasan perbukitan di seluruh Asia Tenggara,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan koleksi Hill To Street di Bangsar, baru-baru ini.

Dalam koleksi berkenaan, ada pelbagai bentuk barang perhiasan daripada perak diperkenalkan dan dinamakan siri Hill To Street sebagai menandakan ilham yang tehasil untuk mencipta perhiasan berkenaan diperoleh daripada apa yang dilihatnya setiap kali melancong atau menjelajah ke lokasi tertentu seprti di Thailand, Laos dan Vietnam.

Cincin koleksi Hill To Street diilhamkan daripada barang perhiasan puak pergunungan di Asia Tenggara.

“Saya sering melihat puak yang tinggal di kawasan pergunungan memakai barang perhiasan yang mereka hasilkan sendiri. Daripada perhiasan itu saya mendapat ilham untuk menghasilkan item barang perhiasan apabila balik ke ibu kota.

“Kebanyakanya bermotifkan alam seperti flora dan fauna serta ada pelbagai lagi motif lain yang saya jelmakan dalam rekaan barang perhiasan perak yang dihasilkan,” katanya

Bagi Tiffany, ada ramai artis berbakat dan berkebolehan dalam disiplin perekaan barang perhiasan seperti perak, namun tidak semua pereka bergelar artisan kerana pertukangan menggunakan tangan tidak sama hasilnya dengan buatan mesin.

“Saya sentiasa teruja ketika menghasilkan lakaran untuk setiap rekaan yang dihasilkan dan kebanyakan rekaan ada elemen minimalis, manakala  untuk rekaan yang lebih sulit atau halus, saya bekerjasama rapat dengan artisan supaya hasilnya lebih hidup.

“Untuk koleksi Hill To Street ini, ada empat kategori yang ditawarkan iaitu Tribal Silver, Classic Weave & Braid, Minimalist dan Nature yang mana ia merangkumi subang, cincin, rantai tangan dan perhiasan kemas lain,” katanya.

Tiffany memperkatakan mengenai barang kemas perak Hill To Street kepada media pada majlis memperkenalkan koleksi berkenaan di Bangsar, baru-baru ini.

Baginya, setiap rekaan memiliki karakter berbeza dan perak yang digunakan iaitu jenis Sterling 925 menghasilkan sinar yang lebih sekali gus memberi nilai tinggi kepada setiap satu barangan yang dihasilkan.

Selain memanfaatkan keindahan perak, Tiffany tidak mengehadkan kreativiti dengan menyuntik elemen tambahan yang boleh melonjakkan estetika barang perhiasan dihasilkan seperti mengunakan kombinasi emas dan rhodium, loyang, onyx, turkuoise dan amazonite. Harga bermula daripada RM50 hingga RM900 dan dijual menerusi atas talian.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 2 Oct 2018

Warga Penang Serbu Booth Hijab & Heels Di Karnival Jom Heboh. Happening Habis!

Memang banyak hadiah awesome yang para pengunjung menangi!

Acara Thu, 16 Jan 2020

Tema petang musim panas pacu Ummiriaz ke persada antarabangsa

Potongan selesa, saiz apa pun boleh pakai!

Acara Fri, 30 Aug 2019
Acara Fri, 27 Jul 2018

Mempunyai Ciri Simple, Urban & Expressive, Zahirah Macwilson Dipilih Menjadi Duta Meeracle Yang Baharu

Memamg layak Zahirah Macwilson jadi duta Meeracle sebab dia memang cantik!

Acara Thu, 9 Aug 2018

Dapat Kuruskan Badan, Ini Antara 8 Manfaat Yang Bikin Anda Mahu Kayuh Basikal Sekarang!

Makin lama anda kayuh, makin banyak manfaat anda dapat!

Acara Thu, 15 Jun 2023
Acara Mon, 6 Mar 2023